Saturday, January 8, 2011

Permulaan Kehidupan Beragama (2)

http://qhazanah.files.wordpress.com/2009/07/pak-najib-dan-tabligh.jpg
PM Malaysia di dalam Ijtima' Tabligh di Sepang
Aku lupa meletakkan kisah aku bersama Jemaah Tabligh (JT) [maafkan aku sahabat-sahabat karkun sekalian, saya tahu kalian tidak suka gelaran JT, tetapi ia hanya untuk memudahkan saya bercerita].

Aku percaya mereka kumpulan dakwah pertama yang mendekati aku. Ada dua orang rakan sekampung aku yang aktif dalam gerakan dakwah ini. Mereka mentarbiah aku untuk mendekati sunnah Rasulullah Sallallahu 'alaihi wassalam.


Mereka pernah mengajak aku keluar berdakwah bersama mereka, tetapi aku enggan. Bukan tidak mahu, tetapi ibu bapa aku hingga kini tidak membenarkannya. Keluarga aku mempunyai pengalaman dan persepsi negatif tentang kumpulan ini, walau aku mempunyai pandangan yang berbeza.

Pernah satu ketika, aku dimarahi ibu bapa aku, hanya semata-mata aku menjadi penunjuk jalan (rahaba tak silap aku istilahnya) kepada JT yang datang berdakwah di kampung aku. Aku kesulitan. Yang datang itu ada yang aku kenal di KL. Akhirnya, aku membuat keputusan bodoh tidak ke masjid selama tiga hari ketika mereka ada di sana, semata-mata segan aku kepada rakan-rakan JT aku kerana tidak dapat membantu mereka.

Merekalah orang atau aliran pertama yang merapatkan aku dengan sunnah Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam. Aku ditugaskan membacakan kitab Fadhailul 'Amal kepada jemaah masjid selepas solat Asar setiap hari. Itulah kitab hadis pertama yang aku khatam, bahkan dalam masa sekolah, aku rasa sudah lebih daripada sekali aku mengkhatam kitab tebal tersebut. Dengan takdir Allah, kitab yang diletak di mimbar masjid itu hilang dicuri orang. Lalu aktiviti Ta'lim terhenti.
http://deco-00.slide.com/r/1/70/dl/CMtcSfzc5D-rJOcK3YpZLT_mnRGTFoda/watermarksm
Ustaz Minghat Mahmut
Selesai SPM juga, aku mula mencari-cari ilmu agama. Aku sudah mula tertarik dengan aliran Salafiah yang aku kenali di internet sejak tingkatan lima lagi. Selesai SPM, aku meneruskan pencarian. Aku ditemukan dengan gerakan Salafiah di Melaka. Aku mula belajar kitab Fathul Majid di bawah bimbingan Ustaz Minghat Mahmut (bekas pesuruhjaya PAS Melaka), aku belajar ringkasan Aqidah Wasithiah dan Fiqh ad-Daulah karangan Dr. al-Qaradawi di bawah bimbingan Ustaz Muhammad Yatim,

Ia tidak berkekalan lama. Darah muda yang panas, mahu cepat mengaplikasi yang dipelajari, menyebabkan ibu bapa aku menentang. Aku tidak lagi dibenarkan pergi belajar di sana. Isunya mudah, kecil, dan ia memang silap aku. Aku mula mempraktikkan membaca basmalah perlahan di dalam fatihah ketika menjadi imam di masjid kampung aku. Jemaah tidak protes kepada aku, tetapi mereka mengadu kepada ibu bapa aku. Ia satu pengajaran untuk aku

(bersambung)

No comments:

Post a Comment