Thursday, June 14, 2012

Qunut Nazilah Buat Rohingya


Assalamualaikum w.b.t
Saudara seIslam kita di Myanmar sedang ditimpa musibah:
10th June 2012:
The racist Rakhines with the co-operation of riot police (Hluntin) set on fire to nearly 1000 houses in the Rohingya villages in Sittwe( Akyab), the capital of Arakan State and over 100 killed and more than 300 wounded by Rakhine racists and security personnel. After setting fire in different villages, the security forces are in cordon the areas. When the Rohingya villagers try to distinguish and intentionally fired to them.

Oleh itu, menjadi kewajipan untuk umat Islam membantu saudara seIslam kita di sana. Antara bantuan yang penting ialah bantuan doa qunut. Umat Islam juga diseur menyertai perhimpunan Solidariti Untuk Umat Rohingya di Masjid Negara Ahad ini, 17 Jun 2012 jam 10.00 pagi.
Apakah itu Doa Qunut?

Menurut ulama’ feqah, doa qunut merupada doa yang dibaca pada saat tertentu ketika berdiri di dalam solat.
Seandainya sesuatu bencana menimpa umat Islam, disyariatkan untuk membaca doa qunut selepas bangun daripada ruku’ pada rakaat yang terakhir dalam solat fardhu lima waktu, sehinggalah Allah s.w.t menghilangkan bencana itu daripada umat Islam.
[Lihat Tashih ad-Dua’ oleh Shaikh Bakr Abu Zayd, m/s 460]
Apakah Itu Qunut Nazilah?
Apabila kita membaca doa qunut nazilah, kita hendaklah membaca doa yang bersesuaian dengan situasi yang sedang berlaku. Ini sebagaimana yang diriwayatkan daripada Nabi s.a.w di mana baginda s.a.w melaknat sebahagian kabilah Arab yang mengkhianati dan membunuh sahabat-sahabat baginda s.a.w. Baginda s.a.w juga turut berdoa agar Allah menyelamatkan umat Islam di Mekah yang lemah dan ditindas. Saidina ‘Umar r.a pernah berdoa dengan doa berikut:

اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤْمِنُ بِكَ , وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ وَنُثْنِي عَلَيْكَ الْخَيْرَ وَلَا نَكْفُرُكَ , اللَّهُمَّ
 إِيَّاكَ نَعْبُدُ ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِلَيْكَ نَسْعَى وَنَحْفِدُ , نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَكَ
 , إِنَّ عَذَابَكَ بِالْكَافِرِينَ مُلْحَقٌ , اللَّهُمَّ عَذِّبْ كَفَرَةَ أَهْلِ الْكِتَابِ الَّذِينَ يَصُدُّونَ عَنْ 
سَبِيلِكَ
Ya Allah, kami memohon pertolongan Mu dan beriman kepada Mu. Kami bertawakkal kepada Mu, kami memuji Mu dengan kebaikan dan kami tidak kufur kepada Mu. Ya Allah, hanya Engkau yang kami sembah. Kepada Engkau kami solat dan sujud, kepada Engkau kami berusaha. Kami mengharap Rahmat Mu, Kami takut kepada azab Mu. Sesungguhnya azab Mu pasti akan menimpa golongan yang kafir. Ya Allah, azablah golongan kafir Ahlil Kitab yang menghalang kami daripada jalan Mu!
[Riwayat al-Baihaqi 2/210. Shaikh al-Albani menyatakan ia sahih di dalam al-Irwa’ 2/170]
Bolehkah kita berdoa dengan doa selain daripada yang disebut di atas?
Jawapannya:
Boleh. Imam an-Nawawi menyebutkan di dalam al-Majmu’ (3/497): Pendapat yang tepat ialah sebagaimana yang dinyatakan oleh kebanyakan ilmuan Islam bahawa tiada lafaz yang spesifik, jadi apa-apa sahaja doa boleh dibaca.
Riwayat bacaan doa ‘Umar r.a di atas bukanlah sesuatu yang mesti kita ikuti. Bahkan Rasulullah s.a.w sendiri tidak berdoa menggunakan lafaz tersebut. Oleh kerana itu, tiada masalah untuk kita menambah isi kandungan doa tersebut. Sheikh al-Albani berkata: Tiada masalah untuk menyebut apa-apa tambahan lagi di dalam doa tersebut, seperti melaknat golongan kafir, berselawat ke atas nabi s.a.w dan mendoakan kaum Muslimin.
[Qiyam Ramadhan oleh Shaikh al-Albani, m/s 31]
Oleh itu kita boleh edit doa di atas dengan mengubah hujung doanya:
Teks asal:
اللَّهُمَّ عَذِّبْ كَفَرَةَ أَهْلِ الْكِتَابِ الَّذِينَ يَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِكَ
Yang bermaksud: Ya Allah, azablah golongan kafir Ahlil Kitab yang menghalang kami daripada jalan Mu!

Kita tukar kepada:

اللَّهُمَّ عَذِّبْ الْكَفَرَةَ الْبُوذِيِّينَ مِن رَاخِن الَّذِينَ يَصُدُّونَ إِخْوَاننا عَنْ سَبِيلِك

Ya Allah, azablah golongan kafir Buddha bangsa Rakhin yang menghalang saudara kami daripada jalan Mu.


Bilakah dia ini patut dibaca dalam solat?
Kebanyakan hadis dan pendapat ulama’ menyatakan bahawa ia dibaca selepas bangun daripada ruku’. Akan tetapi, seandainya kalian membaca doa qunut sebelum ruku’, ia tetap juga diterima. Oleh kerana itu, anda memiliki pilihan dalam melakukan ruku’, iaitu sama ada melakukan ruku’ selepas selesai membaca surah daripada al-Quran dan kemudian membaca doa Qunut selepas bangun daripada ruku’, ataupun membaca doa Qunut selepas selesai membaca surah daripada al-Quran, dan selepas itu baru ruku’. Kedua-dua cara ini diriwayatkan dalam sunnah nabi s.a.w.
[Shaikh Muhammad bin al-Uthaimin, al-Sharh al-Mumti’, 4/64]
Membaca Amin dengan kuat dalam Qunut Nazilah
Shaikh al-Uthaimin berkata: Apabila kita menyatakan bahawa qunut boleh dibaca dalam solat fardhu lima waktu. Seandainya solat itu dibaca kuat (seperti Subuh, Maghrib dan Isya’), maka doa itu hendaklah dibaca kuat jua. Dan jika solat itu dibaca perlahan (Zuhur dan Asar), doa qunut tetap perlu dibaca kuat. Ini terbukti melalui sunnah nabi s.a.w yang biasa membaca doa qunut dan Jemaah akan mengaminkannya. Sudah pasti mereka tidak akan dapat menyebut amin melainkan doa qunut itu dibaca dengan kuat walaupun di dalam solat yang al-Quran dibaca dengan perlahan. [al-Sharh al-Mumti’ 4/47]
Rujukan: Qunoot during salaah- http://islamqa.com/en/ref/20031/qunoot
Saying Ameen out loud in Qunoot al-nawaazil (Qunoot of calamities)- 
http://islamqa.com/en/ref/113994/qunoot
Berita berkaitan Rohingya boleh dibaca di sini:





No comments:

Post a Comment