Tuesday, October 1, 2013

Berkat Oh Berkat

Assalamualaikum w.b.t

Malam ini aku baca bab 8 daripada Kitab at-Tauhid, berkaitan mengambil berkat dengan pokok batu. Betapa seronoknya apabila dibaca dengan huraian oleh seorang ulama yang sangat aku sayangi, Shaikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimin rahimahullah.

Di bawah ini beberapa catatan di facebook aku yang sempat aku catatkan.

Status 1:

<Berkat?>

البركة: هي كثرة الخير وثبوته
Berkat = Kebaikan yang banyak dan berterusan
[al-Qaul al-Mufid]

Status 2:


<Ambil Berkat>

Kata Shaikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimin:

والتبرك: طلب البركة، وطلب البركة لا يخلو من أمرين:
at-Tabarruk: Iaitu perbuatan mengambil berkat, ia tidak akan terlepas daripada dua perkara:

1. أن يكون التبرك بأمر شرعي معلوم; مثل القرآن، قال تعالى: {كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ } 1. فمن بركته أن من أخذ به حصل له الفتح، فأنقذ الله بذلك أمما كثيرة من الشرك، ومن بركته أن الحرف الواحد بعشر حسنات، وهذا يوفر للإنسان الوقت والجهد....، إلى غير ذلك من بركاته الكثيرة.
Pertama: Mengambil berkat dengan sesuatu yang disyariatkan seperti al-Quran. Firman Allah: Kitab yang telah kami turunkan ia kepada mu dengan penuh keberkatan [Surah Shad, ayat 29]. Di antara keberkatan al-Quran ialah sesiapa yang berpegang dengannya akan memperolehi kejayaan. Allah telah menyelamatkan ramai umat manusia daripada kesyirikan dengan al-Quran. Di antara keberkatannya lagi ialah satu huruf bersamaan dengan sepuluh pahala..

2. أن يكون بأمر حسي معلوم; مثل: التعليم، والدعاء، ونحوه; فهذا الرجل يتبرك بعلمه ودعوته إلى الخير; فيكون هذا بركة لأننا نلنا منه خيرا كثيرا.
Kedua: Sesuatu yang dapat dirasai seperti belajar, berdoa dan sebagainya. Seseorang itu akan mengambil berkat dengan ilmu dan dakwahnya kepada kebaikan. Ini menjadi satu keberkatan kerana kita mendapat banyak kebaikan daripadanya.

[Al-Qaul Al-Mufid]

***Keberkatan bukan benda yang pelik-pelik sahaja, semua benda yang baik ada keberkatannya***
***Mengambil keberkatan tidak perlu buat benda pelik-pelik. Baca al-Quran adalah antara cara cari berkat***

Status 3:

<Batu Yang Berkat>

Kata Shaikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimin:

حتى الصخرة التي في بيت المقدس; فلا يتبرك بها، وكذا الحجر الأسود لا يتبرك به، 
Hatta batu yang ada di Baitulmaqdis, tidak boleh mengambil berkat dengannya. Begitu juga dengan al-Hajar al-Aswad, tidak boleh mengambil berkat dengannya.

وإنما يتعبد لله بمسحه وتقبيله; اتباعا للرسول صلى الله عليه وسلم وبذلك تحصل بركة الثواب.
Sesungguhnya yang benar ialah menyembah Allah dengan cara menyapu dan menciumnya kerana mengikuti tatacara ibadah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Dengan cara itu, kalian akan memperolehi keberkatan dalam bentuk pahala.

ولهذا قال عمررضي الله عنه" إني لأعلم أنك حجر لا تضر ولا تنفع، ولولا أني رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقبلك; ما قبلتك 
Oleh kerana itu, 'Umar radiallahu 'anhu berkata: Sesungguhnya aku tahu engkau (iaitu al-Hajar al-Aswad) tidak mampu memberi mudharat atau manfaat. Kalaulah tidak kerana aku melihat Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam mencium mu, nescaya aku tidak akan mencium engkau...

...حتى حجرة قبر النبي صلى الله عليه وسلم فلا يتمسح بها تبركا، 
Hatta batu di kubur nabi sallallahu 'alaihi wasalam, tidak boleh menyapunya kerana mahu mengambil berkat.

لكن لو مسح الحديد لينظر هل هو أملس أو لا; فلا بأس، إلا إن خشي أن يقتدى به; فلا يمسحه.
Akan tetapi jika menyentuhnya untuk memeriksa ia baik atau tidak, maka ia tidak mengapa, kecuali jika ditakuti perbuatan itu akan ditiru orang ramai. Maka janganlah menyapunya.

[al-Qaul al-Mufid]

Status 4:

<Tersilap Ambil Berkat>

عَنْ أَبِى وَاقِدٍ اللَّيْثِىِّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- لَمَّا خَرَجَ إِلَى خَيْبَرَ مَرَّ بِشَجَرَةٍ لِلْمُشْرِكِينَ يُقَالُ لَهَا ذَاتُ أَنْوَاطٍ يُعَلِّقُونَ عَلَيْهَا أَسْلِحَتَهُمْ 
Abu Waqidi al-Laithi radiallahu 'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam ketika keluar ke Khaibar, baginda melalui sepohon pokok milik kaum Musyrikin yang dipanggil Dzatu Anwath. Kaum musyrikin akan menggantungkan pada pokok tersebut senjata mereka.

فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ اجْعَلْ لَنَا ذَاتَ أَنْوَاطٍ كَمَا لَهُمْ ذَاتُ أَنْوَاطٍ. 
Para sahabat yang ada berkata: Ya Rasulullah, buatkan untuk kami Dzatu Anwath sebagaima mereka mempunyai Dzatu Anwath.

فَقَالَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- « سُبْحَانَ اللَّهِ هَذَا كَمَا قَالَ قَوْمُ مُوسَى (اجْعَلْ لَنَا إِلَهًا كَمَا لَهُمْ آلِهَةٌ) وَالَّذِى نَفْسِى بِيَدِهِ لَتَرْكَبُنَّ سُنَّةَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ »
Lalu Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam pun menjawab: Maha Suci Allah! Ini adalah seperti perkataan kaum nabi Musa "Buatkan untuk kami Tuhan sebagaimana mereka mempunyai tuhan". Demi Allah yang nyawaku di TanganNya, kalian akan mengikuti jejak umat sebelum kalian.

[Sunan at-Tirmizi, Kitab al-Fitan, hadis no: 2335, hasan sahih]

Kata Shaikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimin:

وهو أنهم طلبوا من النبي صلى الله عليه وسلم أن يجعل لهم ذات أنواط كما أن للمشركين ذات أنواط، 
Mereka (iaitu para sahabat) meminta nabi sallallahu 'alaihi wasallam untuk membuatkan Dzatu Anwat buat mereka sebagaimana yang dimiliki oleh kaum Musyrikin.

وهم إنما أرادوا أن يتبركوا بهذه الشجرة لا أن يعبدوها، فدل ذلك على أن التبرك بالأشجار ممنوع، وأن هذا من سنن الضالين السابقين من الأمم
Mereka mahu mengambil berkat dengan pokok itu, dan bukan untuk menyembahnya. Riwayat ini menunjukkan bahawa mengambil berkat dengan pokok adalah terlarang. Ini merupakan jalan orang-orang terdahulu yang sesat...

أنهم إذا جهلوا هذا; فغيرهم أولى بالجهل: لأن الصحابة لا شك أعلم الناس بدين الله، 
Apabila para sahabat pun ada yang jahil berkaitan hal ini, maka manusia selain sahabat sudah pastilah lebih jahil dalam hal ini. Ini kerana para sahabat nabi, tanpa syak lagi merupakan manusia yang paling memahami agama Allah.

فإذا كان الصحابة يجهلون أن التبرك بهذا؛ نوعٌ من اتخاذها إلها، فغيرهم من باب أولى، 
Jika sahabat pun ada yang tidak mengetahui bahawa mengambil berkat itu sebahagian daripada bentuk menjadikan sesuatu sebagai sesembahan, maka orang yang lain pastilah lebih jahil lagi.

[al-Qaul al-Mufid] 

Status 5:

Kata Shaikh Ibn al-Uthaimin:

وقصد المؤلف رحمه الله بهذا أن لا نغتر بعمل الناس، لأن عمل الناس قد يكون عن جهل، فالعبرة بما دل عليه الشرع لا بعمل الناس.
Penulis kitab ini (iaitu Shaikh Muhammad bin Abdul Wahab) bermaksud untuk mengajar kita agar jangan berpegang dengan amalan manusia. Ini kerana amalan manusia boleh jadi disebabkan kejahilan mereka. Ia merupakan pengajaran untuk mengikuti apa yang ditunjukkan oleh syara', dan bukan apa yang dilakukan oleh manusia.

[al-Qaul al-Mufid]

***Semoga Allah merahmati Shaikh Muhammad bin Abdul Wahab***


Kitab at-Tauhid beliau merupakan antara tulisan beliau yang sangat saya sayangi.

Status 6:

Apa maksud syirik kecil?

Shaikh Ibn al-Uthaimin berkata:

ولذلك اختلف العلماء في ضابط الشرك الأصغر على قولين:
Oleh kerana itu, ulama berbeza pendapat tentang maksud syirik kecil kepada dua pendapat.

القول الأول: أن الشرك الأصغر كل شيء أطلق الشارع عليه أنه شرك ودلت النصوص على أنه ليس من الأكبر، مثل: " من حلف بغير الله; فقد أشرك "1 فالشرك هنا أصغر، لأنه دلت النصوص على أن مجرد الحلف بغير الله لا يخرج من الملة.
Pendapat pertama: Syirik kecil ialah setiap sesuatu yang ditunjukkan oleh syara' sebagai syirik dan dalil-dalil menunjukkan ia bukanlah syirik besar. Contohnya sesiapa yang bersumpah dengan selain nama Allah, maka dia telah syirik, tetapi syirik kecil. Ini kerana dalil-dalil menunjukkan bersumpah dengan selain Allah tidaklah mengeluarkan seseorang daripada agama.

القول الثاني: أن الشرك الأصغر: ما كان وسيلة للأكبر، وإن لم يطلق الشرع عليه اسم الشرك، مثل: أن يعتمد الإنسان على شيء كاعتماده على الله، لكنه لم يتخذه إلها، فهذا شرك أصغر؛ لأن هذا الاعتماد الذي يكون كاعتماده على الله يؤدي به في النهاية إلى الشرك الأكبر، 
Pendapat kedua: Syirik kecil merupakan wasilah kepada syirik besar, walaupun syara' tidak menyebutkannya dengan nama syirik. Contohnya seseorang bergantung kepada sesuatu sebagaimana pergantungannya kepada Allah, tetapi dia tidak menyembah hal itu. Maka ini adalah syirik kecil. Ini kerana pergantungan kepada sesuatu seperti pergantungan kepada Allah akhirnya akan membawa kepada syirik besar.

وهذا التعريف أوسع من الأول، لأن الأول يمنع أن تطلق على شيء أنه؛ شرك إلا إذا كان لديك دليل، والثاني يجعل كل ما كان وسيلة للشرك فهو شرك، 
Definisi ini lebih luas daripada definisi yang pertama. Ini kerana definisi pertama tidak memasukkan apa-apa ke dalam syirik kecil kecuali apa yang ditunjukkan dalil. Sedangkan definisi kedua menjadikan semua perkara yang membawa kepada syirik besar sebagai syirik kecil.

وربما نقول على هذا التعريف: إن المعاصي كلها شرك أصغر، لأن الحامل عليها الهوى، وقد قال تعالى: {أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَى عِلْمٍ } 1 ولهذا أطلق النبي صلى الله عليه وسلم الشرك على تارك الصلاة، مع أنه لم يشرك، فقال: " بين الرجل وبين الشرك والكفر: ترك الصلاة
Boleh jadi, kita boleh katakan berdasarkan definisi ini: Semua maksiat adalah syirik kecil kerana ia menurut hawa nafsu. Allah berfirman: Tidakkah engkau lihat mereka yang menjadikan hawa nafsu sebagai sembahan.. Oleh kerana itu, nabi s.a.w meletakkan juga syirik pada orang yang meninggalkan solat sedangkan orang tersebut tidak melakukan kesyirikan, Rasulullah s.a.w bersabda: Pembatas seseorang dengan syirik dan kufur ialah meninggalkan solat.

[al-Qaul al-Mufid]

Status 7:

<Tengok awek syirik, mengumpat syirik, buka aurat syirik, pukul isteri syirik.. Kesemua ini adalah syirik kecil>

Kenapa? Kerana seolah-olah kita memperTUHANkan hawa nafsu.

Kata Shaikh Muhammad bin Saleh al-Uthaimin:

وربما نقول على هذا التعريف: إن المعاصي كلها شرك أصغر، لأن الحامل عليها الهوى، وقد قال تعالى: {أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ
Boleh jadi, kita boleh katakan berdasarkan definisi ini: Semua maksiat adalah syirik kecil kerana ia menurut hawa nafsu. Allah berfirman: Tidakkah engkau lihat mereka yang menjadikan hawa nafsu sebagai sembahan.. 


[al-Qaul al-Mufid]
________________________
Mohd Masri Mohd Ramli
Operational Manager
Al Kahfi Services

E: alkahfi@alkahfi.com.my | mohdmasri87@gmail.com
W: www.alkahfi.com.my | http://lobaitampin.blogspot.com
F: https://www.facebook.com/MohdMasriMohdRamli | https://www.facebook.com/AlKahfiServices

No comments:

Post a Comment