Tuesday, May 17, 2011

Movie Menarik

(satu babak dalam Mihrab Cinta- Shamsul dihukum gondol kepala kerana dituduh mencuri)

Assalamualaikum wbt.

Minggu ini saya telah menonton dua filem dari negara Indonesia.

a) Sang Pencerah- menceritakan kisah pengasas gerakan Muhammadiyah, Kiyai Dahlan. Boleh tonton di sini

http://www.youtube.com/user/kakalaros1#g/c/60CD39EA2C34E3DA

Atau di sini
http://duasatu.com/sang-pencerah-2010-vcdrip-700mb/

b) Mihrab Cinta-oleh Habiburrahman al-SYirazi

http://filemovie-update.blogspot.com/2010/12/dalam-mihrab-cinta-2010.html

Komen saya:


Menonton filem Sang Pencerah akan mengingatkan kita kepada pengorbanan para ilmuan Islam. Bandingkan dengan diri kita, sejauh mana sangat beratnya ujian dalam kita lakukan kerja-kerja dakwah. Kiyai Dahlan, dituduh kafir, bahkan madrasahnya dimusnahkan oleh penduduk kampung. Ia mengajar kita dakwah tak disambut dengan permaidani merah.

Filem Mihrab Cinta pula, bagi saya jauh lebih bagus daripada Ketika Cinta Bertasbih apatah lagi Ayat-Ayat Cinta. Bagi saya, heronya lebih 'jantan' dan tidak seperti malaikat yang dapat dilihat dalam KCB.

Ringkasannya:

A) Seorang pemuda Shamsul pergi ke sebuah pesantren untuk menyantri di sana

B) Beliau menjadi mangsa fitnah di pondok, dituduh mencuri

C) Pihak pondok tanpa tabayyun jatuhkan hukuman botak kepala dan dibuang

D) Bapa dan abangnya malu, lalu membuangnya dari keluarga

E) Dia keluar, tertangkap ketika cuba mencopek kerana terpaksa akibat kehabisan wang ketika lari dari rumah

F) Adiknya menjamin beliau keluar dari penjara, dia enggan pulang ke rumah

G) Dia meneruskan kerjayanya sebagai pencopek

H) Disebabkan sesuatu yang ditemui pada hasil mencopek, dia telah menjadi seorang guru al-Quran.

No comments:

Post a Comment