- Boleh membuka wajah mayat dan menciumnya, menangis.
أن أبا بكر رضي الله عنه أقبل على فرس من مسكنه بالسنح ، حتى نزل فدخل المسجد ، فلم يكلم الناس حتى دخل على عائشة ، فتيمم رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو مغشي بتوب جبرة ، فكشف عن وجهه ثم أكب عليه فقبله وبكى
Dalil: Dari Aisyah RA bahawa Abu Bakr RA masuk lalu melihat jenazah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam yang ditutupi dengan kain, kemudian beliau membuka wajahnya, merangkulnya dan menciumnya. [HR al-Bukhari: 4452]
فأخذ رسول الله صلى الله عليه وسلم إبراهيم فقبله وشمه ، ثم دخلنا عليه بعد ذلك ، وإبراهيم يجود بنفسه ، فجعلت عينا رسول الله صلى الله عليه وسلم تذرفان ، فقال له عبد الرحمن بن عوف رضي الله عنه : وأنت يا رسول الله ؟ فقال : يا ابن عوف ، إنها رحمة . ثم أتبعها بأخرى ، فقال صلى الله عليه وسلم : إن العين تدمع والقلب يحزن ، ولا نقول إلا ما يرضي ربنا ، وإنا بفراقك يا إبراهيم لمحزنون .
Daripada Anas bin Malik RA tentang kisah kematian Ibrahim, putera Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam: …Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam mengambil Ibrahim, lalu memeluk dan menciumnya. Kemudian kami masuk menemui beliau setelah itu sedangkan Ibrahim berada di dalam Sakaratul Maut dan mata Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam sedang menitiskan air mata. Lalu berkata Abdul Rahman Bin Auf RA kepada baginda Sallallahu ‘Alaihi Wassalam: Dan engkau (menangis) wahai Rasulullah? Jawab baginda Sallallahu ‘Alaihi Wassalam : Wahai Ibn Auf, sesungguhnya ini adalah rahmat, kemudian diikuti dengan yang lainnya. Lalu baginda Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda: Sesungguhnya mata menitiskan air dan hati bersedih, dan tidaklah kami berkata kecuali yang diredhai Tuhan kami. Dan sesungguhnya kami bersedih di atas pemergianmu Ibrahim. [HR al-Bukhari: 1303]
- Ketika berita kematian sampai kepada ahli keluarga mayat, mereka mesti :
- Bersabar serta redha akan ketentuan Allah
- Beristirjaa' iaitu membaca :
إنا لله ، وإنا إليه راجعون
"Ertinya : Sesungguhnya kita adalah milik Allah, dan kepada-Nyalah kita akan kembali" Lihat surah al-Baqarah: 155-157
sumber: Nota Pengurusan Jenazah INTIS Consultant
No comments:
Post a Comment