1001 Hari Jumaat.
1) Hari nabi Adam a.s diciptakan.
2) Hari nabi Adam a.s dimasukkan ke
dalam syurga dan dikeluarkan darinya.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ ، قَالَ : " خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ
، فِيهِ خُلِقَ آدَمُ ، وَفِيهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ ، وَفِيهِ أُخْرِجَ مِنْهَا ،
وَلَا تَقُومُ السَّاعَةُ إِلَّا فِي يَوْمِ الْجُمُعَةِ "
Abu Hurairah Radiallahu
‘anhu meriwayatkan, Nabi Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
Sebaik-baik hari yang mana matahari terbit padanya ialah hari Jumaat. Pada hari
itu diciptanya adam, pada hari itu dimasukkannya ke dalam syurga, pada hari itu
jua dikeluarkan dia dari syurga. Tidak akan berlaku hari kiamat melainkan pada
hari Jumaat.
[Sahih Muslim, Kitab
Jumaat, Bab Kelebihan Jumaat, hadis no: 1417]
2) Hari hidayah untuk
umat Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " نَحْنُ الْآخِرُونَ الْأَوَّلُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ،
وَنَحْنُ أَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ ، بَيْدَ أَنَّهُمْ أُوتُوا الْكِتَابَ
مِنْ قَبْلِنَا ، وَأُوتِينَاهُ مِنْ بَعْدِهِمْ فَاخْتَلَفُوا فَهَدَانَا اللَّهُ
لِمَا اخْتَلَفُوا فِيهِ مِنَ الْحَقِّ ، فَهَذَا يَوْمُهُمُ الَّذِي اخْتَلَفُوا
فِيهِ هَدَانَا اللَّهُ لَهُ " ، قَالَ : " يَوْمُ الْجُمُعَةِ
فَالْيَوْمَ لَنَا ، وَغَدًا لِلْيَهُودِ ، وَبَعْدَ غَدٍ لِلنَّصَارَى " .
Abu Hurairah Radiallahu
‘anhu berkata, Nabi Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Kita
adalah umat yang terakhir, tetapi kita jua adalah umat yang paling awal tiba
pada hari kiamat. Kita adalah umat terawak yang akan memasuki syurga. Hanya
sahaja mereka umat yang lebih awal mendapat kitab sebelum kita. Kita mendapat
kitab selepas mereka. Lalu mereka berselisih pendapat, lalu Allah pula memberi
kita petunjuk pada kebenaran yang mereka perselisihi. Inilah hari yang mereka
perselisihi padanya, dan Allah memberi kita petunjuk padanya. Hari Jumaat
adalah hari untuk kita, esoknya (Sabtu) adalah hari untuk kaum Yahudi, dan
selepasnya (Ahad) adalah untuk kaum Kristian.
[Sahih Muslim, Kitab
Jumaat, Bab Hidayah Hari Jumaat Kepada Umat, hadis no: 1419]
Sunnah Di Hari
Jumaat:
Antara amalan sunnah
di hari Jumaat ialah:
a) Digalakkan membaca
surah as-Sajjadah dan al-Insan di dalam solat Subuh jika berkemampuan
menghafalnya.
عَنْ أَبِي
هُرَيْرَةَ ، أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ : ” كَانَ يَقْرَأُ فِي الصُّبْحِ يَوْمَ الْجُمُعَةِ بِ الم تَنْزِيلُ
فِي الرَّكْعَةِ الْأُولَى ، وَفِي الثَّانِيَةِ هَلْ أَتَى عَلَى الْإِنْسَانِ
حِينٌ مِنَ الدَّهْرِ لَمْ يَكُنْ شَيْئًا مَذْكُورًا “
Daripada Abu Hurairah
Radiallahu ‘anhu bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam sering membaca dalam
solat Subuh di hari Jumaat “Alif Lam Mim Tanzil …” (surah As-Sajjadah) pada
rakaat pertama dan surah al-Insan pada rakaat kedua.”
[Sahih Muslim, Kitab
Jumaat, Bab Apa Yang Dibaca Pada Hari Jumaat, hadis no: 1462]
b) Memperbanyakkan
selawat
Rasulullah Sallallahu
‘alaihi wa sallam bersabda,
عَنْ أَبِي
أُمَامَةَ ، قال : قال رسول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” أَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلاةِ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ ،
فَإِنَّ صَلاةَ أُمَّتِي تُعْرَضُ عَلَيَّ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ ، فَمَنْ
كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَيَّ صَلاةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّي مَنْزِلَةً “
Abu Umamah Radiallahu
‘anhu berkata: Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Perbanyakkan
selawat kepadaku pada setiap Jumaat. Ini kerana selawat umatku akan
diperlihatkan padaku pada setiap Jumaat. Sesiapa yang banyak berselawat
kepadaku, dialah yang paling dekat denganku.
[HR al-Baihaqi di
dalam Sya’bul Iman, Bab Sebelas Cabang Keimanan, Fasal Kelebihan Selawat Ke
Atas Nabi Pada Malam dan Siang Jumaat, hadis no: 2777, Shaikh al-Albani
menyatakan ia hadis hasan lighairihi. Lihat Sahih al-Jami’: 1673]
c) Membaca surah
al-Kahfi
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ
الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَآلِهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” إِنَّ مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ يَوْمَ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ
لَهُ مِنَ النُّورِ مَا بَيْنَ الْجُمُعَتَيْنِ “
Daripada Abu Sa’id
al-Khudri Radiallahu ‘anhu, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Sesungguhnya sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum’at, dia akan disinari
oleh cahaya di antara dua jumaat.
[HR al-Hakim di dalam
al-Mustadrak, Kitab Tafsir, Bab Tafsir surah al-Kahfi: 3320, Shaikh al-Albani
menyatakan ia sahih, lihat Sahih al-Jami’: 6470]
Kata Imam Syafie:
وأحب كثرة الصلاة على النبي صلى الله
عليه وسلم في كل حال ، وأنا في يوم الجمعة ، وليلتها أشد استحبابا ، وأحب قراءة الكهف
ليلة الجمعة ، ويومها لما جاء فيها
Aku suka membanyakkan
selawat ke atas nabi Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam pada setiap
keadaan, dan pada siang dan malam Jumaat, aku lebih-lebih menyukai amalan
tersebut. Aku juga suka membaca surah al-Kahfi pada malam dan siang Jumaat
[al-Umm, Kitab
as-Solat, Bab Menjawab Panggilan Jumaat, Fasal Apakah Yang Diperintahkan Pada
Malam dan Siang Jumaat]
d) Memperbanyakkan
doa di sepanjang hari Jumaat
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَكَرَ يَوْمَ
الْجُمُعَةِ ، فَقَالَ : ” فِيهِ سَاعَةٌ لَا يُوَافِقُهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ وَهُوَ يُصَلِّي
، يَسْأَلُ اللَّهَ شَيْئًا إِلَّا أَعْطَاهُ إِيَّاهُ
Daripada Abu Hurairah
Radiallahu ‘anhu bersabda tentang hari Jumaat: Padanya terdapat satu masa.
Tidaklah masa itu bertepatan dengan saat seorang hamba yang Muslim berdoa
dengan meminta kepada Allah sesuatu, kecuali Dia akan memberikannya.
[Sahih Muslim, Kitab
Jumaat, Bab Waktu Yang Ada Pada Hari Jumaat, hadis no: 1412]
Terdapat hadis
menerangkan waktu itu adalah selepas Asar pada hari Jumaat.
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ
، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " يَوْمُ
الْجُمُعَةِ اثْنَتَا عَشْرَةَ سَاعَةً فِيهَا سَاعَةٌ لا يُوجَدُ عَبْدٌ مُسْلِمٌ
يَسْأَلُ اللَّهَ شَيْئًا إِلا آتَاهُ إِيَّاهُ ، فَالْتَمِسُوهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ
الْعَصْرِ "
Jabir Radiallahu
‘anhu berkata bahawa nabi Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Pada
hari Jumaat terdapat dua belas jam, padanya terdapat satu jam di mana tidaklah
seorang hamba yang Muslim berdoa kepada Allah, melainkan Allah akan memakbulkan
doa itu. Berusalah mencari waktu tersebut selepas Asar.
[an-Nasai’e dalam
as-Sunan al-Kubra, Kitab Jumaat, Bab Waktu Jumaat, hadis no: 1687. Shaikh
Muqbil menyatakan ia hadis hasan. Lihat as-Sahih al-Musnad: 251]
e) Mandi bagi mereka
yang menghadiri solat Jumaat
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " الْغُسْلُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُحْتَلِمٍ "
Abu
Said al-Khudri Radiallahu ‘anhu berkata, Rasulullah Rasulullah Sallallahu
‘alaihi wa sallam bersabda: Mandi pada hari Jumaat wajib untuk setiap orang
yang sudah baligh.
[Sahih
Muslim, Kitab Jumaat, Bab Wajibnya Mandi Pada Hari Jumaat Untuk Setiap Orang
Yang Sudah Baligh, hadis no: 1403]
فَقَالَ عُمَرُ : رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : ” إِذَا جَاءَ أَحَدُكُمْ إِلَى الْجُمُعَةِ فَلْيَغْتَسِلْ “
Umar Radiallahu ‘anhu
berkata: Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila seseorang
daripada kalian pergi mendirikan solat Jumaat, hendaklah dia mandi.
[Sahih Muslim, Kitab Jumaat, Bab Wajibnya Mandi Pada Hari Jumaat
Untuk Setiap Orang Yang Sudah Baligh: 1402]
f) Memakai pakaian
yang cantik
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ
الْخُدْرِيِّ ، وَأَبِي
هُرَيْرَةَ ، قَالَا : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” مَنِ اغْتَسَلَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَلَبِسَ مِنْ أَحْسَنِ ثِيَابِهِ
وَمَسَّ مِنْ طِيبٍ إِنْ كَانَ عِنْدَهُ ، ثُمَّ أَتَى الْجُمُعَةَ فَلَمْ يَتَخَطَّ
أَعْنَاقَ النَّاسِ ، ثُمَّ صَلَّى مَا كَتَبَ اللَّهُ لَهُ ، ثُمَّ أَنْصَتَ إِذَا
خَرَجَ إِمَامُهُ حَتَّى يَفْرُغَ مِنْ صَلَاتِهِ ، كَانَتْ كَفَّارَةً لِمَا بَيْنَهَا
وَبَيْنَ جُمُعَتِهِ الَّتِي قَبْلَهَا “
Abu Sa’id al-Khudri
dan Abu Hurairah Radiallahu ‘anhuma berkata: Rasulullah Sallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, memakai pakaiannya yang
terbaik, memakai minyak wangi jika dia memilikinya. Kemudian pergi menghadiri
solat Jumaat dan dia tidak melangkah leher orang lain. Kemudian dia mendirikan
solat yang telah Allah tetapkan untuknya. Kemudian dia diam daripada saat imam
keluar (untuk berkhutbah) hingga imam menamatkan solatnya. Itu semua menjadi
kafarah/penghapusan dosa untuk apa yang ada antara hari tersebut dan Jumaat
sebelumnya.
[Sunan Abi Daud,
Kitab Bersuci, Bab Mandi Hari Jumaat, hadis no: 290]
g) Memakai minyak
wangi [lihat hadis F]
h) Tidak melangkahi
saf-saf manusia [lihat hadis F]
i) Mendirikan solat
sunat ketika menunggu imam untuk keluar berkhutbah [lihat hadis F]
j) Diam ketika imam
berkhutbah [lihat hadis F]
k) Melakukan solat
sunat selepas solat Jumaat
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمُ الْجُمُعَةَ ، فَلْيُصَلِّ بَعْدَهَا أَرْبَعًا “
Abu Hurairah
Radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Apabila salah seorang kalilan mendirikan solat Jumaat, maka solatlah selepasnya
empat rakaat.
[Sahih Muslim, Kitab
Jumaat, Bab Solat Selepas Solat Jumaat, hadis no: 1463]
Kesilapan-Kesilapan
Di Hari Jumaat
1. Mengkhususkan
malam Jumaat untuk qiamullail dan siang Jumaat untuk berpuasa.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ
عَنْهُ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” لَا تَخْتَصُّوا
لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ بِقِيَامٍ مِنْ بَيْنِ اللَّيَالِي ، وَلَا تَخُصُّوا يَوْمَ
الْجُمُعَةِ بِصِيَامٍ مِنْ بَيْنِ الْأَيَّامِ ، إِلَّا أَنْ يَكُونَ فِي صَوْمٍ يَصُومُهُ
أَحَدُكُمْ ” .
Daripada Abu Hurairah
Radiallahu ‘anhu, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Janganlah
kalian mengkhususkan malam Jumaat untuk melakukan Qiamullail, dan janganlah
kalian mengkhususkan hari Jumaat untuk berpuasa kecuali jika ia merupakan puasa
yang sering salah seorang daripada kalilan lakukannya
[Sahih Muslim, Kitab
Puasa, Bab Makruh Puasa Hari Jumaat Sahaja, hadis no: 1937]
2. Bercakap
ketika khatib berkhutbah
عَنِ ابْنِ شِهَابٍ ، قَالَ : أَخْبَرَنِي
سَعِيدُ بْنُ الْمُسَيِّبِ ، أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ أَخْبَرَهُ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ” إِذَا قُلْتَ لِصَاحِبِكَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ
أَنْصِتْ وَالْإِمَامُ يَخْطُبُ فَقَدْ لَغَوْتَ “
Ibn Syihab berkata:
Sa’id bin al-Musayyib memberitahu aku bahawa Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu
menyatakan kepadanya bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Apabila seseorang daripada kalian berkata kepada sahabatnya ‘DIAM’ pada hari
Jumaat, sedangkan imam sedang berkhutbah. Sesungguhnya engkau telah melakukan
perbuatan yang sia-sia
[Sahih al-Bukhari,
Kitab Jumaat, Bab Diam Ketika Imam Berkhutbah, hadis no: 888]
3.
Membuat hal lain ketika khutbah seperti berzikir, berdoa, bermain telefon
bimbit, menderma wang ke dalam tabung masjid dan sebagainya
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” مَنْ تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ
الْوُضُوءَ ، ثُمَّ أَتَى الْجُمُعَةَ فَاسْتَمَعَ وَأَنْصَتَ ، غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ
وَبَيْنَ الْجُمُعَةِ ، وَزِيَادَةُ ثَلَاثَةِ أَيَّامٍ ، وَمَنْ مَسَّ الْحَصَى فَقَدْ
لَغَا “
Abu Hurairah
Radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Sesiapa yang berwudhu dan membaguskan wudhunya, kemudian mendatani solat Jumaat
lalu dia mendengar (khutbah) dan diam. Diampunkan untuknya apa yang ada antara
hari itu dan Jumaat yang akan datang, dan ditambah tiga hari. Sesiapa yang
menyentuh/bermain-main dengan batu kerikil (ketika khutbah) sesungguhnya dia
melakukan hal yang sia-sia
[Sahih Muslim, Kitab
Jumaat, Bab Kelebihan Sesiapa Yang Mendengar dan Diam Ketika Khutbah, hadis no:
1425]
4.
Melakukan jual beli selepas azan kedua
Firman Allah Taala:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا إِذَا
نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا
الْبَيْعَ
Wahai orang yang
beriman. Apabila dipanggil untuk mendirikan solat pada hari Jumaat.
Bersegerahlah untuk mengingati Allah, dan tinggalkan urusan jual beli
[Al-Jumu’ah: 9]
5.
Melangkah Jemaah lain ketika khutbah
عَنْ أَبِي الزَّاهِرِيَّةِ ، قَالَ
: كُنَّا مَعَ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُسْرٍ صَاحِبِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ ، فَجَاءَ رَجُلٌ يَتَخَطَّى رِقَابَ النَّاسِ ، فَقَالَ
عَبْدُ اللَّهِ بْنُ بُسْرٍ : جَاءَ رَجُلٌ يَتَخَطَّى رِقَابَ النَّاسِ يَوْمَ الْجُمُعَةِ
وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ ، فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” اجْلِسْ فَقَدْ آذَيْتَ ” .
Daripada Abu Hurairah
Radiallahu ‘anhu: Kami bersama dengan Abdullah Bin Busr, iaitu seorang sahabat
nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam, pada hari Jumaat. Datang seorang lelaki lalu
melangkahi tengkuk-tengkuk manusia. Abdullah Bin Busr pun berkata: Seorang
lelaki telah datang dan melangkahi tengkuk-tengkuk manusia pada hari Jumaat dan
Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam sedang berkhutbah. Nabi Sallallahu ‘alaihi
wasallam berkata kepada lelaki tersebut: Duduklah, sesungguhnya engkau telah
mengganggu (jemaah lain)
[Sunan Abi Daud,
Kitab Jumaat, Bab Cabang-Cabang Bab Jumaat, Bab Melangkahi Bahu Manusia Di Hari
Jumaat, hadis no: 945,, Shaikh al-Albani mensahihkannya]
6.
Memanjangkan khutbah dan memendekkan solat
قَالَ أَبُو وَائِلٍ : خَطَبَنَا عَمَّارٌ
فَأَوْجَزَ وَأَبْلَغَ ، فَلَمَّا نَزَلَ ، قُلْنَا : يَا أَبَا الْيَقْظَانِ لَقَدْ
أَبْلَغْتَ وَأَوْجَزْتَ ، فَلَوْ كُنْتَ تَنَفَّسْتَ ، فَقَالَ : إِنِّي سَمِعْتُ
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : ” إِنَّ طُولَ صَلَاةِ
الرَّجُلِ وَقِصَرَ خُطْبَتِهِ ، مَئِنَّةٌ مِنْ فِقْهِهِ ، فَأَطِيلُوا الصَّلَاةَ
، وَاقْصُرُوا الْخُطْبَةَ ، وَإِنَّ مِنَ الْبَيَانِ سِحْرًا “
Abu Wa’il berkata:
‘Ammar berkhutbah kepada kami dengan ringkas dan jelas. Ketika dia turun, kami
berkata,”Hai, Abal Yaqzhan (kunyah ‘Ammar). Engkau telah menyampaikan dengan
jelas dan ringkas, seandainya engkau panjangkan sedikit!” Dia menjawab,”Aku
telah mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,’Sesungguhnya
panjang solat seseorang, dan pendek khutbahnya merupakan tanda kefahamannya.
Maka panjangkanlah solat dan pendekkanlah khutbah! Dan sesungguhnya sebahagian
penjelasan merupakan sihir.
[Sahih Muslim, Kitab
Jumaat, Bab Sederhana Dalam Panjang Solat dan Khutbah, hadis no : 1443]
7. Mengkhususkan
malam Jumaat dengan bacaan Yasin. Tiada dalil yang sahih berkaitannya. Baca di
sini http://qurandansunnah.wordpress.com/2009/04/26/yasinan-serta-keutamaannya-satupun-tidak-ada-yang-shohih/
No comments:
Post a Comment