Thursday, February 23, 2012

Berbuat Baik Kepada Ibu Bapa


[JOMBELAJARADAB][KITAB AL-ADAB AL-MUFRAD IMAM AL-BUKHARI]


Berbuat baiklah kepada ibu bapa.

عن عبد الله بن مسعود  رضي الله عنه قال سألت النبي صلى الله عليه وسلم  أي العمل أحب إلى الله عز وجل ؟ قال : ( الصلاة على وقتها ) قلت ثم أي ؟ قال ( ثم بر الوالدين ) قلت ثم أي ؟ قال ( ثم الجهاد في  سبيل الله )- قال حدثني بهن ولو استزدته لزادنى – 

Abdullah bin Mas'ud r.a berkata: Aku pernah bertanya kepada Nabi s.a.w: Amalan apakah yang paling dicintai Allah 'Azza wa jalla. Baginda s.a.w menjawab: Solat pada waktunya. Aku bertanya lagi: Selepas itu amalan apa lagi? Baginda s.a.w menjawab: Berbuat baik kepada ibu bapa. Aku bertanya lagi: Selepas itu amalan apa lagi?  Baginda s.a.w menjawab: Jihad di jalan Allah.

Abdullah bin Mas'ud r.a berkata: Baginda s.a.w memberitahu ku semua itu, seandainya aku bertanya lagi, nescaya baginda s.a.w akan menambah lagi (jawapannya kepadaku).

[Sahih al-Adab al-Mufrad: 1]

عن عبد الله بن عمر رضي الله عنه قال : ( رضا الرب في رضا الوالد وسخط  الرب في سخط الوالد)

Abdullah bin Umar r.a berkata: Keredhaan Tuhan terdapat pada keredhaan ibu bapa. Kemurkaan Tuhan terdapat pada kemurkaan ibu bapa.

[Sahih al-Adab al-Mufrad: 2]

No comments:

Post a Comment