Tuesday, March 19, 2013

Kehidupan Yang Baik


<Mencari Kehidupan Yang Baik>

Allah berfirman:

مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً طَيِّبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Sesiapa yang melakukan amal kebaikan, tidak kira lelaki atau perempuan dalam keadaan dia beriman. Sesungguhnya Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan memberi ganjaran yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan. (An-Nahl : 97)

Ali bin Abi Tolib radiallahu 'anhu dan Al-Hasan Al-Basri rahimahullah berkata :

الحَيَاةُ الطَّيِّبَةُ الْقَنَاعَةُ
Kehidupan yang baik bermaksud qana'ah (rasa cukup dengan apa yang ada) [Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir At-Thabari dalam tafsirnya 17/290]

Lihatlah kehidupan Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam yang diceritakan oleh 'Aisyah radiallahu 'anha di bawah:

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّهَا قَالَتْ لِعُرْوَةَ ابْنَ أُخْتِي
'Aisyah radiallahu 'anha berkata kepada 'Urwah yang merupakan anak buah beliau.

إِنْ كُنَّا لَنَنْظُرُ إِلَى الْهِلَالِ ثُمَّ الْهِلَالِ ثَلَاثَةَ أَهِلَّةٍ فِي شَهْرَيْنِ
"Sesungguhnya kami pernah melalui kehidupan selama dua bulan.

وَمَا أُوقِدَتْ فِي أَبْيَاتِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَارٌ
Dalam tempoh itu, tiada api (lampu) yang dinyalakan di rumah Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam.

فَقُلْتُ يَا خَالَةُ مَا كَانَ يُعِيشُكُمْ
'Urwah bertanya: Wahai makcik ku, lalu bagaimana kehidupan kalian?

قَالَتْ الْأَسْوَدَانِ التَّمْرُ وَالْمَاءُ
'Aisyah radiallahu 'anha menjawab: (Kami menikmati) Aswadan iaitu kurma dan air sahaja.

إِلَّا أَنَّهُ قَدْ كَانَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جِيرَانٌ مِنْ الْأَنْصَارِ
Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam mempunyai jiran tetangga daripada golongan Ansar.

كَانَتْ لَهُمْ مَنَائِحُ وَكَانُوا يَمْنَحُونَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ أَلْبَانِهِمْ فَيَسْقِينَا
Jiran-jiran tersebut memiliki haiwan ternakan, dan mereka memberikan susunya kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam. Maka Rasulullah sallallahu 'alaihi wassalam menjadikan itu minuman untuk kami.

[Sahih al-Bukhari : 6094]


________________________
Mohd Masri Mohd Ramli
Operational Manager
Al Kahfi Services

No comments:

Post a Comment