Monday, May 23, 2011

Madrasah Hidayah al-Taqwa Tiada CF



Assalamualaikum wbt.

Bila baca tajuk berita begitu, aku tak tahu nak komen apa. Mungkin komen aku akan terbawa-bawa emosi sebab pengasas Madrasah Hidayah al-Taqwa mempunyai pertalian persahabatan, dan jiran dengan keluarga aku.

Cumanya, aku mengharapkan ia menjadi satu hikmah yang mana ia membawa kebaikan yang lebih besar. Jika sebelum tragedi ini, tiada siapa bantu madrasah ini, tiada siapa kisah nak tolong, lepas ada yang terkorban moga-moga ia membuka hati pihak kerajaan untuk memberikan tapak yang lebih selamat.

Merobohkan madrasah itu memang mudah, tetapi jangan lupa ia dibina dengan hasil titik peluh manusia tanpa bantuan kerajaan, dibina di atas tanah sendiri selepas mohon tanah tak dapat-dapat.

Aku mohon orang-orang lain yang membaca ini, hulurkanlah bantuan kewangan kepada pihak madrasah. Menyebarkan Islam bukan hanya tanggungjawab Pak Su, bahkan tanggungjawab kita semua.

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment