Friday, February 17, 2012

Pertama Kali





Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah. Allah s.w.t telah beri aku keizinan untuk aku berkongsi dengan sahabat-sahabat aku di UIA, setakat mana yang aku mampu kongsikan.

Minggu lalu, minggu pertama semester di UIA (walaupun aku bukan lagi pelajar UIA), Allah telah menetapkan dengan taqdir dan KehendakNya, bahawa aku akan menyampaikan satu slot bertajuk 'Berkenalan Dengan Rasulullah S.A.W'.


Ia satu keputusan yang aku rancang sendiri melihatkan seminggu sebelum itu aku berkongsi tajuk yang sama dengan pelajar-pelajar di sekolah aku.

Sesi pertama bersama sahabat-sahabat di UIA, boleh memuhasabah diri aku untuk

a) Belajar memendekkan pembentangan
b) Kurangkan membebel.

Slide aku bertajuk 'Berkenalan Dengan Rasulullah' yang menceritakan kisah hidup Nabi s.a.w daripada sejak beliau dilahirkan sehingga hari kewafatan. Sumber rujukan aku ialah karya ulung sirah Shaikh Safiurrahman al-Mubarakfuri ar-Raheeq al-Makhtum. Aku menggunakan terjemahan Bahasa Malaysia YADIM yang bertajuk Sirah Nabawiah. Kitab ini jua sudah diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris bertajuk The Sealed of Nectar.

Dengan 20 slide, aku mengambil masa selama hampir 1 jam 15 minit. Ketika jam sudah menunjukkan 1030 malam. Aku lihat telefon bimbit ku bergetar, lampu menyala, ada mesej yang masuk. Pastinya aku tidak akan memeriksa telefon ketika aku sedang bercerita di hadapan sahabat-sahabat aku.

Tamat sesi itu, aku membuka telefon bimbit aku, tertera dua sms meminta aku menamatkan sesi itu kerana sudah terlalu lewat, mereka minta disambung untuk sesi yang kedua. Maafkan aku, aku hanya membaca sms itu selepas tamat sesi tersebut.

95% yang hadir adalah Muslimah, membuatkan aku terkedu. Sehinggakan sahabat aku berkata, tubuh ku asyik menghadap ke arah pelajar lelaki yang tak sampai 10 orang, mata ku jua hanya melihat pelajar lelaki. Keseganan yang teramat sangat. Apakah ini petanda lelaki-lelaki yang 'qawwam' semakin pupus. Ada yang berkata kaum Adam suka tajuk yang kontroversi isu bid'ah lah, isu politiklah, sedangkan kaum Hawa sukakan tajuk yang asas dan mudah.

Malam tadi sesi kedua, aku memulakan sesi talaqqiFEQAH4dummies. Sesi pertama ini aku berkongsi tentang feqah wudhu. Kehadiran kurang memberansangkan, hanya 5 pelajar lelaki dan 4 pelajar perempuan.

Aku melakukan eksperimen agar sesi ini menjadi interaktif. Aku menyusun coklat di atas meja aku, yang mana coklat itu akan diberi kepada sesiapa yang dapat menjawab soalan aku.

Itupun aku terlajak masa lagi. Hanya tamat pada jam 11 malam. Antara sebabnya aku mula lewat dalam jam 940 malam kerana menunggu pelajar-pelajar lain dengan harapan mereka akan datang :(

Aku sangka isi yang ringkas itu cukup dengan satu jam, tetapi nampaknya masih terlalu padat. Sahabat aku kata aku membebel panjang sangat dalam isu niat, perlu lafaz atau tidak.

Aku seronok sesi begitu, interaktif, aku banyak bertanya jawab dengan sahabat-sahabat yang hadir. Bahkan ada soalan-soalan yang sangat baru, dan ia memberi manfaat kepada aku, antara yang disoal, bukankah jumlah air wudhu nabi s.a.w sangat sedikit, jadi bagaimana nabi s.a.w basuh muka dan tangannya, apakah dengan menyapu air yang ada pada tapak tangan? Jika begitu apa bezanya dengan menyapu kepala sedangkan dalam al-Maidah ayat 6 Allah s.w.t guna perkataan basuh untuk wajah, tangan dan kaki, sedangkan kepala Allah s.w.t menggunakan perkataan sapu.

Seorang 'sister' bertanya: Jika rambut seorang Muslimah panjang, sehingga termasuk kawasan muka, apakah ia termasuk bahagian 'wajah'. Aku menjawab: Aku tidak tahu jawapannya, aku akan cari jawapannya.

Moga aku istiqamah meneruskan talaqqiFEQAH4dummies. Moga Allah ikhlas kan aku. Moga lebih ramai KAUM LELAKI agar aku tidak terlalu segan. ;)


No comments:

Post a Comment