Thursday, March 8, 2012

Riadussolihin-Ikhlas-Hadis 4-5

Hadis 4: Dapat pahala walau tidak melakukan amal soleh, cukup dengan niat sahaja.



 وعَنْ أبي عبد اللَّه جابر بن عبد اللَّه الأنصاري رَضيَ اللَّه عَنْهُما قَالَ: كنا مع النبي صَلَّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّم في غزاة فقَالَ: <إن بالمدينة لرجالا ما سرتم مسيرا ولا قطعتم واديا إلا كانوا معكم حبسهم المرض.

Daripada Abu Abdillah Jabir bin Abdullah al-Ansari Radiallahu 'anhu berkata: Kami bersama-sama dengan nabi Sallallahu 'alaihi wasallam dalam satu peperangan. Baginda Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:Sesungguhnya di Madinah ada insan yang mana tidaklah kamu menempuh satu perjalanan, atau melintas satu lembah melainkan pasti mereka bersama kalian (mereka memperolehi pahala yang sama) sakit telah menghalang mereka (daripada menyertai peperangan)


وفي رواية: ألا شركوكم في الأجر> رَوَاهُ مُسْلِمٌ

Dalam riwayat lain: Mereka (yang tidak sertai perang) berkongsi pahala dengan kalian [HR Muslim]

ورَوَاهُ الْبُخَارِيُّ عَنْ أنس قَالَ: <رجعنا مِنْ غزوة تبوك مع النبي صَلَّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّم فقَالَ: <إن أقواما خلفنا بالمدينة ما سلكنا شعبا ولا واديا ألا وهم معنا، حبسهم العذر

Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Anas Radiallahu 'anhu: Kami pulang dari peperangan Tabuk bersama Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam, baginda Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya ada beberapa kaum yang kita tinggalkan di Madinah. Tidaklah kita melalui mana-mana lereng mahupun lembah melainkan mereka bersama kita (mendapat pahala yang sama), keuzuran telah menghalang mereka (daripada menyertai peperangan).

Huraian:

Hadis ini menceritakan terdapat umat Islam yang tidak dapat menyertai peperangan kerana mereka uzur atau sakit. Lalu nabi :saw memberitahu sahabat bahawa mereka yang tak hadir dalam peperangan tetap dapat pahala menyertai peperangan kerana mereka bukan sengaja tak hadir, sebaliknya kerana keuzuran.

Ini menunjukkan jika kita benar-benar berazam untuk melakukan amal soleh, tetapi tiba-tiba ada keuzuran yang menghalang, Insya-allah, Allah akan memberi kita ganjaran seolah-olah kita melakukan amalan tersebut.

Contohnya kita sering melakukan Qiamullail, tiba-tiba satu hari itu kita terlalu letih, dan terbangung hanya pada waktu Subuh sedangkan kita sudah berazam untuk Qiamullail, Insya-allah kita akan mendapat pahalanya.

Persoalan? Bagaimana kalau kita niat hati kita mahu bertaubat.. tetapi masih mahu melakukan kejahatan... .....

‎1) Kalau ketika taubat masih ada niat nak buat jahat- Insya-allah taubat tak diterima sebab antara syarat taubat ialah berazam untuk meninggalkan maksiat dan tidak mengulanginya.

2) Kalau ketika taubat memang azam nak tinggal maksiat, cuma lepas taubat pergi ulang balik maksiat atas kelemahan diri, maka taubat yang pertama sah Insya-allah, dan perlu lakukan taubat yang ke dua untuk dosa yang diulangi itu.

Wallahua'lam




Hadis 5: Nak sedekah, sekali orang lain yang ambil sedekah tu. Dapat pahala ke tidak sedekah kita?

وعَنْ أبي يزيد معن بن يزيد بن الأخنس رَضيَ اللَّه عَنْهُم، وهو وأبوه وجده صحابيون، قَالَ: كان أبي يزيد أخرج دنانير يتصدق بها فوضعها عند رجل في المسجد فجئت فأخذتها فأتيته بها فقَالَ: واللَّه ما إياك أردت! فخاصمته إِلَى رَسُول اللّهِ صَلَّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلّم فقَالَ: <لك ما نويت يا يزيد ولك ما أخذت يا معن> رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ

Daripada Abu Yazid iaitu Ma'an bin Yazid bin Akhnas Radiallahu 'anhum. Beliau, ayahnya dan neneknya adalah termasuk golongan sahabat. Dia berkata: "Ayahku, iaitu Yazid, mengeluarkan beberapa dinar lalu dia bersedekah dengannya. Dia meletakkan dinar-dinar itu pada seorang lelaki di masjid. Aku tiba di masjid, aku mengambil dinar-dinar tersebut dan memberinya kepada beliau (ayahnya yang menyedekahkan dinar itu).

Lalu si ayah berkata: Demi Allah! Bukan engkau yang aku kehendaki (untuk diberi sedekah).

Lalu akupun mengadukan hal itu kepada Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam, lalu baginda Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Untuk mu (si ayah yang menyedekahkan dinar tadi) apa yang engkau niatkan wahai Yazid. Dan untuk engkau pula apa yang telah engkau ambil wahai Ma'an. [HR al-Bukhari]

Huraian:

Hadis ini menunjukkan kepada kita, walau selepas bersedekah, tetapi sedekah kita tidak sampai kepada orang yang kita mahu, kita tetap memperolehi pahalanya.

Contoh alam realiti, peminta sedekah atau orang-orang berkeliaran memohon sedekah atau bantuan untuk bina masjid, madrasah, rumah anak yatim. Kita tidak tahu kesahihannya. Betul atau tidak.

Kita pun sedekah atas niat baik dan sangka baik kita. Tiba-tiba sebenarnya kita telah ditipu. Insya-allah, kita tetap mendapat pahala untuk sedekah kita walau ia tak sampai kepada orang yang kita kehendaki.

Ya. Bersangka baik lebih aman kecuali kita memang ada keyakinan yang kuat ia menipu.

Saya ada pengalaman, orang minta sedekah, kita buat bodoh je sebab syakwasangka tinggi sangat.

Bila dah lepas terfikir, macam mana kalau dia orang yang betul, dia betul-betul memerlukan. 

Lepas baca hadis ini lagi kuat fikir, kalau orang minta sedekah beri sahaja, kalau dia benar, pahala dapat, lepas tu dapat pahala kurangkan beban orang. Kalau dia bohong, kita tetap jua dapat pahala.

Sudah pasti pengecualian untuk kes-kes yang kita yakin dia menipu.

No comments:

Post a Comment