Saturday, May 21, 2016

Nisfu Sya'ban

Assalamualikum WBT. Bulan sya’ban dah nak sampai pertengahannya.
Apa ada dengan pertengahan sya’ban? Apa ada dengan nisfu sya’ban?
“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma`arf, Riyadh)
Akan tetapi hadith di atas tidak mengajar apa-apa amalan khusus di malam atau siang Nisfu Sya’ban! Dari mana asalnya? Siapa pula nabi yang mendapat wahyu yang mengajar kita tentang ibadah-ibadah yang tak di ajar oleh Nabi Muhammad SAW penutup segala rasul ini.

Monday, December 7, 2015

Pakaian Ketaqwaan


Malam tadi bahas bab ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis berkaitan taqwa.

Pagi ni bahas bab feqh pakaian dan hiasan.

Kata Allah:
ولباس التقوى ذلك خير
Pakaian ketaqwaan itulah yang baik. [Al-A'raf : 26]

Ada orang kata: Tak mengapa tak tutup aurat, yang penting hati taqwa.

Ini menunjukkan salah faham maksud taqwa.

Taqwa maksudnya taat arahan Allah.

Jadi, depan suami/isteri pakaian taqwa ialah pakaian yang meningkatkan kasih sayang.

Depan mahram, ada aurat kena jaga.

Depan sama jantina, pun ada aurat kena jaga.

Depan bukan mahram lagilah luas kawasan auratnya.

Itulah taqwa. :)

:: KENAPA ASYIK LELAKI SAHAJA KENA BERJAGA-JAGA ::

:: KENAPA ASYIK LELAKI SAHAJA KENA BERJAGA-JAGA ::

Dalam halaqah lepas, selepas dihuraikan bahawa apabila disebutkan wanita itu fitnah/ujian bukan bermaksud wanita itu jahat. Sebab dalam al-Quran pun ada sebut harta, anak-anak adalah ujian/fitnah jua.

Jadi, ada seorang Muslimin tanya saya: Kenapa bila sebut ujian, kebanyakan tentang lelaki yang akan diuji dengan ujian wanita. Adakah ujian sebegini tidak ada pada perempuan; iaitu mereka diuji dengan ujian berbentuk seorang lelaki. Kenapa asyik-asyik lelaki sahaja yang kena?

Jawapan:

:: DUNIA INI HIJAU DAN MANIS ::


:: DUNIA INI HIJAU DAN MANIS ::

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ
Daripada Abu Sa'id al-Khudri, daripada Nabi sallallahu 'alaihi wasallam, baginda bersabda:

Thursday, December 3, 2015

JAMPI, BERUBAT DAN TAWAKKAL

Terdapat tiga buah hadis yang perlu kita kaji untuk memahami hukum jampi-jampian dalam Islam:

Hadis Pertama:
عَنْ زَيْنَبَ ، امْرَأَةِ عَبْدِ اللهِ عَنْ عَبْدِ اللهِ ، قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ : إِنَّ الرُّقَى ، وَالتَّمَائِمَ ، وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ قَالَتْ : قُلْتُ : لِمَ تَقُولُ هَذَا ؟ وَاللَّهِ لَقَدْ كَانَتْ عَيْنِي تَقْذِفُ وَكُنْتُ أَخْتَلِفُ إِلَى فُلاَنٍ الْيَهُودِيِّ يَرْقِينِي فَإِذَا رَقَانِي سَكَنَتْ ، فَقَالَ عَبْدُ اللهِ : إِنَّمَا ذَاكَ عَمَلُ الشَّيْطَانِ كَانَ يَنْخُسُهَا بِيَدِهِ فَإِذَا رَقَاهَا كَفَّ عَنْهَا ، إِنَّمَا كَانَ يَكْفِيكِ أَنْ تَقُولِي كَمَا كَانَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ : أَذْهِبِ الْبَأْسَ رَبَّ النَّاسِ ، اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي ، لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا.
Zainab radiallahu ‘anha, isteri kepada ‘Abdullah bin Mas’ud radiallahu ‘anhu meriwayatkan daripada suaminya, beliau berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya jampi, tamaim, dan tiwalah adalah syirik. Zainab berkata: Kenapa engkau berkata begitu? Sesungguhnya mata aku sering berair, lalu aku pergi menemui seorang yahudi dan dia menjampi aku. Apabila dia menjampi aku, maka mata aku, mata aku akan kembali tenang. Lalu ‘Abdullah pun berkata: Sesungguhnya itu adalah kerja syaitan yang mana dia mengusik dengan tangannya, apabila bomoh itu menjampinya, maka syaitan itu berhenti. Sesungguhnya cukup untuk engkau membaca apa yang Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam sering baca: Hapuskanlah kesusahan wahai Tuhan kepada manusia, sembuhkanlah sesungguhnya engkau Maha Penyembuh. Tiada penyembuh melainkan sembuhan Mu yang tidak akan meninggalkan sebarang penyakit [Sunan Abi Daud, Kitab at-Tibb, hadis no: 3883. Shaikh al-Albani mensahihkannya]

Sunday, November 29, 2015

Halaqah Tauhid 1- Apakah Maksud Tauhid

Apakah tujuan penciptaan manusia?

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Allah s.w.t berfirman: Tidaklah aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembah Ku [adz-Dzariyat : 56]

Syarah:
Daripada ayat ini dapat kita ketahui bahawa tujuan Allah menciptakan jin dan manusia ialah untuk menyembahnya.

Apakah maksud ibadah?
Ibnu Taimiyyah di dalam kitabnya al-‘Ubudiyyah membawakan satu definisi yang sangat indah. Beliau berkata:

العبادةهياسمجامعلكلمايحبهاللهويرضاهمنالأقوالوالأعمالالباطنةوالظاهرة .
Ibadah ialah merupakan sesuatu yang merangkumi kesemua yang dicintai dan ditedhai Allah daripada aspek perkataan dan amalan, yang batin mahupun zahir.[1]

MARI KITA BELAJAR ILMU HADIS

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.
Seminar Hadis 1.0 merupakan siri pertama seminar hadis anjuran Al-Kahfi.
Untuk siri pertama ini, peserta akan memahami perkara-perkara berikut:
  • Apakah hadis yang diterima dan ditolak?
  • Apakah kriteria hadis sahih, hasan, dan dhaif
  • Adakah semua hadis dhaif sama statusnya?
  • Benarkah hadis dhaif haram disebarkan?
  • Bagaimana ulama menilai sesuatu hadis?
  • Apakah kitab hadis yang utama?
Berikut merupakan maklumat ringkas seminar di atas:
Tarikh/hari: Ahad/13 Disember 2015
Masa: 9.00 pagi – 6.00 petang
Lokasi: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
*Peserta akan mendapat nota seminar.
*Jamuan makan disediakan untuk minum pagi, tengahari dan petang.
*Untuk mendaftar, isi borang pendaftaran di sini –> http://bit.ly/seminarhadis
*Sebarang pertanyaan hubungi 013 315 6204 atau emelkan kepada alkahfi@alkahfi.com.my
seminarhadisbiru