Saturday, January 15, 2011

Berikan mereka alternatif...

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Saya hairan. Ketika mana ada umat Islam melakukan proses al-Amr Bi al-Ma'ruf wa an-Nahy 'an al-Munkar. Muncul komen-komen menyatakan ia perlu dilakukan dengan berhemah, perlu didikan dahulu dan sebagainya. Persoalannya: Kenapakah hal ini tidak disibukkan ketika mana semua orang senyap tentang isu pekerja Islam terlibat dengan arak.


Didikan? Tiada siapa menyatakan kita perlu mengabaikan pendidikan dan dakwah. Persoalannya? Apakah arak itu sesuatu yang sangat asing diketahui keharamannya?

Sediakan alternatif buat mereka. Sangat bagus sesiapa yang dapat menyediakan alternatif untuk mereka, tetapi, apakah itu satu syarat untuk melakukan pembasmian kemungkaran, sediakan alternatif.

Apakah itu tugas penguatkuasa untuk menyediakan alternatif, atau itu semua tanggungjawab diri sendiri. Bumi Allah luas, rezeki Allah luas, usah kita membawa idea dangkal dan sempit sediakan alternatif, seolah-olah mereka semua itu buta dan dungu, tidak melihat alam luas terbentang.

Tidak pernahkah kita lihat ibu tunggal yang menyara keluarganya dengan menjual nasi lemak dan goreng pisang di tepi jalan? Bukankah bukan sesuatu asing melihat pakcik-pakcik India setiap hari dengan lori majlis perbandaran mengutip sampah? Bukankah tidak juga asing melihat sebahagian insan mengutip-ngutip bahan terbuang untuk dijadikan sumber rezeki.

Lalu, apakah alasan untuk kita menyatakan, sediakan mereka alternatif. Sungguh kerja yang dipandang hina seperti mengutip sampah itu lebih suci daripada bergelumang dengan arak. Alternatifnya banyak, diri sendiri sahaja yang malas dan mengikut hawa nafsu lalu berkata, "Berikan mereka alternatif" dan sebagainya. Samalah dengan berkata "Berikan golongan pelacur perempuan dan gay alternatif".

Ketika mana ada yang menyatakan bahawa mereka hanya bekerja, bukan minum.
“I don’t drink, I mix the drinks based on what I feel would taste good.

“MPSJ must rescind the ruling as it would affect numerous Muslims,”
Jawapannya sama sahajalah pekerjaan tersebut dengan bekerja dengan bapa ayam, lalu tugasnya ialah memilih gadis-gadis yang comel untuk melayani pelanggan. Bukan berzina pun, pilihkan pelacur sahaja.

No comments:

Post a Comment