Tuesday, November 8, 2011

Ust Minghat Mahmut - Kepada Dai'e yang Bakal Berkahwin dan Telah Berkahwin


 

Untuk download klik di sini
Ust Minghat Mahmut - Kepada Dai'e yang Bakal Berkahwin dan Telah Berkahwin 


Ia adalah satu soalan yang disoal kepada Ustaz ketika daurah di Brisu:

Soalan berbunyi: Bagaimana da'wah seorang isteri yang sebelum berkahwin aktif dalam gerakan Islam.

Ustaz menjawab dalam yang lebih spesifik iaitu bagaimana da'wah seorang isteri kepada suami dan tanggungjawab isteri kepada suami yang sudah kendur berda'wah.

Ustaz menyatakan bahawa:


a) Isteri kena berkorban untuk agama, jangan menjadi penyebab suami kendur kepada da'wah.

b) Isteri mesti berani menghadapi cabaran da'wah. Contoh, si suami dibuang kerja, dibenci orang ramai dan lain-lain. Ustaz Minghat membawak satu istilah orang veteran yang berbunyi "Sampai sanggup makan sambal gesek" yang membawa maksud bahawa sanggup korban untuk hidup susah, hatta sampai hanya mampu makan sambal gesek dan ikan cekik leher/ikan kecil untuk makanan seharian kerana dibuang kerja sebab da'wah, dipulau masyarakat dan lain-lain.

c) Gerakan Islam perlu menyediakan plan penyelamat kepada semua pelajar-pelajar yang akan grad seandainya mereka menghadapi masalah apabila sudah bekerja contoh dibuang kerja, suami dipenjara dan lain-lain. Gerakan Islam mesti mencari jalan mengeluarkan mereka dari kesusahan.

Dan lain-lain lagi. Ustaz Minghat Mahmut ialah bekas Naib Pesuruhjaya PAS Melaka. Jika forumer AFN download kuliah beliau bertajuk Feqh ad-Daulah di audiosunnah.blogspot.com, kita akan dapat dengar banyak pengalaman da'wah beliau dari zaman 70an, dengan ABIM, PAS, gerakan da'wah salafiah dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment