Monday, May 23, 2011

Tragedi Tanah Runtuh Madrasah Hidayah al-Taqwa



Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Tiada apa yang dapat aku ucapkan melainkan takziah kepada waris-waris mangsa tanah runtuh yang menimpa Madrasah Hidayah al-Taqwa di Hulu Langat.


Madrasah ini diasaskan oleh Pak Su, seorang jiran keluarga kami ketika kami menetap di Pantai Dalam satu ketika dahulu.

Malam tadi, lepas dengar berita, aku terus search video, alhamdulillah, terjumpa video yang tunjuk Pak Su selamat.

Pagi tadi, Angah kejut aku. Beritahu abang Farid meninggal dunia. Dia antara yang terkorban. Farid satu-satunya mangsa dewasa. Beliau warden di madrasah tersebut. Farid ni anak angkat Pak Su, orang yang paling rapat dengan beliau. Tiap-tiap tahun akan datang beraya ke rumah aku. Mana ada Pak Su, di situ ada Farid.

Mak aku sedih sangat bila dapat tahu Farid dah tiada. Kami kenal mereka semua sejak aku kecil lagi.

Pagi tadi, aku, abah dan kakcik terus ke Hospital Ampang nak tengok Pak Su. Pihak hospital kata tiada mangsa nama Ahmad umur 50 an di hospital tu. Mereka suruh ke HKL atau Kajang. Aku putuskan pergi HKL.

Sampai HKL, kami terus ke bilik jenazah. Ramai orang di situ. Alhamdulillah, bertemu dengan Pak Su. Beliau yang mengasaskan Madrasah Hidayah al-Taqwa tu terkedu dan tak mampu cakap apa-apa. Aku pun terdiam, aku hanya salam dan cium tangan beliau sahaja.

Di HKL aku sempat solatkan empat jenazah. Dua yang pertama, disolat berasingan, yang dua terakhir, disolatkan serentak, aku diberitahu mereka kembar.

Alhamdulillah, Allah izinkan aku memikul keempat-empat jenazah tersebut selepas solat ke dalam van.

Paling sayu bila aku tengok ibu bapa yang menangis, ditenangkan orang sekeliling selepas melihat jenazah anak masing-masing.

Lepas HKL, aku, abah dan kakcik terus bergegas ke Masjid Batu 14 Hulu Langat. Semua jenazah dari HKL di kumpul di sana. Ada lagi 3 jenazah yang aku tak sempat solat sebab waktu aku sampai HKL mereka dah masuk dalam van.

Aku teruja. Allah kurniakan hadiah untuk para jenazah. Jumlah jemaah yang hadir menjangkau 500 orang. 500 orang mensolati jenazah. Aku berjaya dapat saf depan sebab pintu masuk aku terus ke depan, abah sangkut di saf tengah, kakcik pun alhamdulillah dapat solat jenazah di bahagian perempuan.

Ramainya jemaah solat jenazah aku yakini, Insya-allah ia boleh menjadi petunjuk Husnul Khatimah untuk si mati.


ما من ميت يصلي عليه أمة من المسلمين ، يبلغون أن يكونوا مائة ، يشفعون إلا شفعوا فيه
Dari Aisyah RA, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda: Tidaklah satu mayat disolati oleh sekelompok umat islam yang mencapai jumlah 100 orang yang mereka semua mendoakan syafaat untuknya melainkan akan diberikan syafaat kepadanya (mayat itu) [HR an-Nasai’e, Shaikh al-Albani mensahihkannya di dalam Sahih an-Nasai’e : 1990]
ما من مسلم يموت فيقوم على جنازته أربعون رجلا لا يشركون بالله شيئا إلا شفعوا فيه
Dari Abdullah Ibn Abbas RA bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda: Tidaklah seorang muslim meninggal dunia, lalu bersolat ke atas jenazahnya empat puluh lelaki yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu, melainkan mereka memberikan syafaat padanya. [HR Abu Daud di dalam Sunannya, dan beliau mendiamkannya: 3170 . Shaikh al-Albani mensahihkannya di dalam Sahih Abi Daud: 3170]

Aku tonton berita, aku tak tahu nak komen apa bila orang ungkit isu rumah kebajikan tu berdaftar ke tidak, kenapa bina di lereng bukit dan lain-lain. Aku hanya mampu sebut

a) Mereka dah cuba minta tanah daripada kerajaan, dari zaman BN sampai PR, tak dapat-dapat.

b) Madrasah itu tak ada satu sen pun duit kerajaan, itu hasil titik peluh Pak Su.

c) Tanah yang digunakan juga adalah tanah Pak Su sendiri. Dah tak dapat tanah daripada kerajaan, jadi beliau guna tanah yang beliau ada.

d) Bila dah jadi macam ni semua nak bising-bising, salahkan pengurusan Madrasah Hidayah al-Taqwa, tapi waktu dia mohon tanah, mohon bantuan semua buat tak tahu. Jawapan mudah diberikan: Tiada peruntukan.

Berita-berita di TV3

AL-Fatihah buat mangsa tanah runtuh

Suasana Pilu Selubungi Bilik Mayat HKL

7 Jenazah Dikebumikan Dalam Satu Liang Lahad

2 comments:

  1. ada hikmat setiap kejadian. Al fatihah kepada mangasa yg terkorban. Semua anak2 itu terus ke syurga tanpa perlu di hisab. Yg dewasa...anda mati syahid!

    ReplyDelete
  2. untung diaorg mati tgh bernasyid, terang2 dlm keadaan memuji kebesaran Allah dan Rasul

    mati dlm sdg sebut nama Allah, perghhh bestnya

    kita ni entah mati sempat ke tdk sebut nama Allah

    al fatihah

    ReplyDelete