Video kuliah Dr. MAZA ini tersebar dengan luas di FB. Aku membukanya. Terdiam seketika, hati tersentuh. Dr. Mohd Asri menyentuh jiwa dengan kalam-kalamnya tentang maksud ketenangan hidup yang sebenar. Saya mohon sebarkan video ini kepada rakan-rakan kita, untuk membangkitkan diri kita daripada 'kesesatan' di dalam mencari ketenangan hidup yang sebenar.
Seorang sahabat saya ada menyalin sebahagian kata-kata Dr. MAZA:
Subhanallah. Satu kuliah yang benar-benar meruntun hati dan sanubari... Membuka mata & hati kepada hakikat tentang kehidupan ini. Alhamdulillah andai digerakkan hati untuk meluang sedikit masa (11 minit) untuk mendengar pesanan ini. Andai kesuntukan masa, di sini saya akan menukilkan sedikit intipati kuliah ini:
* Ramai orang tersalah sangka tentang maksud ketenangan dalam hidup. Mereka mengaitkannya dengan faktor kekayaan. Walaupun itu boleh jadi penyumbang, tapi ia bukan segala-galanya.
* Jika Allah ingin memberi kebahagiaan kepada seseorang, dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun.
* Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang, dia tidak boleh dihulur oleh apa apa tangan sekalipun.
* Jika Allah mengatur urusan untuk kita, apa yang orang sangka tewas, kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah.
* Jika dulu kita mungkin pernah mengadu kepada Allah, " Ya Allah tolonglah aku, tolonglah aku... Aku susah ya Allah..." Namun hari ini kita sendiri sudah lupakan perkataan itu.
* Kadang-kadang kita lupa untuk bersyukur, di atas pelbagai ranjau hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya.
* Orang-orang yang pernah hidup dan bertawakal, dia akan mengetahui keajaiban bertawakal.
* Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat, dia akan merasa dunia ini sangat kecil.
* Dalam hadith riwayat Muslim, Nabi sollallahu alaihi wasallam ada menyebut bahawa di akhirat kelak, Allah akan bawa manusia yang paling derita di atas muka bumi ini dan celupkannya di dalam syurga buat sekelip mata, kemudian dia dikeluarkan, lalu Allah bertanya: Ya fulan, pernahkah engkau merasa derita ketika hidup (di dunia dahulu)? Jawab manusia itu: Tidak! Aku tidak pernah merasa derita. Kemudian Allah ambil manusia yang paling banyak mendapat nikmat dalam dunia ini, kemudian mencelupkannya sekelip mata ke dalam neraka, kemudian dikeluarkan, lalu ditanya kepadanya: Ya Fulan, pernahkah engkau merasa nikmat ketika hidup di dunia? Jawabnya: Tidak! Aku tidak pernah merasai nikmat ketika hidup dahulu.
* Hanya kerana masuk sekelip mata di dlm syurga, lupa cerita derita... Hanya kerana satu celupan sahaja ke dalam neraka, manusia lupa segala kisah nikmat dlm hidupnya...
* Kita ini sering lupa untuk bersyukur kerana tidak putus-putus kita diberi nikmat yang baru, yang kita tidak sedar akannya.
* Kerana itu, sebahagian para sarjana ada menyebut bahawa kadangkala syukur itu lebih tinggi maqamnya daripada sabar. Kerana ramai orang terpaksa sabar, tetapi belum tentu orang yang mendapat nikmat itu bersyukur.
* Pesanan Nabi sollallahu alaihi wasallam kepada ummatnya: Janganlah bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita! (Surah at Taubah: 40)
Wallahua'lam.
Ya Allah engkau makbulkan lah pemohonan perkejaan aku Ya Rahman.....Engkau khabar kan khabar gembira tentang pemohonan perkejaan aku Ya Allah....Aku sengsara Ya Allah..bantu lah aku Ya Allah..amin
ReplyDelete