Friday, July 29, 2011

Bertudung VS Tidak Bertudung


Assalamualaikum wbt. Saya terjumpa perbualan rekaan di atas. Dikatakan ia hanya rekaan, atas tujuan dakwah, dan bukan perbualan sebenar. Niatnya untuk menegur gadis-gadis tidak menutup aurat.

Sedihnya, membaca dialod pertama oleh si Muslimah, membuatkan saya menggeleng kepala. Menyatakan secara pasti gadis-gadis tidak menutup aurat akan masuk ke dalam neraka adalah satu perkataan yang melampau.


Tiada siapa tahu di mana diri kita dan orang lain di akhirat kelak kecuali insan-insan yang memang sudah terjamin syurganya seperti para anbiya' dan para sahabat yang telah dikhabarkan secara pasti mereka ahli syurga melalui wahyu.

Insan lain, tiada siapa mengetahuinya. Seorang penzina yang mati dalam keadaan belum bertaubat, belum tentu dia di neraka. Boleh jadi Allah mengampuni dosa-dosanya, boleh jadi jua kebaikan yang dia buat lebih banyak daripada dosa membuka auratnya.

Insan yang bertudung litup, belum tentu ke syurga, boleh jadi ada dosa-dosa yang menjadikan timbangan kejahatan lebih berat daripada kebaikan.

Hatta mereka yang lebih banyak jahat daripada buruk belum tentu ke neraka, kerana jika Allah mahu, Allah akan mengampuni dosa-dosa mereka. Ingatlah firman Allah "Sesungguhnya Allah Tidak Mengampuni dosa mensyirikkannya, dan mengampuni dosa-dosa selain itu untuk sesiapa yang Dia Kehendaki".

Ingatlah kisah si pelacur yang masuk ke dalam syurga kerana memberi minum anjing yang haus. Ia direkodkan dalam hadis yang sahih di dalam Sahih al-Bukhari. Jangan lupa jua kisah wanita yang rajin beribadah tetapi ke neraka kerana tidak memberi makan kucingnya yang dikurung. Ini semua kisah di dalam wahyu.

Usahlah kita lupa diri menganggap diri kita pemegang kunci syurga mahupun neraka.

Wallahua'lam

2 comments:

  1. setuju. syurga neraka urusan Allah, yg penting kita taat dan patuh perintah-Nya, berdoa dijauhkan dr azab neraka dan diberi hidayah dan taufiq selalu :)

    ReplyDelete
  2. Ini berat. Ustaz kena cerahkan.T.Kasih

    ReplyDelete