Thursday, March 22, 2012

Orang Lain VS Diri Sendiri

 

Utamakan diri sendiri dalam mentaati Allah, utamakan orang lain dalam hal selainnya.

القاعدة الثالثة الإيثار في القرب مكروه . وفي غيرها محبوب . قال تعالى ( { ويؤثرون على أنفسهم ولو كان بهم خصاصة } .

Kaedah yang ketiga: Mengutamakan orang lain dalam ibadah adalah makruh, dalam hal selain ibadah adalah digalakkan. Allah berfirman:dan mereka (orang Ansar) juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat [al-Hasyr : 9]


قال الشيخ عز الدين : لا إيثار في القربات ، فلا إيثار بماء الطهارة ، ولا بستر العورة ولا بالصف الأول ; لأن الغرض بالعبادات : التعظيم ، والإجلال . فمن آثر به ، فقد ترك إجلال الإله وتعظيمه .

Shaikh Izzuddin berkata: Tidak ada itsar (mendahulukan orang lain) dalam ibadah. Tiada itsar dalam hal air untuk bersuci, tidak jua dalam hal menutup aurat, tidak jua dalam hal saf pertama. Ini kerana objektif ibadah adalah untuk membesarkan dan mengagungkan (Allah). Sesiapa yang mendahulukan orang lain dalam hal tersebut, sesungguhnya dia telah meninggalkan perbuatan mengagungkan dan membesarkan Allah.

Al-Asybah Wa A-Nazhair oleh Imam al-Sayuthi
http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?flag=1&bk_no=36&ID=84

No comments:

Post a Comment