Cara Yang Tepat Menyambut Hari Raya
Dalil Hari Raya
عَنْ أَنَسٍ ، قَالَ : قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ وَلَهُمْ يَوْمَانِ يَلْعَبُونَ فِيهِمَا
، فَقَالَ : " مَا هَذَانِ الْيَوْمَانِ ؟ " قَالُوا : كُنَّا نَلْعَبُ فِيهِمَا
فِي الْجَاهِلِيَّةِ ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
: " إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا : يَوْمَ الْأَضْحَى
، وَيَوْمَ الْفِطْرِ "
Anas bin Malik radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu
‘alaihi wassalam datang ke Madinah dalam keadaan orang-orang Madinah mempunyai dua
hari yang mereka bermain-main padanya. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam bertanya: “Apakah dua hari ini?” Mereka
menjawab: “Kami bermain-main padanya waktu kami masih jahiliyyah.” Maka
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Sesungguhnya Allah telah
menggantikannya untuk kalian dengan yang lebih baik daripada keduanya, iaitu Aidul
Adha dan Aidil Fitri.” [Sunan Abu Daud : 961]
Perkara-Perkara Sunnah
1) Solat raya
عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ ، قَالَتْ : " أَمَرَنَا
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نُخْرِجَهُنَّ فِي الْفِطْرِ
وَالْأَضْحَى : الْعَوَاتِقَ وَالْحُيَّضَ وَذَوَاتِ الْخُدُورِ ، فَأَمَّا الْحُيَّضُ
فَيَعْتَزِلْنَ الصَّلَاةَ وَيَشْهَدْنَ الْخَيْرَ وَدَعْوَةَ الْمُسْلِمِينَ
" ، قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ إِحْدَانَا لَا يَكُونُ لَهَا جِلْبَابٌ ، قَالَ
: " لِتُلْبِسْهَا أُخْتُهَا مِنْ جِلْبَابِهَا
"
Ummu ‘Athiyyah radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu
‘alaihi wassalam memerintahkan kami untuk mengeluarkan (kaum wanita) pada (hari
raya) Aidil Fitri dan Aidil Adha tidak kira sama ada mereka anak-anak dara,
wanita yang haid, dan wanita-wanita yang sentiasa berada di dalam rumah. Adapun
yang haid maka dia menjauhi tempat solat dan ikut menyaksikan kebaikan dan doa
muslimin.
Aku berkata: “Wahai
Rasulullah, salah seorang daripada kami tidak mempunyai tudung?”
Nabi sallallahu ‘alaihi wassalam menjawab: “Hendaklah
saudarinya memakaikan dia dengan tudungnya”. [Sahih Muslim : 1481]
Solat Raya merupakan solat yang sangat penting, ulama
berbeza pendapat sama ada ia hanya sunat atau pun wajib.
Hadis di atas menunjukkan satu kesilapan besar masyarakat
Melayu yang mana ramai kaum perempuan sibuk di rumah menyediakan hidangan pagi
raya dan mengemas rumah.
Untuk mengetahui tatacara solat hari raya boleh baca di sini
2) Mandi Hari Raya
عَنْ مَالِك ، عَنْ نَافِعٍ ، أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ
بْنَ عُمَرَ " كَانَ يَغْتَسِلُ يَوْمَ الْفِطْرِ قَبْلَ أَنْ يَغْدُوَ إِلَى
الْمُصَلَّى "
Imam Malik meriwayatkan daripada Nafi’, bahawa ‘Abdullah Ibn
‘Umar radiallahu ‘anhu akan mandi pada hari raya aidilfitri sebelum bertolak ke
musolla (tanah lapang tempat solat hari raya). [al-Muwatta’ : 426]
3) Makan Sebelum Pergi Solat Raya
عَنْ أَنَسٍ ، قَالَ : " كَانَ رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَغْدُو يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ "
‘Anas bin Malik radiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu
‘alaihi wassalam tidak bertolak keluar pada pagi hari raya Aidilfitri melainkan
selepas baginda sallallahu ‘alaihi wassalam sudah memakan kurma. [Sahih
al-Bukhari : 906]
4) Berjalan Kaki Ke Masjid
عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ ، قَالَ : " مِنَ
السُّنَّةِ أَنْ تَخْرُجَ إِلَى الْعِيدِ مَاشِيًا وَأَنْ تَأْكُلَ شَيْئًا قَبْلَ
أَنْ تَخْرُجَ "
‘Ali bin Abu Talib radiallahu ‘anhu berkata: Adalah sunnah
untuk keluar pada hari raya dengan berjalan kaki dan makan sesuatu sebelum
keluar (menunaikan solat raya) [Sunan at-Tirmizi : 487, hadis hasan]
5) Pergi dan Pulang Dari Masjid Dengan Jalan Yang Berbeza
عَنْ جَابِرِ ، قَالَ : " كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ "
Jabir radiallahu ‘anhu berkata: Nabi sallallahu ‘alaihi
wassalam akan memilih jalan yang berbeza pada hari raya [Sahih al-Bukhari :
939]
6) Mandi Sebelum Solat Raya
عَنْ مَالِكِ بْنِ أَنَسٍ ، عَنْ نَافِعٍ ، أَنَّ ابْنَ
عُمَرَ : " كَانَ يَغْتَسِلُ يَوْمَ الْفِطْرِ قَبْلَ أَنْ يَغْدُوَ "
Imam Malik
meriwayatkan daripada Nafi’ bahawa Ibn ‘Umar radiallahu ‘anhu akan mandi
pada pagi hari raya sebelum bertolak keluar (ke tempat solat hari raya). [Imam
al-Faryabi dalam Ahkam al-Eidain : 13]
7) Memakai Wangi-Wangian (Lelaki sahaja)
ثنا إِسْحَاقُ بْنُ مُوسَى ، ثنا أَنَسُ بْنُ عِيَاضٍ
، حَدَّثَنِي مُوسَى وَهُوَ ابْنُ عُقْبَةَ ، عَنْ نَافِعٍ ، أَنَّ ابْنَ عُمَرَ :
" كَانَ يَغْتَسِلُ وَيَتَطَيَّبُ يَوْمَ الْفِطْرِ
"
Nafi’ meriwayatkan bahawa Ibn Umar radiallahu ‘anhu akan
mandi dan memakai wangian pada hari raya [Imam al-Faryabi dalam Ahkam al-Eidain
: 16]
Wanita diharamkan memakai wangi-wangian apabila baunya dapat
dibau oleh lelaki bukan mahram. Penjelasan terperinci baca di sini http://soaljawab.wordpress.com/2007/06/15/huraian-hukum-wanita-pakai-perfume/
8) Memakai pakaian yang cantik
أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ قَالَ : أَخَذَ عُمَرُ
جُبَّةً مِنْ إِسْتَبْرَقٍ تُبَاعُ فِي السُّوقِ فَأَخَذَهَا ، فَأَتَى بِهَا رَسُولَ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ابْتَعْ
هَذِهِ تَجَمَّلْ بِهَا لِلْعِيدِ وَالْوُفُودِ ، فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " إِنَّمَا هَذِهِ لِبَاسُ مَنْ لَا خَلَاقَ لَهُ
فَلَبِثَ عُمَرُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَلْبَثَ ، ثُمَّ أَرْسَلَ إِلَيْهِ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِجُبَّةِ دِيبَاجٍ ، فَأَقْبَلَ بِهَا
عُمَرُ ، فَأَتَى بِهَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ
: يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّكَ قُلْتَ إِنَّمَا هَذِهِ لِبَاسُ مَنْ لَا خَلَاقَ لَهُ
وَأَرْسَلْتَ إِلَيَّ بِهَذِهِ الْجُبَّةِ ، فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : تَبِيعُهَا أَوْ تُصِيبُ بِهَا حَاجَتَكَ " .
‘Abdullah bin Umar radiallahu ‘anhu menyatakan bahawa Umar radiallahu
‘anhu mengambil sebuah jubah sutera yang
dijual di pasar. Beliau membawa pakaian
itu kepada Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam, lalu Umar radiallahu 'anhu
berkata: “Wahai Rasulullah, belilah ini dan berhiaslah dengan pakaian ini untuk
hari raya dan menyambut utusan-utusan.” Rasulullah Saallallahu
'alaihi wa sallam pun bersabda: “Ini adalah pakaian orang yang tidak akan mendapat
sebarang bahagian (di akhirat). Selepas sekian lama, Rasulullah sallallahu ‘alaihi
wassalam menghantar sehelai jubah sutera kepada ‘Umar. Beliau terus membawa
jubah itu kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam dan berkata: Ya
Rasulullah ! Sesungguhnya engkau pernah menyatakan bahawa ini merupakan pakaian
buat manusia yang tidak mendapat sedikit bahagian pun di akhirat, tetapi kenapa
engkau hantar jubah ini kepada aku?
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam menjawab: Engkau
boleh menjualnya, atau memenuhu keperluan engkau dengannya. [Sahih al-Bukhari :
902]
9) Bertakbir
حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ ، عَنِ ابْنِ أَبِي
ذِئْبٍ ، عَنِ الزُّهْرِيِّ : " أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ كَانَ يَخْرُجُ يَوْمَ الْفِطْرِ ، فَيُكَبِّرُ حَتَّى يَأْتِيَ الْمُصَلَّى
، وَحَتَّى يَقْضِيَ الصَّلَاةَ ، فَإِذَا قَضَى الصَّلَاةَ قَطَعَ التَّكْبِيرَ "
Zuhri meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi
wassalam keluar pada hari raya aidilfitri, baginda sallallahu ‘alaihi wassalam
akan bertakbir hinggalah tiba di musolla (tanah lapang tempat mendirikan solat
raya), dan sehinggalah baginda sallallahu ‘alaihi wassalam mendirikan solat
raya. Selesai sahaja solat raya, baginda sallallahu ‘alaihi wassalam tidak lagi
bertakbir. [Musannah Ibn Abi Syaibah : 5479]
Takbir hari raya aidilfitri sunat dibaca daripada malam raya
sehinggalah sebelum solat raya.
Untuk penjelasan lanjut, boleh baca di sini:
10) Apa-apa sahaja perbuatan yang menggembirakan adalah
digalakkan selagi mana tidak bertentangan dengan syara’ J
Kesilapan-kesilapan hari raya yang sering berlaku:
1) Pergaulan bebas dengan bukan mahram contohnya
bersalam-salaman dengan sepupu dan sebagainya.
2) Pakaian yang tidak menutup aurat
3) Menjadikan hari raya sebagai hari kesedihan contohnya
dengan menjadikan menziarahi kubur sebagai satu amalam kebiasaan di hari raya
4) Mengabaikan solat jemaah bagi lelaki.
5) Bermain mercun sehingga mengganggu orang lain atau
membahayakan diri sendiri.
6) Perempuan tidak pergi solat raya kerana sibuk menyediakan
hidangan dan mengemas rumah.
Sebarkan mesej dibawah di FB, twitter, blog, emel dan sebagainya:)
Panduan Menyambut Hari Raya :)
http://alkahfi.com.my/?p=140
Klik 'like' page FB al-Kahfi https://www.facebook.com/AlKahfiServices
No comments:
Post a Comment