Thursday, February 28, 2013

Jangan Tertipu Dengan Aku


Jangan tertipu dengan janggutku, 
mahupun tudung labuh yang menutupi dada ku,
kerana itu bukan pengukur kuatnya iman ku. 


Jangan tertipu dengan kopiah ku, 
mahupun niqab yang menutupi wajah ku,
kerana hanya Tuhan yang tahu titik hitam dalam diri ku.

Jangan tertipu dengan kitab yang aku bacai, 
ayat yang aku hafazi,
hadis yang aku hadami,
kuliah yang aku hadiri,
kerana aku masih insan yang mencari erti beragama yang hakiki.

Aku mahu jadi beragama,
tetapi aku bukan sempurna,
jika aku berdosa,
nasihatilah aku daripada lena,
jika aku bersalah,
tegurlah agar tinggal segala noda,
jangan tinggalkan aku teraba-raba,
mencari cahaya dalam gelap yang melata. 


________________________
Mohd Masri Mohd Ramli
Operational Manager
Al Kahfi Services

T : 013-2506391

No comments:

Post a Comment