Wednesday, January 4, 2012

Perempuan Baik VS Perempuan Jahat

Antara ciri perempuan baik ialah dia akan menggalakkan suaminya mendirikan solat jemaah di masjid. Antara ciri perempuan jahat ialah dia asyik mahu suaminya berkepit dengannya di rumah, dan memotivasi suaminya untuk tidak ke masjid!



Diriwayatkan:

عَنْ عَنْبَسَةَ بْنِ الأَزْهَرِ ، عَنْ سِمَاكِ بْنِ حَرْبٍ ، قَالَ : تَزَوَّجَ الْحَارِثُ بْنُ حَسَّانَ ، وَكَانَتْ لَهُ صُحْبَةٌ ، وَكَانَ الرَّجُلُ إِذْ ذَاكَ إِذَا تَزَوَّجَ تَخَدَّرَ أَيَّامًا ، فَلا يَخْرُجُ لِصَلاةِ الْغَدَاةِ ، فَقِيلَ لَهُ : أتَخْرُجُ وَإِنَّمَا بَنَيْتَ بِأَهْلِكَ فِي هَذِهِ اللَّيْلَةِ ؟ قَالَ : " وَاللَّهِ إِنَّ امْرَأَةً تَمْنَعُنِي مِنْ صَلاةِ الْغَدَاةِ فِي جَمِيعٍ لامْرَأَةُ سَوْءٍ "

al-Harith bin Hasan r.a telah bernikah- beliau merupakan sahabat nabi-Pada ketika itu, biasanya lelaki yang bernikah akan tinggal di dalam rumah beberapa hari, dan mereka tidak akan keluar untuk mendirikan solat Subuh (berjemaah). Maka al-Harith bin Hasan ditanya: Adakah engkau keluar (mendirikan solat Subuh berjemaah) sedangkan malam tersebut engkau tidur bersama isteri engkau.

Al-Harith menjawab: Demi Allah! Sesungguhnya perempuan yang menghalang aku daripada mendirikan solat Subuh berjemaah merupakan perempuan yang jahat!

[at-Thabrani dalam al-Mu'jam al-Kabir: 3251]
http://qurandansunnah.wordpress.com/2009/08/07/meninggalkan-sholat-jama%E2%80%99ah-ciri-orang-munafik/






VS






No comments:

Post a Comment