Monday, June 27, 2011

Belajar Bahasa Arab


Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Lama sudah tidak menulis di blog ini. Mahu menulis, tetapi tersekat dek masa. Kadang-kadang tidak tahu apa yang mahu ditulis.

Aku sekarang, bersama dengan Mustaqill, Danial, dan Qayyum sedang mempelajari Bahasa Arab Komunikasi bersama seorang ustaz lulusan Pakistan. Beliau mempunyai teknik atau manhaj pembelajaran yang tersendiri.


Dalam kelas ini, kami disuruh banyak bercakap, tidak difokuskan kepada nahu dan sorof, sebaliknya asalkan apa yang kami katakan difahami maksudnya.

Ia menarik sekali, setiap kali ke kelas, kami disuruh bercerita secara spontan. Adakala tajuknya ialah 'Aku dan Bahasa Arab', 'Cita-Citaku'.

Aku suka kelas ini. Ia menambahkan keyakinan kepada aku untuk bercakap. Ustaz menyatakan bahawa masalah yang ada pada aku ialah masalah perkataan, aku mempunyai perkataan yang terlalu sedikit. Maksud mudahnya, aku perlu baca kamus.

Danial pula, aku tabik spring gila. Dia sangat hebat, dia paling muda di antara kami, tapi dia paling hebat bertutur dalam Bahasa Arab.

Insya-allah, Daurah Bahasa Arab ini akan berakhir hujung minggu ini. Moga, aku dapat memajukan diri aku dalam berkomunikasi menggunakan Bahasa al-Quran ini.

Kata ustaz, sistem pembelajaran yang terlalu memfokuskan kepada nahu dna sorof di peringkat awal membuatkan orang yang baru mahu belajar tersangkut kerana berasa terlalu sukar untuk memahami Bahasa Arab. Natijahnya, mereka tidak memahami Nahu dan Sorof, dan tidak jua mampu bercakap dengan Bahasa Arab.

Ustaz menceritakan pengalaman beliau di sekolah dahulu, pengalaman rakan-rakan beliau, menghafal matan-matan nahu dan sorof, tetapi akhirnya mereka hanya keluar dengan hafazan, dan tidak mampu berbicara dalam Bahasa Arab.

Wallahua'lam.

2 comments:

  1. salam saudara..
    sy juga merupakan bekas pelajar uia..namun tinggal disekitar gombak..sgt tertarik dgn kaedah pembelajaran ustaz sperti y dsbutkn di ats..saya berminat utk trut serta bersama2 saudara dan sahabat2 y lain dlm mempelajari bahasa al quran yang agung itu..gimanakah caranya?harap tuan sudi berkongsi... :)

    ReplyDelete
  2. salam ..sangt menarik..adekah kelas tu di uia?cmpur akh0wat ke x?i want impr0ve my arabic too...

    ReplyDelete