Monday, May 21, 2012

Allah Sayang Awak................



Assalamualaikum w.b.t

“Ustaz, saya kidal, susahlah kalau pegang sudu dengan tangan kanan”.

“Ustaz, panaslah, takkanlah singsing lengan pun berdosa sebab buka aurat dalam kelas, panas ni”.

“Alah ustaz, saya mahu main bola, kalau pakai seluar panjang, susah saya mahu berlari”.

Ustaz tahu awak panas sayang. Ustaz tahu awak kidal, pegang sudu guna tangan kanan sukar untuk awak. Ustaz tahu awak suka main bola, dan awak tidak selesa berlari dengan seluar panjang.

Tetapi,

Awak mampu buat semua itu kalau awak mahu. Awak patut bersyukur, Allah s.w.t sayang awak, Dia uji awak, Dia jadikan awak kidal. Percaya atau tidak, dengan kidalnya awak, awak akan dapat lebih pahala berbanding orang yang biasa makan dengan tangan kanan.

Awak mampu pakai baju lengan panjang, Hana (bukan nama sebenar). Ustaz tahu awak panas, tetapi awak akan dapat lebih pahala Insya-allah berbanding kawan-kawan awak yang tidak rasa panas.

Awak tahu, ada satu hadis berbunyi:

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ , عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , أَنَّهُ قَالَ : " عِظَمُ الْجَزَاءِ مَعَ عِظَمِ الْبَلَاءِ , وَإِنَّ اللَّهَ إِذَا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلَاهُمْ , فَمَنْ رَضِيَ فَلَهُ الرِّضَا , وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السُّخْطُ "

Anas bin Malik r.a meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda: Besarnya pahala hadir bersama besarnya ujian. Sesungguhnya apabila Allah Cinta kepada sesuatu kaum, Dia akan menguji mereka. Sesiapa yang redha, Allah Redha kepadanya, sesiapa yang tidak redha, Allah tidak Redha kepadanya. [Sunan Ibn Majah : 4029, Shaikh al-Albani menyatakan ia hadis hasan. Lihat Sahih Ibn Majah]

Allah uji awak dengan panas, tidak selesa, tangan kidal. Dia sayang awak.

Ustaz sudah biasa pakai tangan kanan makan dan minum, awak baru mahu belajar, awak rasa susah, awak kidal, tetapi boleh jadi kalau awak usaha juga guna tangan kanan, pahala awak lagi besar daripada pahala ustaz. Allah Sayang awak. Allah Sayang awak, Sayang ustaz, Sayang kita semua.

No comments:

Post a Comment