Monday, August 15, 2011

Wajibkah Taati Jika Ibu Bapa Larang I'tikaf Tanpa Alasan Yang Kukuh?


ما حكم من لم يسمح له والده بالاعتكاف لأسباب غير مقنعة ؟
 Apakah hukumnya seandainya seseorang itu tidak mendapat keizinan ibu bapa untuk melakukan i'tikaf atas sebab-sebab yang tidak munasabah


الحمد لله
"الاعتكاف سنة ، وبر الوالدين واجب ، والسنة لا يسقط بها الواجب ، ولا تعارض الواجب أصلاً ، لأن الواجب مقدم عليها ، وقد قال الله تعالى في الحديث القدسي : (ما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضته عليه) ؛
I'tikaf hukumnya sunat, manakala mentaati ibu bapa hukumnya wajib. Perkara sunat tidak dapat menggugurkan sesuatu yang wajib. Pada asalnya, tidak boleh dipertentangkan sesuatu yang wajib. Ini kerana perkara yang wajib lebih diutamakan. Allah berfirman di dalam hadis Qudsi: Tidak ada sesuatu yang hamba aku lakukan untuk mendekatkan diri kepadaKu yang lebih aku Cintai melainkan apa yang diwajibkan ke atasnya.


فإذا كان أبوك يأمرك بترك الاعتكاف ويذكر أشياء تقتضي ألا تعتكف لأنه محتاج إليك فيها ، فإن ميزان ذلك عنده وليس عندك ، لأنه قد يكون الميزان عندك غير مستقيم ، وغير عدل ، لأنك تهوى الاعتكاف ، فتظن أن هذه المبررات ليست مبرراً
وأبوك يرى أنها مبرر .
،
Apabila ayah kamu menyuruh kamu agar tidak melakukan i;tikaf, dan beliau menyebutkan pula perkara-perkara yang menuntut kamu tidak melakukan i;tikaf kerana beliau memerlukan kamu dalam hal tersebut. Maka, sesungguhnya, kebenaran ada pada beliau, dan bukan pada kamu. Ini kerana pertimbangan yang ada pada kamu tidak benar, tidak adil disebabkan kamu memang berkeinginan untuk melakukan i'tikaf. Maka, kamu merasakan (sebab-sebab yang ayah kamu sebutkan) tidak boleh diterima, sedangkan ayah kamu melihat ia satu sebab yang boleh diterima.

والذي أنصحك به ألا تعتكف ، نعم ، لو قال لك أبوك : لا تعتكف ولم يذكر مبررات لذلك ، فإنه لا يلزمك طاعته في هذه الحال ، لأنه لا يلزمك أن تطيعه في أمر ليس فيه ضرر عليه في مخالفتك إياه ، وفيه تفويت منفعة لك"
Maka, apa yang ingin saya nasihatkan kepada kamu ialah agar jangan melakukan i;tikaf. Benar (kamu boleh lakukan i'tikaf) seandainya ayah kamu berkata kepada kamu: Jangan lakukan i'tikaf, dan beliau tidak pula menyebut alasan yang munasabah, maka tidak wajib untuk kamu mentaati beliau dalam hal ini. Ini kerana tidak wajib untuk kamu mentaatinya dalam perkara yang tidak memudharatkan kamu jika tidak mentaatinya, apatah lagi apabila wujud padanya (i'tikaf) manfaat untuk kamu.

انتهى .
فضيلة الشيخ محمد بن عثيمين رحمه الله .
"رسالة أحكام الصيام وفتاوى الاعتكاف" (ص 31) .
Shaikh Muhammad bin Uthaimin rahimahullah.
Risalah Hukum-Hakam Puasa dan Fatwa I'tikaf
الإسلام سؤال وجواب

sumber: http://islamqa.com/ar/ref/106536
[terjemahan bebas oleh Mohd Masri Mohd Ramli]

No comments:

Post a Comment