Tuesday, May 24, 2011

500 Jemaah Solat Jenazah Penghuni Madrasah Hidayah al-Taqwa


Bila hadir solat jenazah di masjid Batu 14, aku rasa seronok, suka, dan gembira tatkala melihat ratusan manusia sudah berada di masjid, sampai aku nak solat tahiyatul masjid pun tak dapat. Wartawan pun tidak sekadar membuat tugasan, bahkan mereka turut bersolat. Aku bersolat Zuhur dan jenazah di sebelah seorang wartawan. Habis solat jenazah beliau terus ambil kamera dan ambil gambar. Kewajipan sebagai Muslim tak diabai walau sedang bertugas.


Moga ia petunjuk Husnul Khatimah untuk penghuni Madrasah Hidayah al-Taqwa.

ما من ميت يصلي عليه أمة من المسلمين ، يبلغون أن يكونوا مائة ، يشفعون إلا شفعوا فيه

Dari Aisyah RA, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda: Tidaklah satu mayat disolati oleh sekelompok umat islam yang mencapai jumlah 100 orang yang mereka semua mendoakan syafaat untuknya melainkan akan diberikan syafaat kepadanya (mayat itu) [HR an-Nasai’e, Shaikh al-Albani mensahihkannya di dalam Sahih an-Nasai’e : 1990]

ما من مسلم يموت فيقوم على جنازته أربعون رجلا لا يشركون بالله شيئا إلا شفعوا فيه

Dari Abdullah Ibn Abbas RA bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda: Tidaklah seorang muslim meninggal dunia, lalu bersolat ke atas jenazahnya empat puluh lelaki yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu, melainkan mereka memberikan syafaat padanya. [HR Abu Daud di dalam Sunannya,Shaikh al-Albani mensahihkannya di dalam Sahih Abi Daud: 3170]

ما من مسلم يموت فيصلي عليه ثلاثة صفوف من المسلمين إلا أوجب قال فكان مالك إذا استقل أهل الجنازة جزأهم ثلاثة صفوف

Daripada Malik Bin Hubairah RA bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda: Tidaklah seorang muslim meninggal dunia, lalu tiga saf kaum muslimin mensolatkannya melainkan dikabulkan (dalam riwayat lain: diampunkan). Maka Malik Bin Hubairah-apabila jemaah solat jenazah itu sedikit- beliau berusaha menjadikannya tiga saf. [HR Abu Daud: 3166, at-Tirmizi: 1028 dan beliau menyatakan ia hadis Hasan. Shaikh al-Albani menyatakan di dalam Dhaif Abi Daud: 3166 hadis ini dhaif tetapi hasan mauquf]

sumber hadis: Nota Pengurusan Jenazah INTIS Consultant http://ia600609.us.archive.org/29/items/NotaPengurusanJenazah/TatacaraPengurusanJenazah.docx
http://intisonline.com

No comments:

Post a Comment