Monday, January 24, 2011

Kurang Ajarkah Tidak Salam Bukan Mahram

Assalamualaikum wbt.

Jeleknya demokrasi Malaysia, ialah ketika kempen politiknya, ia dihiasi dengan kempen-kempen murahan yang tidak membawa manfaat. Lebih jijik lagi, apabila Islam diperdagangkan sekian lama di dalam kempen-kempen politik. Kata-kata yang memperkuda Islam diguna untuk membantai parti lawan, seolah-olah kita seorang sahaja yang Islam, dan si lawan itu telah murtad terkeluar daripada Islam.


Lebih menjijikkan apabila kita sebagai umat Islam membiarkan sahaja si kafir di dalam parti politik mempersenda hukum Islam. Hari ini, PRK Tenang sangat mengganggu ketenangan manusia beriman, hanya manusia yang telah terbang keluar imannya akan redha dengan apa yang berlaku. Ketika mana si kafir mempersoal isu seorang Muslimah enggan bersalaman dengan bukan mahram, di manakah suara-suara ilmuan Islam? Di manakah suara media-media Muslim yang selama ini berkobar-kobar memperjuangkan hak umat Islam dan Melayu. Di manakah suara pejuang-pejuang Islam/Melayu yang berdemonstrasi sambil memaki hamun selepas solat Jumaat dan di tepi jalan raya.

Isunya mudah: Sama ada kita ini sendiri jahil, dan bersetuju dengan kata-kata si kafir yang mempersenda cara hidup Islam antaranya tidak bersalaman dengan bukan mahram, atau pun kita malu-malu, sebab di dalam hidup kita, kita sendiri memenuhinya dengan tatacara hidup bukan Islam, termasuk bersalam dengan bukan mahram.

1 comment:

  1. "...Ketika mana si kafir mempersoal isu seorang Muslimah enggan bersalaman dengan bukan mahram, di manakah suara-suara ilmuan Islam?..."

    inilah kekangan yang terjadi kepada ilmuan islam yang berada dalam mana2 parti politik. sepatutnya mereka berada dalam kedudukan bebas tanpa terikat. sekarang apa yang berlaku, lawan dan kawan akan memberikan interpretasi terhadap ulama yang berjenama parti A atau parti B. mana mereka semua ini... sudah kelihatan seperti politik sedang menunggangi mereka. suatu pandangan peribadi

    ReplyDelete