Monday, January 2, 2012

Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Dalam B.Inggeris Secara Online :)




Assalamualaikum w.b.t.


Kali ini saya mahu mempromosikan kepada sahabat-sahabat, bagaimana mahu belajar secara online, dalam masa yang sama memperolehi ijazah sarjana muda dalam bidang Pengajian Islam.


Pilihan pertama:





IOU menawarkan program Ijazah Sarjana Muda. Boleh baca maklumatnya di sini:
http://bais.islamiconlineuniversity.com/


Yurannya hanyalah 300 Riyal Qatar [lebih kurang RM 200+- untuk setiap semester]


Bagaimana mahu mendaftar?


Pertama: Sila ke alamat berikut http://bais.islamiconlineuniversity.com/bais


Kedua: Sila 'sign up' satu akaun pelajar di sana. Selepas membuat satu akaun, kita akan menerima emel daripada pihak IOU.


Ketiga: Pastikan kita telah Scan semua sijil kelayakan kita. 


Sekurang-kurangnya ialah diploma. Scan sijil diploma kita.


Atau jika kita sebelum ini belajar di matrikulasi, dan sekarang sedang berada di IPTA/IPTS melakukan ijazah sarjana muda. Maka silakan Scan transkrip yang menunjukkan keputusan peperiksaan semester-semester yang lalu. Ia dikenali sebagai 'partial transcript'.


Scan jua sijil matrikulasi kita. Digalakkan untuk scan sijil ini beserta dengan transkrip, dan gabungkan kesemua ini dalam satu gambar. Boleh gunakan aplikasi 'Paint' yang wujud dalam setiap komputer untuk menggabungkan sijil dan transkrip menjadi satu gambar. Ini kerana hanya satu fail boleh diupload.


Seandainya kita sudah memperolehi Ijazah Sarjana Muda, maka Scan sahaja sijil Ijazah Sarjana Muda kita. Jika sudah tamat, tetapi belum memperolehi sijil sarjana muda. Maka silakan scan transkrip penuh berserta surat yang menyatakan kita telah tamat tempoh pengajian. Digalakkan untuk save menjadi satu gambar menggunakan aplikasi paint.


3) Selepas itu, upload sijil-sijil di atas serta gambar bersaiz pasport di http://bais.islamiconlineuniversity.com/bais/up_certificate.php


4) Selepas itu tunggu emel daripada pihak IOU.


5) Selepas menerima emel, lakukan pembayaran. Ikut prosedur yang dinyatakan di sini http://bais.islamiconlineuniversity.com/bais/fee_payment.php [emel ini hanya akan dapat diakses selepas pihak pendaftar menghantar emel mengesahkan mereka telah menerima semua sijil-sijil kita]


6) Ini merupakan subjek-subjak yang akan dipelajari di IOU. Sila klik ini. http://bais.islamiconlineuniversity.com/course-title.php



7) IOU jua mempunyai pilihan untuk melakukan minor termasuk yang bukan dalam pengajian Islam seperti minor pendidikan, psikologi dan sebagainya. Boleh baca di sini: http://bais.islamiconlineuniversity.com/electives.php


8) Ini pula senarai subjek yang perlu diambil mengikut semester http://bais.islamiconlineuniversity.com/curriculum.php


9) Tempoh masa pengajian di IOU ialah minimum empat tahun, maksimum lapan tahun. Jadi kita boleh memilih untuk mengambil sedikit subjek dalam satu semester jika kita tidak mahu tergesa-gesa.


IOU jua menawarkan kursus diploma secara PERCUMA.


Selain daripada itu, IOU jua menawarkan kepada sesiapa yang mahu mengambil subjek-subjek ijazah sarjana muda, tetapi tidak cukup kelayakan, atau tidak mahu menduduki peperiksaan, untuk mengikuti pengajian dalam pakej 'audit'. Baca di sini 


Kesemua prosedurnya sama seperti kursus ijazah sarjana muda, hanya sahaja kita tidak perlu menduduki peperiksaan. Walaupun begitu, kita tetap akan menerima sijil daripada IOU.


Apakah IOU mempunyai akreditasi untuk pengajiannya?




Pilihan Kedua:
Knowledge International University (KIU) http://kiu.org/website/


KIU menawarkan program ijazah sarjana muda dalam pengajian Islam.


Yuran?


Yurannya lebih mahal daripada IOU. Yurannya untuk satu semester ialah: USD 950


Biasiswa?


Untuk pengambilan semester 1, Mac 2012, biasiswa ada ditawarkan, dengan syarat.


Perlu menyertai kursus online Manhaj as-Salikin. Boleh baca di sini.


Tarikh tutup mendaftar untuk memperolehi biasiswa ialah pada 5 Januari 2011.




Untuk perbandingan dengan IOU, saya menyatakan IOU lebih bagus daripada KIU kerana:




sedangkan KIU masih berusaha mendapatkan akreditasi daripada Kementerian Pengajian Tinggi Arab Saudi. Baca di sini http://kiu.org/website/index.php?option=com_content&view=article&id=200&Itemid=249



b) Semua subjek di IOU sudah lengkap silibusnya, http://bais.islamiconlineuniversity.com/course-title.php
sedangkan untuk KIU masih ada subjek-subjek belum lengkap silibusnya, boleh baca di sini http://kiu.org/website/index.php?option=com_content&view=category&layout=blog&id=62&Itemid=254


c) Yuran IOU lebih murah daripada KIU. Walaupun KIU menawarkan biasiswa seperti di atas, tetapi ia mewajibkan pelajar menghabiskan pengajian dalam tempoh empat tahun jika mengambil biasiswa itu, sedangkan IOU lebih fleksibel dalam sudut tempoh lama pengajian.

No comments:

Post a Comment