Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakatuh,
Berkata As-Syaikh Al-Allamah Muhammad ibn Sholeh Al-Uthaimin rahimahullah dalam kitabnya Al-Qoulul Mufid jilid 1 hal 385
إن البدعة شر ولو حسن قصد فاعلها, ويأثم إن كان عالما أنها بدعة ولو حسن قصده, لأنه أقدم على المعصية, كمن يجيز الكذب والغش ويدعي أنه مصلحة, أما لو كان جاهلا فإنه لايأثم, لأن جميع المعاصي لا يأثم بها إلا مع العلم,
Sesungguhnya bid’ah itu buruk walaupun pelakunya berniat baik. Dia berdosa jika dia tahu ia adalah bid’ah walaupun niatnya baik. Ini kerana dia telah mendahulukan maksiat, sebagaimana orang yang berdusta dan menipu dan memanggil (perbuatan tersebut) adalah maslahah .Adapun apabila dia tidak tahu, maka dia tidak berdosa. Ini kerana semua maksiat tidaklah berdosa kecuali dengan ilmu (mengetahui itu adalah maksiat) . وقد يثاب على حسن قصده, وقد نبه على ذلك شيخ الإسلام ابن تيمية في كتابه “اقتضاء الصراط المستقيم”, فيثاب على نيته دون عمله, فعمله هذا غير صالح ولامقبول عند الله ولامرضي, لكن لحسن نيته مع الجهل يكون له أجر, ولهذا قال صلى الله عليه وسلم للرجل الذي صلى وأعاد الوضوء بعدما وجد الماء وصلى ثانية:”لك الأجر مرتين”, لحسن قصده, ولأن عمله عمل صالح في الأصل, لكن لو أراد أحد أن يعمل العمل مرتين مع علمه أنه غير مشروع, لم يكن له أجر لأن عمله غير مشروع لكونه خلاف السنة, فقد قال النبي صلى الله عليه وسلم للذي لم يعد:”أصبت السنة”.
Sesungguhnya (pelakunya) akan diberi pahala di atas niat baiknya. Sesungguhnya Syaikhul Islam Ibnu taimiyah telah menjelaskan hal itu di dalam kitabnya “Iqtidho Shirothol Mustaqim”. Maka, (pelaku akan) diberi pahala atas niatnya bukan atas amalannya. Amalnya ini tidak benar dan tidak diterima di sisi Allah dan tidak pula diredhai. Akan tetapi, untuk niat baiknya yang bersama dengan kejahilan, untuknya ada pahala. Berkata Nabi salallahu ‘alaihi wasalam terhadap seseorang yang solat dengan (tayamum) kemudian mengulangi wudhu setelah menemui air dan mengulangi solatnya :“Lakal ajru marrotaini” (bagi mu dua pahala). Ini kerana niat baiknya, dan kerana amalannya pada asalnya adalah amalan soleh. Akan tetapi jika seseorang mengerjakan amal tadi dua kali sedangkan dia tahu bahawa itu tidak disyariatkan , tidak ada pahala baginya kerana ini menyelisihi sunnah. Sesungguhnya Rasulullah mengatakan kepada orang yang tidak mengulangi solatnya “Anda telah mendapat sunnah”
Hal ini memang benar difahami juga demikian oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam kitabnya “Iqtidho Shirothol Mustaqim” (20/31)
ففي الجملة الأجر هو على اتباعه الحق بحسب اجتهاده، ولو كان في الباطن حق يناقضه هو أولى بالاتباع لو قدر على معرفته لكن لم يقدر؛ فهذا كالمجتهدين في جهات الكعبة.
Dalam konteks ini, pahala itu bagi yang mengikut kebenaran sesuai dengan ijtihadnya. Walau di dalam hatinya mengingkari kebenaran tersebut, lebih utama untuk mengikuti (kebenaran) jika ditakdirkan mengetahuinya. Tetapi jika tidak ditakdirkan (mengetahuinya), hal ini seperti orang berijtihad dalam menentukan arah kiblat.
وكذلك كل من عَبدَ عبادة نُهي عنها ولم يعلم بالنهي - لكن هي من جنس المأمور به- مثل
من صلى في أوقات النهي، وبلغه الأمر العام بالصلاة ولم يبلغه النهي، أو تمسك بدليل خاص مرجوح، مثل صلاة جماعة من السلف ركعتين بعد العصر؛ لأن النبي صلى الله عليه وسلم صلاَّهما.. فإنها إذا دخلت في عموم استحباب الصلاة ولم يبلغه ما يوجب النهي أثيب على ذلك، وإن كان فيها نهي من وجه لم يعلم بكونها بدعة تتخذ شعاراً، ويجتمع عليها كل عام .. فهذا يغفر له خطؤه ويثاب على جنس المشروع، وكذلك من صام يوم العيد ولم يعلم بالنهي.
Seperti itu juga sesiapa yang beribadah dengan ibadah yang dilarang, namun dia tidak tahu, seperti orang yang solat di waktu-waktu yang diharamkan. Perintah solat telah sampai kepadanya secara umum, tetapi larangan (solat pada waktu tertentu) tidak sampai kepadanya. Atau dia berpegang dengan dalil khusus yang lemah, seperti solatnya sesetengah salaf dua rakaat setelah Asar dengan alasan Nabi melakukannya…Maka yang seperti ini apabila ia masuk dalam keumuman disukainya solat tetapi belum sampai kepadanya larangan tersebut, dia tetap diberi pahala untuk hal tersebut. Seandainya padanya terdapat larangan yang dia tidak ketahui kewujudannya, ia dijadikan syiar dan dilakukan setiap tahun……Maka kesalahan ini dimaafkan dan diberi pahala untuk jenis amal yang disyariatkan (solatnya tadi). Demikian juga seperti berpuasanya seseorang di hari raya kerana tidak tahu akan adanya larangan
بخلاف ما لم يُشرع جنسه مثل الشرك؛ فإن هذا لا ثواب فيه وإن كان الله لا يعاقب صاحبه إلا بعد بلوغ الرسالة كما قال تعالى (وما كنا معذبين حتى نبعث رسولاً)، لكنه وإن كان لا يعذب فإ هذا لا يثاب، بل هذا كما قال تعالى (وقدمنا إلى ما عملوا من عمل فجعلناه هباءً منثوراً)..
.Ini berbeza seperti syirik yang memang jenisnya pada asalnya tidak disyariatkan, untuk hal ini tidak ada pahala padanya walaupun Allah tidak akan mengazab pelakunya kecuali telah sampai risalah kepadanya sebagaimana firman Allah:“Tidaklah kami mengazab kecuali telah kami utus Rasul”. Akan tetapi meskipun tidak di azab apalagi diberi pahala, keadaannya seperti firman Allah:“Dan kami hadirkan kepada apa yang telah diamalkannya maka kami jadikan bagai debu berterbangan”
فكل عبادة غير مأمور بها فلا بد أن يُنهى عنها، ثم إن علم أنها منهي عنها وفعلها استحق العقاب، فإن لم يعلم لم يستحق العقاب.
وإن اعتقد أنها مأمور بها وكانت من جنس المشروع فإنه يثاب عليها، وإن كان من جنس الشرك فهذا ليس فيه شيء مأمور به …”.
Setiap ibadah yang tidak diperintahkan, tidak boleh tidak, ia pasti terlarang. Kemudian apabila seseorang tahu ia terlarang tetapi tetap melakukannya, maka dia berhak mendapat ancaman Tetapi jika dia tidak tahu maka tidak sewajarnya mendapat hukuman. Seandainya dia berkeyakinan apa yang dia kerjakan itu diperintahkan,dan ia memang pada asalnya jenis yang disyariatkan, maka dia mendapat pahala, Akan tetapi jika ia daripada jenis amalan syirik maka kesyirikan bukanlah jenis amalan yang (asalnya) diperintahkan….
Wassalam,
http://salafyitb.wordpress.com/2007/01/28/pelaku-bidah-diberi-pahala/#more-50
No comments:
Post a Comment