Tuesday, January 31, 2012

Bukan Aku Tidak Mahu Menikahimu


Aisyah***,
Bukan aku tidak mahu menikahimu, aku masih belum bersedia.
Bukan aku tidak mahu menikahimu, aku merasakan belum cukup harta.
Bukan aku tidak mahu menikahimu, aku mahu berkhidmat dahulu pada ibu dan bapa.
Bukan aku tidak mahu menikahimu, aku takut tidak dapat buat engkau bahagia.
Bukan aku tidak mahu menikahimu, aku takut engkau dan aku berbeza citarasa.


Aisyah,
Engkau kata tidak kisah hidup tidak berharta,
Engkau kata tidak kisah hidup sederhana,
Engkau kata sudah cukup dengan cinta,
Engkau kata cukuplah aku mendidikmu agama,

Aisyah,
Aku lelaki,
Aku punya keluarga yang perlu dikhidmati,
Aku punya ibu dan bapa yang sangat dikasihi,
Aku punya maruah diri,
Aku punya perasaan malu jika engkau yang menafkahi,
Aku punya kakak yang perlu aku jagai,
Aku takut engkau akan ku zalimi.....

Engkau perempuan Aisyah, dan aku lelaki.

Bukan aku tidak mahu menikahimu......


***Aisyah adalah simbolik untuk semua perempuan di luar sana.

No comments:

Post a Comment