Wednesday, February 1, 2012

Muhasabah Harian Setiap Muslim

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj3ou1Lj8dYsOEQleIVaPCowKIPHWQwJi487Dm41mnwsnBOaW3i5fkY52YjzQsGEfrpe3n30T7fsVXiw0dD4Zbj1V7dA2rS4XzBtZwfIAmo5J_Xj2iOAoxMdWIxVoY4ymUxQeJ6P1NFAKyv/s320/eid.jpg

Islamikah kehidupan seharian kita? Artikel ini memberikan hal-hal yang perlu kita renungkan dan kemudian diamalkan dalam kehidupan seharian kita.

1.Apakah kita setiap hari selalu solat shubuh berjemaah di masjid ? (bagi lelaki)

2.Apakah kita selalu menjaga solat yang 5 waktu berjamaah di masjid ? (bagi lelaki)

3.Apakah kita hari ini membaca Al-Qur’an?

4.Apakah kita rutin membaca zikir setelah selesai melaksanakan solat wajib?

5.Apakah kita selalu menjaga solat sunnah rawatib sebelum dan sesudah solat wajib?


6.Apakah kita hari ini khusyu’ dalam solat, menghayati apa yang kita baca?

7.Apakah kita hari ini mengingati mati dan kubur?

8.Apakah kita hari ini mengingati hari kiamat, segala peristiwa dan kedahsyatannya?

9.Apakah kita telah memohon kepada Allah sebanyak 3 kali agar dimasukkan ke dalam syurga?

10.Apakah kita telah meminta perlindungan kepada Allah sebanyak 3 kali agar diselamatkan daripada api neraka? Kerana: Barang siapa yang memohon syurga kepada Allah sebanyak 3 kali, Syurga berkata, Wahai Allah! Masukkanlah dia ke dalam syurga, dan barang siapa yang meminta perlindungan kepada Allah agar diselamatkan daripadapada api neraka sebanyak 3 kali, Neraka berkata, Wahai Allah! Selamatkan dia daripada api neraka. (Shahih Al-Jami’ No. 6151 Jilid 6)

11.Apakah kita hari ini membaca hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam?

12.Apakah kita pernah berfikir untuk menjauhi teman-teman yang tidak baik?

13.Apakah kita telah berusaha untuk menghindaripada banyak ketawa dan bergurau?

14.Apakah kita hari ini menangis kerana takut kepada Allah?

15.Apakah kita selalu membaca zikir pagi dan petang hari?

16.Apakah kita hari ini telah memohon ampun kepada Allah atas dosa-dosa yang telah kita lakukan?

17.Apakah kita telah memohon kepada Allah dengan benar untuk mati syahid? Kerana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Barang siapa yang memohon kepada Allah dengan benar untuk mati syahid, maka Allah akan memberikan kedudukan sebagai syuhada meskipun dia meninggal di atas tempat tidurnya. (HR. Muslim)

18.Apakah kita telah berdo’a kepada Allah agar Ia menetapkan hati kita di atas agama-Nya?

19.Apakah kita telah mengambil kesempatan untuk berdo’a kepada Allah di waktu -waktu yang mustajab?

20.Apakah kita telah membeli buku-buku Islam untuk memahami Islam?

21.Apakah kita meminta ampun kepada Allah untuk saudara-saudara mukminin dan mukminah? Kerana dengan mendo’akan mereka kita mendapat kebaikan pula. (Shahih Al-Jami’ No. 5902)

22.Apakah kita telah memuji Allah dan bersyukur kepada-Nya atas nikmat Islam?

23.Apakah kita telah memuji Allah dan bersyukur kepada-Nya atas nikmat mata, telinga, hati dan segala nikmat lainnya?

24.Apakah hari ini kita telah bersedekah kepada fakir miskin dan orang-orang yang memerlukan?

25.Apakah kita dapat menahan amarah yang disebabkan oleh urusan peribadi dan berusaha untuk marah kerana Allah semata?

26.Apakah kita telah berusaha untuk selalu menjauhkan diri daripadapada sikap sombong dan membanggakan diri?

27.Apakah kita telah mengunjungi saudara -saudara seiman dan seagama (ikhlas kerana Allah semata)?

28.Apakah kita telah berdakwah untuk keluarga, saudara-saudara, tetangga, dan siapa saja yang yang ada hubungannya dengan diri kita?

29.Apakah kita termasuk orang yang berbakti kepada orang tua?

30.Apakah kita selalu mengucapkan Innaa Lillaahi wa Innaa Ilaihi Raaji’uun – Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan sesungguhnya kami kembali kepada-Nya jika kita mendapat musibah daripada Allah? Kerana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Hendaklah masing-masing kalian melakukan istirja’ (mengucapkan Innaa Lillaahi wa Innaa Ilaihi Raaji’uun) pada setiap hal meskipun ketika tali kasutnya putus kerana hal itu termasuk musibah. (Hadis hasan, lihat Shahih Al-Kalimut Thayyib No. 140)

31.Apakah kita hari ini mengucapkan do’a: Allahumma Innii A’uudzubika an Usyrikabika wa Anaa A’lam wa Astaghfiruka Limaa laa A’lam – Ya allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada menyekutukan-Mu sedangkan aku mengetahui dan aku memohon ampunan-Mu terhadap apa-apa yang tidak aku ketahui. (Shahih Al-Jami’ No. 3625). Barang siapa yang mengucapkannya maka Allah akan menjauhkan daripadanya daripada syirik besar dan syirik kecil.

32.Apakah kita selalu berbuat baik kepada jiran tetangga?

33.Apakah kita telah membersihkan hati daripada sombong, ria’, hasad dan dengki?


34.Apakah kita telah membersihkan lisan kita daripada perkataan dusta, mengumpat, mengadu domba, berdebat kusir dan berbuat serta berkata yang tidak ada manfaatnya?

35.Apakah kita selalu takut kepada Allah dalam hal penghasilan, makanan, minuman dan pakaian?

36.Apakah kita selalu bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya di segala waktu atas segala dosa dan kesalahan?

Akhi muslim, jawablah pertanyaan-pertanyaan di atas dengan perbuatan nyata, agar engkau mendapat redha Allah dan menjadi orang-orang yang beruntung di dunia dan di akhirat, Insya Allah.

Sumber:
-Zaadul Muslim Al-Yaumi , Syaikh Abdullah bin Jaarullah bin Ibrahim Al-Jaarullah.
-Al-Qabru ‘Adzaabuhu wa Na’iimuhu, Syaikh Husain Al-’Awaisyah



No comments:

Post a Comment