Tuesday, August 2, 2011

Bangsa Rohingya Saudara Kita

RAYUAN BANTUAN MAKANAN Ramadhan Karim dan Aidil Fitri 1432H
 Umat Islam Minoriti Rohingya , Myanmar
   DI KEM PELARIAN BANGLADESH
Anjuran TERAS-SHURA-SALIMAH-MAPIM









و ما لكم أ ن لأ تنفقو ن في سبيل ا لله و لله مير ا ث ا لسمو ت و ا لأ رض 
“Dan kenapa kamu tidak menafkahkan (Sebahagian) harta kamu di jalan Allah, padahal Allah yang mempunyai langit dan bumi  ?”  Surah al-Hadid 10.


Etnik Rohingya adalah salah satu dari etnik di Myanmar (Burma) yang majoriti Muslim ( sekitar 8%). Mereka   adalah penduduk di wilayah Arakan di sebelah Barat Myanmar yang bersempadan dengan Bangladesh. Kebanyakan bermautautin di Maungdaw, Buthidaung, Akyab, Rathedaung and Kyauktaw Sejak Myanmar diperintah oleh tentera junta pada tahun 1978, etnik Muslim Rohingya menjadi mangsa penindasan yang amat dahsyat. Ratusan ribu (anggaran 250,000 orang) yang mengalami penyiksaan , rogol , penahanan secara rambang , pembunuhan tanpa bicara , pemenjaraan , pemusnahan masjid , pemaksaan keluar dari Islam dan menjadi pengganut Bhuddah  (murtad) , perampasan harta , pemusnahan tempat tinggal , penafian kerakyatan dan hak untuk mendapat rawatan kesihatan , menolak permohonan untuk mendapat kerja , kanak-kanak tidak dibenarkan bersekolah di sekolah kerajaan , malah menafikan hak untuk berkahwin. Nasib etnik Rohingya ditambah perik lagi bila kebanyakan mereka tidak dianggap rakyat Myanmar lagi. Ertinya etnik ini sekarang adalah pelarian tanpa kerakyatan asal.


Kini terdapat 80,000 ribu pelarian etnik Rohingya baru yang belum berdaftar oleh agensi PBB iaitu (United Nation High Commission for Refugees (UNHCR) di sempadan antara Wilayah Arakan, Myanmar dan Bangladesh. Di sempadan Thai-Myanmar sahaja terdapat 110,000 pelarian di 9 kem pelarian. Di kem pelarian Bangladesh keadaan kehidupan mereka sangat terdesak akibat penindasan oleh regim junta tentera Myanmar dan tekanan daripada kerajaan Bangladesh yang tidak membantu keperluan mereka .

Kini jumlah pelarian mencecah hampir setengah juta diseluruh Bangladesh kerana Muslimin Rohingya tidak mempunyai pilihan untuk menyelamatkan nyawa mereka.

Anak-anak pelarian Rohingya di Bangladesh di beberapa kem pelarian seperti di Kutupalong dan Coax Bazaar di selatan Bangladesh kini merayu hanya untuk mendapatkan nasi dan kacang dal buat berbuka puasa dan sedikit pakaian untuk Hari Raya Aidil Fitri yang mendatang.

Terdapat Masjid Jamek yang didirikan oleh pelarian Rohingya untuk menunaikan Solat Terawih sepanjang Ramadhan berlantaikan tanah dan mengguna minyak tanah sebagai lampu di dalam masjid dan surau. Di Arakan Muslim Rohongya tidak dibenarkan memperbaikki Masjid yang rosak , apatah lagi membina masjid yang baru.

 





Kedhaifan hidup masyarakat pelarian di sempadan Bangladesh dan Myanmar bertambah buruk bila diditimpa musibah bencana alam seperti banjir, ribut taufan yang mengakibatkan pokok-pokok jatuh menghempap pondok-pondok kecil pelarian yang miskin ini. Kerajaan Bangladesh dan agensi-agensi  yang sedia ada di Bangladesh tidak mengambil peduli mengenai  musibah bencana alam yang menimpa kawasan kem pelarian
Masyarakat Rohingya ini adalah satu etnik yang dilupakan dan dipinggirkan oleh masyarakat dunia Islam. Termasuk Negara-negara Anggota ASEAN dan NGO Islam tidak memberi perhatian bersungguh terhadap nasib pelarian Rohingya , malah ada yang tidak mengetahui kewujudan mereka.



ا نما ا لمؤنو ن ا خوة فا صاحو ا بين أ خو يكم و ا تقو ا لله لعلكم تر حمون
Ertinya : Sesungguhnya Orang-orang mukmin adalah bersaudara. Maka damaikanlah antara dua saudara kamu dn bertakwalah kepada Allah agar diberi Rahmat. Hurat 10

 






 Keperluan etnik pelarian Rohingya pada bulan Ramadhan 
Keperluan untuk satu keluarga pelarian di Bangladesh  adalah sebanyak  RM500.  ( Taka 10,000)
1-     Untuk program Iftar di surau dan Masjid bersama Anak-anak yatim dan Miskin , Ibu tunggal OKU anggaranya adalah  RM500.(Taka 10,000). kerana penduduknya berjumlah besar.

2-     Pakaian untuk satu keluarga RM500. (Taka 10,000) , kerana dalam satu keluarga terlalu ramai.

3-     Pakaian  dan makanan untuk satu keluarga yang termiskin  RM 370+ Kyat 100,000

SUMBANGAN HENDAKLAH DI HANTAR KE AKAUN

Teras Pengupayaan Melayu
BIMB :  020-2001002-1351 
(Semua sumbangan hendaklah dimaklum terlebih dahulu kepada En .Azizan (0194818687)


        Untuk maklumat lanjut sila hubungi mengenai Pelarian Rohingya

  1. 1.    Ustaz Mohammad Islam Bin Sultan Ahmad   (019-5966998)
Ahli lembaga (Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA)
Koordinator : Pusat Perkhitmatan Pelarian Rohingya (PPPR)
Alamat : PPPR  Lot 14, Tingkat 2 , SP Plaza , Sg.Petani , Kedah
Email  : pppr_teras@yahoo.com


                   Alamat :  SHURA  No, 8-4  The Right Ange, Jalan 14/22 Seksyen 14. 46100 Petaling Jaya, Selangor
                                     Tel. No,   03-79554300 Faks No,    03-79554399  Emal :  shura_pj@yahoo.com 
                                     016-6784003 / unirod.2168@yahoo.com

1 comment:

  1. Sdr,

    Saya mengenali mereka (Pelarian Rohingya),berinteraksi dan sejumaah di Masjid Ubudiah,Ampang.

    Mereka kuat beragama.

    ReplyDelete