Monday, July 25, 2011

Selesainya Seminar 1001 Persoalan Ramadhan


[kredit kepada TV Sunnah]

Alhamdulillah, 23 Jun, Sabtu, selesai sudah Seminar 1001 Persoalan Ramadhan. Terima kasih untuk sahabat-sahabat semua atas bantuan yang diberikan. Mengorbankan tenaga, wang, masa untuk menjayakan seminar ini. Terima kasih jua kepada syarikah al-Hikmah Sdn Bhd yang banyak membantu di dalam program kali ini.

Sudah pasti jua kepada Ustaz Fathul Bari dan Ustaz Lokmanulhakim yang sudi berkongsi ilmu dengan kami semua.


Allah mentakdirkan, apa yang dia kehendaki akan berlaku. Al-Fadhil Ustaz Emran Ahmad terpaksa kami rehatkan kerana isu kesihatan. Walau beliau sedia untuk memberikan pengisian, akhirnya kami memutuskan untuk tidak meneruskan agenda asal. Terasa tida beretika membiarkan ustaz berucap di hadapan kami dalam keadaan sakit di kerongkongnya. Lalu, petang Jumaat lalu, kami berusaha hingga ke malam mencari pengganti Ustaz Emran Ahmad. Tetapi tidak berhasil, ia terlalu di saat akhir, maka kebanyakan ustaz-ustaz lain telah mempunyai program masing-masing.

Aku dengan berat hati terpaksa memikul tugas mengganti Ustaz Emran Ahmad. Malam itu aku hadam kitab ar-Rahiq al-Makhtum, membaca kisah perang Badar. Aku tahu persediaan aku kurang. Masa kurang daripada 12 jam untuk aku bersedia. Itu sahaja yang aku mampu wahai sahabt-sahabat semua. Aku meringkaskan apa yang aku baca dalam ar-Rahiq al-Makhtum susunan Shaikh al-Mubarakfuri, dan cuba berkongsi sedikit pengajaran yang aku temui dalam pembacaan aku.

Pasti 1001 kecacatan dalam pembentangan aku, rujukan aku hanya ar-Rahiq al-Makhtum, takut-takut ada fakta aku tersalah memahami, atau kesilapan fakta, mohon sangat dimaafi.

Selesai membentangkan tajuk perang Badar, terasa lega, walau aku tahu penyampaian ku tidak sebaik mana. Cuma, terasa seronok pula, itu kali pertama aku berbicara isu sirah, dalam pembacaan perang Badar aku menemui banyak perkara menarik. Banyak yang boleh diaplikasi dalam diri kita.

Terima kasih kepada Uncle Nik dari TV Sunnah [ http://youtube.com/tvsunnah ] yang sudi merakamkan seminar kami ini.

Hanya Allah mampu membalas jasa kalian.

No comments:

Post a Comment