Ustaz Muhammad Zaitun Rasmin, Ketua Umum Wahdah Islamiah |
Butir-butir katanya penuh dengan nasihat. Malam tadi, kami menjemput beliau untuk memberi pengisian kepada kami, pelajar-pelajar di UIA Gombak (saya sudah bukan pelajar:) ). Alhamdulillah, kehadiran melebihi jangkaan dan kebiasaan. Di sini saya kongsikan sedikit isi kuliah beliau.
Kuliah itu membincangkan tentang situasi iman kita yang naik dan turun. Lalu bagaimana solusinya? Ustaz hanya sempat berkongsi dua jalan untuk menaikkan tahap keimanan.
Pertama: Menjadikan diri kita rapat dengan al-Quran. Sama ada dengan membacanya, mendengarnya, dan menghayati isi kandungannya.
Kedua: Dengan melakukan amal-amal soleh. Ustaz menerangkan tentang amal soleh yang telah dilalaikan oleh umat Islam zaman sekarang, iaitu dakwah.
Beliah menegur kefahaman kita bahawa dakwah ialah fardhu kifayah. Katanya kefahaman ini perlu diperbetulkan. Beliau memberikan contoh, pengurusan jenazah adalah fardhu kifayah. Kewajipannya gugur kepada kita tatkala orang yang menguruskannya sudah mencukupi. Lalu persoalannya, sudah cukupkah jumlah pendakwah Islam di zaman sekarang sehingga kita berani menyatakan kewajipan itu terangkat daripada kita?
Wallahua'lam.
Saya kongsikan rakaman kuliah malam tadi yang di muat naik ke internet oleh sahabat saya. Sila ke sini untuk memuat turunnya. http://kuliyyah-assunnah.blogspot.com/2011/01/download-diskusi-iman-iman-naik-dan.html
No comments:
Post a Comment