Wednesday, January 9, 2013

Bertahap-Tahap Dalam Dakwah :)



Alhamdulillah, baru selesai menyiapkan tugasan subjek Fiqh 102 berkaitan Fiqh Zakat. Ketika menyiapkan tugasan, saya menemui hadis di bawah yang sangat menarik.

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ ـ رضى الله عنهما أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم لَمَّا بَعَثَ مُعَاذًا ـ رضى الله عنه ـ عَلَى الْيَمَنِ قَالَ ‏ "‏ إِنَّكَ تَقْدَمُ عَلَى قَوْمٍ أَهْلِ كِتَابٍ، فَلْيَكُنْ أَوَّلَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَيْهِ عِبَادَةُ اللَّهِ،

'Abdullah bin 'Abbas r.a meriwayatkan bahawa tatkala Rasulullah s.a.w menghantar Muaz r.a ke Yaman, baginda s.a.w bersabda: Sesungguhnya engkau akan menemui penganut Ahli Kitab. Jadikanlah perkara pertama dalam dakwah mu itu ialah menyeru mereka menyembah Allah.


فَإِذَا عَرَفُوا اللَّهَ فَأَخْبِرْهُمْ أَنَّ اللَّهَ قَدْ فَرَضَ عَلَيْهِمْ خَمْسَ صَلَوَاتٍ فِي يَوْمِهِمْ وَلَيْلَتِهِمْ،

Apabila mereka telah memahami, terangkan kepada mereka bahawa Allah s.w.t telah mewajibkan ke atas mereka mendirikan solat lima waktu pada siang dan malam.

فَإِذَا فَعَلُوا، فَأَخْبِرْهُمْ أَنَّ اللَّهَ فَرَضَ عَلَيْهُمْ زَكَاةً ‏{‏تُؤْخَذُ‏}‏ مِنْ أَمْوَالِهِمْ وَتُرَدُّ عَلَى فُقَرَائِهِمْ، فَإِذَا أَطَاعُوا بِهَا فَخُذْ مِنْهُمْ، وَتَوَقَّ كَرَائِمَ أَمْوَالِ النَّاسِ ‏"‏‏.‏

Apabila mereka telah melakukan hal itu, terangkan kepada mereka bahawa Allah telah mewajibkan zakat diambil daripada harta mereka dan diagihkan kepada orang-orang miskin dalam kalangan mereka. Apabila mereka taat, maka ambillah zakat daripada mereka, dan jauhilah mengambil harta yang paling mulia di sisi mereka [Sahih al-Bukhari : 1458]

Ketika mencari huraian kepada hadis di atas daripada sudut kaca mata dakwah, saya terjumpa huraiannya dari sudut dakwah. Sungguh panjang huraian Shaikh Muhammad at-Tuwaijiri dalam kitabnya Mukhtasar Fiqh al-Islamiy Fi Dhaui al-Quran wa as-Sunnah [مختصر الفقه الإسلامي في ضوء القرآن والسنة] dalam Bab فصل: أحوال الناس بعد الدعوة Keadaan Manusia Selepas Datangnya Dakwah .  

Saya tertarik dengan pembahagian kategori pendakwah yang beliau senaraikan:

.أصناف القائمين بالدعوة:

Kategori-Kategori Manusia Yang Berdakwah
القائمون بالدعوة الآن أصناف:

Pendakwah Di Zaman Kini Terbahagi Kepada Beberapa Golongan

1- منهم من تأثر بأخلاق الدعاة إلى الله عز وجل فهو يقوم بالدعوة، وإذا حصل له مشكلة مع أحد الدعاة ترك الدعوة وعادى الدعاةفهذا صرفه الله؛ لنقص مقصده.

Pertama: Sebahagian daripada mereka adalah orang-orang yang terkesan dengan akhlak mulia yang ditunjukkan oleh pendakwah yang menyeru manusia kepada Allah. Disebabkan hal itu, maka orang ini pun melakukan kerja-kerja dakwah. Apabila timbul masalah atau konflik dengan mana-mana pendakwah yang ada, orang ini akan meninggalkan kerja-kerja dakwah, bahkan dia menyerang dan melakukan provokasi ke atas pendakwah-pendakwah yang ada. Allah s.w.t telah memalingkan orang ini kerana ketidaksempurnaan objektifnya ketika melakukan kerja dakwah.

2- ومنهم من يقوم بالدعوة لأنه وجد فيها حل مشاكله، وتحقيق رغباته، ولما حسنت أحواله، وزادت دنياه انشغل بها عن الدعوةفهذا صرفه الله؛ لأنه دخل في الدعوة بمقصد ناقص.

Kedua: Sebahagian daripada mereka memasuki bidang dakwah kerana mereka mempunyai masalah dan kerana mahu memenuhi kehendak hawa nafsunya. Apabila keadaannya semakin pulih daripada masalah yang dihadapi, dan kehendak dunianya semakin bertambah, maka dia sudah disibukkan dengan hal lain daripada melakukan dakwah. Allah s.w.t telah memalingkan orang ini kerana dia memasuki dunia dakwah dengan tujuan yang sangat jijik.

3- ومنهم من يقوم بالدعوة لأن فيها حسنات وأجوراً، فهو يريد تحصيل الأجور، فمقصده لنفسه لا يبالي بغيرهفهذا إذا وجد الحسنات في غير الدعوة أكثر وأسهل ترك الدعوة.

Sebahagian daripada mereka memasuki bidang dakwah kerana padanya terdapat ganjaran keduniaan, lalu dia mengkehendaki ganjaran tersebut. Tujuannya hanyalah untuk dirinya sendiri dan dia tidak mempedulikan orang yang lain. Insan sebegini, tatkala dia menemui ganjaran keduniaan yang lebih banyak dan mudah pada jalan selain dakwah, maka dia akan meninggalkan dunia dakwah.

4- ومنهم من يقوم بالدعوة لأنها أَمْر الله عز وجل، فهو يقوم بالعبادة لأنها أَمْر الله، ويقوم بالدعوة لأنها أَمْر اللهفهذا مقصده كامل، وبسبب ذلك ثَبَّته الله، وأعانه، وفرَّغه لتنفيذ أوامر الله، والدعوة إلى الله، فهذا بأشرف المنازل.

Sebahagian mereka memasuki dunia dakwah kerana itulah arahan Allah. Dia melakukan hal tersebut sebagai ibadah kerana itulah itulah suruhan Allah. Apabila dia melakukan dakwah kerana itulah suruhan Allah, maka inilah objektif yang sangat sempurna. Disebabkan hal ini, Allah s.w.t akan menetapkan jiwanya supaya istiqamah, akan membantunya, memudahkannya untuk melaksanakan suruhan Allah dan berdakwah mengajak manusia kepada Allah. Inilah kategori pendakwah yang paling mulia.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sudah baca bukan? Di mana diri kita? Kategori yang mana? Adakah kita insan yang melakukan kerja dakwah kerana sebab tertentu, atau kita melakukan dakwah semata-mata kerana kita sedar itu kewajipan kita?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Berbalik kepada topik, apakah pengajaran daripada hadis di atas?
الداعي إلى الله يَعْرض الإسلام على الكفار، فإذا امتنع الكافر الأصلي من الدخول في الإسلام إلا بشرط ترك الصلاة أو الزكاة أو نحوهما، فهذا نقبل منه إسلامه؛

Pendakwah yang menyeru kepada Allah akan menyampaikan Islam kepada golongan kuffar. Apabila orang kafir yang asli enggan memasuki Islam kecuali dengan syarat dia tidak perlu solat, tidak perlu membayar zakat dan kewajipan-kewajipan yang lain. Kita hendaklah menerima pengIslamannya.

لأن مصلحة أن يُسلم مع النقص الذي يرجى تكميله، أولى من بقائه على الكفر المحض.

Ini kerana manfaat daripada pengIslamannya yang tidak sempurna itu yang diharapkan akan sempurna jua lebih utama daripada kekalnya dalam keadaan kafir.

وكان صلى الله عليه وسلم يقبل مِنْ كل مَنْ جاء يريد الدخول في الإسلام الشهادتين فقط، ويعصم دمه بذلك،

Rasulullah s.a.w akan menerima setiap orang yang datang menemuinya yang mahu memeluk Islam cukup dengan melafazkan kalimah syahadah sahaja. Dengan pengIslamannya itu, nyawanya akan dilindungi.

فإذا ذاق حلاوة الدين، طابت نفسه بفعل كل ما أمر الله ورسوله به.

Apabila dia sudah merasai kemanisan beragama, itu akan menarik hatinya untuk melakukan semua yang disuruh oleh Allah dan rasul Nya.

فنؤلف قلب الكافر الأصلي على الإسلام، ونقنع بما رضي به؛ لأنه لم يفهم الإسلام حقيقة، ولهذا يثقل عليه بعضه.

Kita hendaklah melembutkan hati orang kafir kepada Islam, dan memujuknya. Ini kerana dia tidak faham akan hakikat Islam, disebabkan hal itu, sebahagian kewajipan itu pasti terasa berat untuk dilaksanakan.

فإذا دخل في الإسلام، وخالط المسلمين، وتعلم الدين، قوي إيمانه، وذاق حلاوة الدين، وصار أشد حماساً وتمسكاً به من بعض المسلمين كما هو مشاهد.

Apabila dia telah menjadi Islam, telah bercampur gaul dengan kaum Muslimin, telah mempelajari ilmu agama, telah kuat imannya dan telah terasa kemanisan hidup beragama. Seseorang itu akan bertukar menjadi seorang yang bersemangat dan berpegang teguh dengan agama melebihi sebahagian kaum Muslimin sebagaimana yang dapat dilihat.
~~~~~~~~~~~~~~~~
Inilah sebahagian yang dapat saya petik daripada penjelasan Shaikh Muhammad at-Tuwaijiri.

Sumber: www.al-eman.com


________________________
Mohd Masri Mohd Ramli
Operational Manager
Al Kahfi Services

T : 013-2506391

No comments:

Post a Comment