Di manakah moral bangsa Melayu yang dibangga-banggakan? Tatkala tsunami dan gempa menyerang bumi matahari terbit, ada insan beragama Islam, berbangsa Melayu menyatakan itulah hukuman untuk bangsa Jepun, itulah hukuman untuk industri porno, itulah hukuman untuk insan-insan seperti Miyabi@Maria Ozawa.
Tetapi ketika porno di promosi di dada-dada akhbar, di muka hadapan akhbar harian, ke manakah arah tuju masyarakat kita sebenarnya. Sudahlah kita dilanda masalah zina golongan remaja yang membawa kepada pembuangan bayi-bayi tidak berdosa.
Jika dulu ibu bapa boleh berbangga melihat anak-anak setiap hari membaca surat khabar ketika pulang dari sekolah. Kini, apa yang mahu dibanggakan. Akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro dan banyak lagi, tidak jauh bezanya dengan majalah Playboy. Penulis dan editornya tidak jauh beza dengan Miyabi@Maria Ozawa. Membaca muka hadapannya sama seperti sedang menonton filem porno Jepun.
Ke manakah hilangnya maruah bangsa ini? Apakah contoh yang mahu ditunjukkan pada golongan muda, jika inilah akhlak orang-orang tua bangsa Malaysia.
وعن أَبي سعيد الخدري ، قَالَ : قَالَ رسول الله : (( إنَّ مِنْ أشَرِّ النَّاسِ عِنْدَ اللهِ مَنْزِلَةً يَوْمَ القِيَامَةِ الرَّجُلَ يُفْضِي إِلَى الْمَرْأةِ وتُفْضِي إِلَيْهِ ، ثُمَّ يَنْشُرُ سِرَّهَا )) رواه مسلم
Daripada Abu Sa’id al-Khudri Radiallahu ‘Anhu, beliau berkata: Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesungguhnya manusia yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang melakukan hubungan seksual dengan isterinya, kemudian menyebarkan rahsianya [Sahih Muslim: 1437]
Jika sekadar bercerita terlarang, apatah lagi menonton video porno, memaparkan berita-berita sedemikian di dada-dada akhbar.
Yang membuat semua ini bukan orang muda, semuanya orang tua, orang-orang berpangkat. Yang membela menyatakan ia tidak menyalahi undang-undang pula entah tidak sanggup digambarkan apakah sikap ini. Mengajak manusia menonton video lucah bukan satu kesalahan? Kegilaan apakah yang menimpa bumi Malaysia.
Sekali lagi persoalan yang patut kita fikirkan, ke manakah arah masyarakat kita jika beginilah keadaannya.
Ya Allah, selamatkanlah bumi Malaysia daripada budaya-budaya lucah. Berilah hidayah pada mereka, jika tidak, musnahkanlah mereka Ya Allah.
No comments:
Post a Comment