Saturday, January 8, 2011

Permulaan Kehidupan Beragama (3)

Ketidak setujuan ibu bapa terhadap manhaj yang aku pegang tidak melunturkan keyakinan aku. Masakan bisa aku luntur ketika mana keyakinan ke atas manhaj salafi adalah kerana keyakinan pada hujah, keluar dari kelompok taksub dan fanatik.
Aku melangkah masuk ke matrikulasi UIAM di Petaling Jaya. Aku sebenarnya memohon untuk mengambil jurusan Ilmu Wahyu, tetapi akhirnya ekonomi yang aku dapat.
http://motivasiminda.files.wordpress.com/2007/02/maszlee_malik_2.jpg
Di bumi matrik, orang pertama yang aku kenal ialah al-Fadhil Ustaz Maszlee Malek. Sebenarnya pada minggu pertama aku sudah jumpa beliau, cuma aku tidak mengenalinya. Ketika itu beliau ragging aku. Aku masuk ke pejabat IRK tanpa memakai tali leher, lalu dia menyuruh aku memakai tali leher, selepas itu baru membenarkan aku masuk ke dalam pejabat untuk urusan tertentu.


Aku hanya mengetahui itu Ustaz Maszlee tatkala mana menghadiri kuliah hadis 40 yang beliau sampaikan. Lalu aku menjadi murid tetap yang menghadiri kuliah beliau.

Aku memulakan kerja dakwah aku seorang diri. Ketika itu Nisfu Sya'ban atau Isra' Mi'raj (aku tidak ingat mana satu), aku bekerja menampal poster menghuraikan bid'ahnya beberapa amalan di malam tersebut. Natijahnya, ketika aku memasang poster terakhir, dengan dibantu seorang rakan yang baru dikenali, aku ditahan fellow kolej kerana menampal poster tanpa keizinan pihak berwajib.

Di situ aku bermula. Aku mula dibawa ke kuliah-kuliah yang disampaikan oleh Dr. Mohd Asri di Masjid Bulat Petaling Jaya, di masjid al-Ghufron TTDI, dan sebagainya.

Semester kedua, aku dipelawa seorang sahabat menyertai Mahallah Representative Council (MRC). Kami ditempatkan di dalam satu dorm, agar mudah kami bermesyuarat. Kami terdiri daripada pelbagai aliran, Tablighi, Ikhwani, PAS, ABIM, Salafi dan sebagainya. Kami merancang pelbagai program tarbiah. Aku ditugaskan menguruskan kuliah-kuliah. Kami juga terlibat dalam program Pro-Palestin.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs502.ash1/29717_10150184372690531_594025530_12792002_6358716_n.jpg
Kenangan Ketika Palestinian Week di matrik UIA PJ
Ketika itu, seminggu dua kali iaitu setiap hari Isnin dan Khamis kami menganjurkan majlis berbuka puasa secara berjemaah di Mahalah Abu Bakar.

Ketika itu juga, ada sahabat-sahabat mengajak aku menyertai aliran Haraki/Ikhwani, menyertai usrah, tetapi entah hati saya ketika itu tidak berminat.

Isu Wahabi/Salafi meletus di Matrik PJ lantaran seorang penceramah di masjid yang sangat tegar memerangi aliran ini, bahkan hingga ke tahap memaki dan memberi gelaran-gelarang yang buruk ketika berceramah di masjid.

Kemuncaknya, pendokong aliran ini di matrik PJ menganjurkan majlis di dewan UIA PJ dengan mengundang tokoh yang disebut tadi, dan seorang tokoh yang berkongsi idea yang sama, tetapi terkenal dengan kelembutan dan tawadhu'nya.

Aku kepanasan. Aku membuat risalah, bahkan aku dan beberapa rakan lain bertanyakan soalan yang gagal dijawab kedua tokoh tadi. Cuma malam itu memberikan sedikit kesan negatif kepada aku. Boleh jadi kerana terlalu marah, aku meninggikan suara ketika mengemukakan fakta membantah pembohongan kedua-dua ahli panel di dalam majlis tersebut. Aku dilihat kurang ajar. Ia, memang silap aku. Alhamdulillah, rakan-rakan aku yang lain bertanya dan mempersoal fakta dengan penuh adab sopan.

Kesan selesainya majlis itu, aku dipanggil fellow mahalah kerana beliau mendapar laporan tindakan aku malam tersebut.

No comments:

Post a Comment