Thursday, June 9, 2011

Laporan: Kem Remaja Gemilang 2011

Oleh Mohd Masri Mohd Ramli
Pengarah Kem Remaja Gemilang 2011
http://www.intisonline.com/aktiviti/laporan-kem-remaja-gemilang-2011
——————————————-
Alhamdulillah, pada tiga hingga lima Jun, aktivis-aktivis INTIS telah berkampung di Masjid Hasanah Bangi untuk menjayakan program Kem Remaja Gemilang 2011. Ia merupakan satu program yang sering diadakan oleh INTIS di merata-rata tempat. Alhamdulillah, program kali ini disertai oleh lima puluh satu orang peserta.
Pengisian program ini merangkumi

a) Asas Akidah Islam
b) Tatacara Ibadah Nabi- Bersuci dan Solat
c) Pengurusan Jenazah- Mandi, kafan dan mensolati jenazah
d) Anak soleh
d) Sunnah-sunnah harian- merangkumi sunnah ketika makan, sunnah ketika membuang air, sunnah dalam berpakaian, sunnah sebelum dan selepas tidur, dan sunnah dalam pergaulan lelaki dan perempuan.

Asas Akidah Islam
Ia dijalankan dalam bentuk kuliah Maghrib. Ia memfokuskan kepada kalimah syahadah iaitu penyaksian hanya Allah Yang Berhak disembah, dan Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam pesuruh Allah. Kuliah ini juga menyentuh perkara-perkara yang merosakkan tauhid.

Tatacara Ibadah Nabi
http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/255669_216304881733692_180258315338349_674198_4415153_n.jpg

Slot ini memfokuskan kepada ibadah solat, merangkumi dari mulanya tatacara bersuci. Peserta didedahkan dengan bagaimana cara berwudhu, mandi wajib dan tayamum sambil disertakan dengan hadis-hadis nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam. Ini untuk menguatkan lagi keyakinan peserta untuk beramal dalam masa yang sama agar mereka semakin teguh dalam memegang sunnah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam.

Peserta juga dilatih untuk memandikan jenazah dan mengkafankan jenazah. Ia satu pendedahan awal memandangkan ia satu ilmu yang semakin dilupakan masyarakat.
http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/254364_216306295066884_180258315338349_674213_6682075_n.jpg

Anak Soleh

Kuliah ini mengajak peserta untuk mengimbau jasa-jasa ibu bapa, serta merenung kembali apakah kebaikan dan kejahatan yang telah mereka lakukan kepada ibu bapa mereka. Ini kerana kadang-kala golongan remaja lupa bahawa ibu bapalah insan yang paling banyak berkorban untuk mereka.

Sunnah-Sunnah Harian

Slot ini memfokuskan kepada sunnah-sunnah harian dalam kehidupan seorang Muslim. Setiap kumpulan diberikan tajuk masing-masing. Berbekalkan nota-nota yang mengandungi hadis-hadis nabawi, fasilitator akan menerangkan kepada ahli kumpulan mereka. Kemudian, ahli kumpulan akan merangka pembentangan mereka berdasarkan penerangan fasilitator. Peserta membentangkan tajuk masing-masing di hadapan kumpulan-kumpulan yang lain.

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/255006_216275538403293_180258315338349_674039_2674671_n.jpg

Halaqah al-Quran

Fasilitator akan menyemak bacaan al-Fatihah peserta dan surah-surah lazim yang lain. Ini untuk melihat sama ada peserta mampu membaca al-Quran atau tidak lebih-lebih lagi surah al-Fatihah.

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/253498_10150633286770652_594980651_18863285_225486_n.jpg

Game Potongan Hadis

Selain itu, pada waktu petang peserta bermainan permainan melengkapkan potongan hadis. Empat keping kertas yang mengandungi perkataan daripada potongan hadis ‘Solatlah sebagaimana engkau lihat aku bersolat” disediakan bersama kertas-kertas warna yang lain. Peserta perlu mencari keempat-empat kertas tersebut. Kesemua peserta dipecahkan kepada empat kumpulan yang mengandungi pelbagai umur. Seorang ketua dilantik, mereka perlu melengkapkan potongan hadis tersebut. Seandainya kepingan kertas yang betul ada pada kumpulan lain, mereka perlu merampasnya dengan cara ‘membunuh’ ketua kumpulan tersebut.

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/246818_216274951736685_180258315338349_674017_1636946_n.jpg

Untuk menambahkan keseronokan, setiap peserta diikat pada kakinya dengan belon. Sesiapa yang belonnya pecah terkeluar daripada permainan. Untuk ‘membunuh’ peserta lain, kumpulan lawan perlu memecahkan belon yang ada pada pihak lawan.

Permainan ini melatih peserta untuk duduk dalam kumpulan, merancang strategi dan mematuhi arahan pemimpin.

Slot Pertemuan Ibu Bapa dan Fasilitator

Ia merupakan slot terakhir. Ibu bapa akan berjumpa fasilitator. Fasilitator akan menunjukkan laporan prestasi anak-anak mereka. Melalui sesi ini, ibu bapa akan mengetahui perkembangan anak-anak mereka, sama ada pandai mengaji atau tidak, bagaimana sifatnya dengan orang lain, kesempurnaan ibadah mereka. Melalui sesi ini, ibu bapa juga dapat melakukan sesi follow-up kepada anak-anak mereka.

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/254944_216278035069710_180258315338349_674134_7272972_n.jpg

Untuk melihat gambar-gambar program, layari Facebook INTIS Consultant

1 comment:

  1. semuga lebih ramai jenarasi baru mengisi waktu dengan program yang menambah keimanan dan mengasah minda

    ReplyDelete