Thursday, July 21, 2011

Gadis Berpurdah Yang Dating

Assalamualaikum wbt.

Bukankah itu realiti, memang ada gadis berpurdah, tudung labuh buat maksiat, 'dating' dengan teman lelaki.

Betul memang realiti, cuma mungkin jumlah yang tudung labuh 'dating' dengan yang tak tutup aurat jauh bezanya. Yang tutup aurat, tudung labuh, purdah mungkin masih ada perasaan malu, dan rasa itu salah, berbanding yang lepak-lepak dengan balak selama sahaja tanpa rasa bersalah.

Realiti itu ada, ada realiti hitam, ada putih.

Kita juga jangan lupa bahawa ada orang akan keliru kalau kita menonjolkan realiti hitam yang dilakukan golongan 'Islamik' tanpa kita menerangkan ia adalah hitam bukan putih.

Remaja yang gian bercinta akan merasakan cinta dan dating itu tidak salah selepas menonton drama Islamik yang memaparkan gadis berpurdah 'dating' tanpa ada menunjukkan ia satu dosa.

1 comment:

  1. MasyaAllah. Sukar untuk menerangkan kepada anak-anak perihal mesej sebenarnya yang ingin disampaikan oleh 'drama Islamik'. Beri izin tengok TV pening, tak izinpun pening juga.

    ReplyDelete