Monday, January 23, 2012

Mana Hilang Itu Kasih Sayang....

gambar hiasan

[Petikan tazkirah selama setengah jam yang aku terima daripada seorang Karkun Tabligh, selepas solat Zuhur semalam di masjid Aleyah Kuala Ina]. 

 1) Allah sudah Kasih Sayang dia pada kita, kenapa kita tidak kasih sayang sama manusia. Mana pergi itu kasih sayang....... Kenapa kita tidak ada sayang sama manusia, sebab kita sudah curah benda lain dalam hati kita... iaitu buruk sangka.. Macam kita curah air dalam susu, rasa susu hilang..


2) Saudara kita soal aku tadi: Awak hafiz al-Quran? Aku jawab: Tak, dia soal lagi: Awak alim? Aku jawab: Tak. Pang kena sebiji, dia kata: Inilah alim yang kedekut.... Ilmu mahu bertakung pada diri dia sahaja.... 

3) Ilmu tidak ada guna kecuali kalau ia bagi manfaat pada orang lain.... Macam air, ia berguna bila ia masuk melalui paip, masuk semua rumah... Biarlah kita jadi punca air itu.... 
4) Dia cakap lagi: Bagus, awak ada janggut. Ini sunnah nabi..... Tapi ini hanya pagar, apa kita buat dalam bilik, hanya Allah yang tahu.... Aduih sebijik dia bagi lagi. 

[Tazkirah 15 minit selepas Asar oleh sahabat berdarah Pakistan yang sama mentazkirah saya selama 30 minit semalam]..

5) Dakwah Fi Sabilillah, di mana sahaja. Tuan guna segenap kemampuan yang tuan ada untuk bawa Islam ke serata alam. ..... La Ilaha IllaaLlah Muhammad Rasulullah. 

6) Siapa yang lebih besar? Isterikah? Aku jawab: Allah. Hartakah? Allah....... 

7) Kalau kita hidup sendiri-sendiri, rumau engkau rumah engkau, rumah aku rumah aku, hidup engkau, hidup engkau, hidup aku hidup aku, agama engkau agama engkau, agama aku agama aku. Nanti Allah murka. Dia bangkitkan orang lain untuk gantikan kita buat kerja dakwah ini......

No comments:

Post a Comment