Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh,
Hari ini aku mula bekerja. Bekerja yang menuntut aku berada di tempat-tempat berbeza dalam masa seminggu. Beberapa hari di sekolah, dan beberapa hari lagi sekitar Gombak.
Cuma sedikit berkongsi pengalaman di sekolah pagi tadi. Ketika semua pelajar sarapan pagi, aku masuk ke dewan makan untuk memerhatikan mereka. Lalu, aku dapati majoriti pelajar minum dengan tangan kiri. Ia mungkin sesuatu yang dilihat kecil.
Tetapi bagi aku hal seperti itu perlu ditegur. Lalu aku berdiri di tengah dewan makan, memberi salam. Lalu aku sebut: "Abang tak nak lihat sesiapa lagi yang minum dengan tangan kiri. Rasulullah SAW larang makan dan minum dengan tangan kiri, syaitan sahaja yang makan dan minum dengan tangan kiri."
Aku juga lihat beberapa hal yang perlu diperbetulkan. Tadi, ketika Subuh, aku melihat pelajar-pelajar tahfiz dikehendaki solat di saf hadapan, manakala mereka yang bukan pelajar tahfiz yang sudah berada di saf hadapan disuruh ke belakang. Ini jelas melanggar sunnah, bahkan merampas hak mereka yang telah bersedia awal untuk solat jemaah. Sekali lagi, hal ini perlu aku tangani.
Insya-allah, langkah demi langkah, langkah perlu dipercepatkan.
Di sini, pemandangan wanita berniqab, menutup wajah adalah sesuatu yang normal. Ia bukan sesuatu yang asing, ramai guru wanita berpakaian begitu, begitu juga pelajar perempuannya. Alhamdulillah.
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment