Tuesday, June 24, 2014

Halaqah Puasa


Mulakan halaqah fiqh puasa tadi dengan hadis qudsi 'Puasa itu milik Aku, dan Aku yang mengagihkan ganjarannya'. Ia satu hadis yang indah.


Pertama: Hakikatnya semua pahala ibadah itu milik Allah, tetapi kenapa puasa diberikan keistimewaan sedemikian rupa. Kenapa puasa dinisbahkan kepada Allah, bukankah ibadah lain itu dan pahalanya turut milik Allah.


Persoalan ini dikaitkan kenapa orang-orang soleh dalam al-Quran dengan ciri-ciri tertentu dipanggail 'Ibad al-Rahman (Hamba-Hamba Tuhan Yang Luas Rahmatnya). Adakah orang jahat, bukan Islam, bukan hamba Allah.



Lihat lagi kenapa Ka'bah dipanggil Baitullah? Allah bukan duduk dalam itu?


Akhirnya sampai kepada konklusi, semua benda milik Allah, tetapi bila sesuatu itu secara jelas dinisbahkan kepada Allah, ia menunjukkan kemuliaan hal itu. 


Saya pilih mukadimah hadis ini sebagai motivasi kepada pendengar. Hadis-hadis fadhilat puasa yang lain saya biar mereka baca sendiri. Saya suka hadis ini, ia sangat misteri maksudnya, dan sangat istimewa. Sekurang-kurangnya ia misteri dan istimewa untuk saya. Boleh baca lanjut di sini http://alkahfi.com.my/maksud-hadis-puasa-adalah-milik-ku/


Kedua: Dalam bab membatalkan puasa, saya lebih cenderung kepada fatwa-fatwa Dr. Yusof al-Qaradawi dalam Fiqh al-Siyam. Saya melihat isu rongga telah membuka seribu satu perkara membatalkan puasa yang adalah hasil ijtihad ulama yang terbina atas kaedah yang ulama bina sendiri. Dalam isu rongga, saya tidak berpegang kepada mazhab Syafie. Saya bacakan petikan Al-Fiqh Al-Manhaji tentang isu rongga, kemudian saya sebut yang saya pegang pendapat ulama yang lain.


Kata Dr. Yusof al-Qaradawi:


Ramai ulama feqah meluaskan seluas-luasnya perkara yang membatalkan puasa. Ulama mazhab Hanafi menyebutkan sekitar lima puluh tujuh pembatal puasa, ulama mazhab Syafie juga menyebutkan jumlah yang banyak. Ulama kontemporari pula mempelbagaikan pembatal puasa dengan perkara-perkara yang pelik. Mereka membina kaedah untuk itu, kemudian cabang-cabang yang tidak terkira. Kaedah-kaedah yang dibina itu sendiri tidak kukuh kerana tiada dalil yang jelas daripada al-Quran dan as-Sunnah. [Fiqh al-Siyyam]



Ketiga: Isu haidh. Saya suka dengan pembentangan Ustaz Tuan Badrul Hisyam dalam Seminar Ramadhan kerana menghuraikan serba sedikit kaedah feqah yang digunakan. Antaranya kaedah Keyakinan Tidak Hilang Disebabkan Syak. Antara isu yang terpakai dalam hal ini ialah:


- Jika syak sudah masuk Subuh ke belum, boleh terus makan ke tidak?

- Jika syak sudah masuk Maghrib ke belum, boleh ke terus berbuka puasa?
- Perempuan lepas Azan Maghrib, tiba-tiba nampak darah haidh, tak pasti haidh berlaku lepas Maghrib atau sebelum Maghrib. Sah kah puasa hari itu?
- Perempuan tidur dalam keadaan haidh, terjaga jam 6.30 pagi tengok darah haidh sudah berhenti. Wajib atau sah kah puasanya?

Men'compresskan' isi seminar selama setengah hari bahas bab batal tak batal dalam masa 1 jam 40 minit (sungguh cepat masa berlalu tak terasa).


Nota Seminar Ramadhan: Memburu Pintu ar-Rayyan boleh di downloa di sini http://alkahfi.com.my/download

________________________
Mohd Masri Mohd Ramli
Operational Manager
Al Kahfi Services

No comments:

Post a Comment