Thursday, June 6, 2013

Sya'ban Muncul Lagi



Rahsia Bulan Sya’ban:
a) Rahsia Galakan Berpuasa: Kelebihan Beribadah Ketika Manusia Lalai
أُسَامَةُ بْنُ زَيْدٍ ، قَالَ : قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، لَمْ أَرَكَ تَصُومُ مِنَ شَهْرٍ مِنَ الشُّهُورِ مَا 
تَصُومُ مِنْ شَعْبَانَ ، قَالَ : ” ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبَ وَرَمَضَانَ ، وَهُوَ 
شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ ، فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ ” .

Usamah Bin Zaid Radiallahu ‘anhu berkata: Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: Ya Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa pada bulan-bulan lain sebagaimana (kerapnya) engkau berpuasa di bulan Sya’ban. Baginda Sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Bulan tersebut merupakan waktu manusia lalai iaitu antara Rejab dan Ramadhan. Ia merupakan bulan yang mana pada bulan tersebut amalan diangkat kepada Allah. Aku suka amalan aku diangkat ketika aku berpuasa [Imam an Nasaie di dalam as-Sunan al-Kubra: 2642, Shaikh al-Albani menyatakan ia hasan di dalam Sahih an-Nasaie]


و فيه دليل على استحباب عمارة أوقات غفلة الناس بالطاعة و أن ذلك محبوب لله 
عز و جل كما كان طائفة من السلف يستحبون إحياء ما بين العشاءين بالصلاة و 
يقولون : هي ساعة غفلة و لذلك فضل القيام في وسط الليل المشمول الغفلة لأكثر 
الناس فيه عن الذكر

Imam Ibn Rajab al-Hanbali menyatakan: Di dalam hadis ini terdapat dalil menunjukkan digalakkan beribadah di saat-saat manusia lain lalai daripada ketaatan, dan ia merupakan perbuatan yang disukai oleh Allah.  Ia sebagaimana yang dilakukan oleh generasi salaf, mereka suka menghidupkan waktu antara dua Isya’ dengan mendirikan solat. Mereka berkata: Itu merupakan saat manusia lalai, maka begitu juga dengan kelebihan melakukan Qiamullail pada pertengahan malam kerana kelalaian ramai manusia pada ketika itu daripada mengingati Allah. [Lathoif al-Maarif m/s 109].

b) Dalil-Dalil Membanyakkan Puasa di Bulan Sya’ban

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا ، قَالَتْ : ” كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ ، 
حَتَّى نَقُولَ : لَا يُفْطِرُ ، وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ : لَا يَصُومُ ، فَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ 
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ إِلَّا رَمَضَانَ ، وَمَا رَأَيْتُهُ أَكْثَرَ صِيَامًا مِنْهُ فِي شَعْبَانَ ” 
'Aisyah radiallahu 'anha berkata: “Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam biasa berpuasa hingga kami menyatakan baginda tidak pernah berbuka (maksudnya setiap hari berpuasa). Baginda Sallallahu ‘alaihi wasallam turut berbuka sehinggakan kami menyatakan bahawa baginda tidak berpuasa. Aku tidak pernah sama sekali melihat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa sebulan penuh selain pada bulan Ramadhan. Aku pun tidak pernah melihat baginda berpuasa yang lebih banyak daripada berpuasa di bulan Sya’ban.” [Sahih al-Bukhari: 1843]

c) Bolehkah Berpuasa Penuh Sebulan di Bulan Sya’ban?

عَنْ أَبِي سَلَمَةَ ، قَالَ : سَأَلْتُ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْ صِيَامِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ 

وَسَلَّمَ ، فَقَالَتْ : ” كَانَ يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ : قَدْ صَامَ ، وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ : قَدْ أَفْطَرَ ، 

وَلَمْ أَرَهُ صَائِمًا مِنْ شَهْرٍ قَطُّ أَكْثَرَ مِنْ صِيَامِهِ مِنْ شَعْبَانَ ، كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ كُلَّهُ ، 

كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ إِلَّا قَلِيلًا ” .


Daripada  Abu Salmah: Aku telah bertanya kepada ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu tentang puasa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam, beliau menjawab: Baginda sering berpuasa sehingga kami menyatakan sesungguhnya dia berpuasa, dan baginda sering berbuka (tidak berpuasa) sehingga kami berkata: Baginda tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat dia berpuasa melebihi jumlah puasanya di bulan Sya’ban. Baginda berpuasa di bulan Sya’ban keseluruhannya, baginda berpuasa di bulan Sya’ban kecuali sedikit sahaja (hari yang baginda tidak berpuasa) [Sahih Muslim:1964]


عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، أَنَّهُ ” لَمْ يَكُنْ يَصُومُ مِنَ السَّنَةِ 
شَهْرًا تَامًّا إِلَّا شَعْبَانَ يَصِلُهُ بِرَمَضَانَ ” .

Ummu Salamah Radiallahu ‘anha menyatakan bahawa nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah berpuasa sunat sebulan penuh kecuali Sya’ban dan diteruskan dengan berpuasa (fardhu) Ramadhan. [Sunan Abu Daud: 1993]
Yang dimaksudkan dengan ‘sebulan penuh’ ialah kebanyakan hari di bulan Sya’ban, dan bukannya Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam berpuasa penuh seperti Ramadhan.
Imam al-Mubarakfuri menukilkan:

المراد بكلا الحديثين الحديث الذي ورد فيه صوم أكثر شعبان والحديث الذي جاء 

فيه صوم شعبان كله . قال الحافظ في الفتح : حاصل ما قال ابن المبارك أن الرواية 

الأولى مفسرة للثانية وأن المراد بالكل الأكثر


Yang dimaksudkan oleh kedua hadis yang satunya menyebutkan berpuasa pada kebanyakan (hari) di bulan Sya’ban, dan hadis yang menyebutkan berpuasa pada keseluruhan Sya’ban, al-Hafiz Ibn Hajar menyatakan di dalam Fathul Bari: Ia sebagaimana kata Ibn Mubarak bahawa riwayat yang pertama (yang menerangkan berpuasa pada kebanyakan hari bulan Sya’ban) menafsirkan  riwayat yang kedua (yang menyatakan berpuasa keseluruhan Sya’ban), yang mana perkataan ‘keseluruhan’ bermaksud ‘kebanyakan’. [Tuhfatul Ahwazi: Bab Menyambungkan (Puasa) Sya’ban dan Ramadhan]
Sumber: Al-Mawsu’ah Al-Hadisiyyah http://islamweb.net/hadith/index.php
Ibn Rajab al-Hanbali, Lathoif al-Maarif, http://www.saaid.net/book/6/945.zip
Muhammad Bin Abdul Rahman al-Mubarakfuri, Tuhfatul Ahwazi, http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=1318&idto=1319&bk_no=56&ID=522

No comments:

Post a Comment