Sunday, February 5, 2012

Ibnu Taimiyyah dan Maulid Nabi



Ibnu Taimiyyah berpegang maulid adalah bid'ah, tetapi Ibnu Taimiyyah tidak berhenti di situ, beliau mengajar bagaimana kita patut menghadapi bid'ah sebegini. Bijaknya Ibnu Taimiyyah. Jijik sungguh para pendusta yang menipu menyatakan Ibnu Taimiyyah menyokong sambutan maulid. Dan kepada penentang maulid kerana ia bid'ah, belajarlah daripada kebijaksanaan Ibnu Taimiyyah dan kebijaksanaan Imam Ahmad dalam menghadapi isu bid'ah.

http://muslimmatters.org/2009/04/01/misunderstanding-ibn-taimiyyah-on-the-mawlid/

----------------------

1) Saya meragui kenyataan menyatakan Ibnu Taimiyyah menyokong maulid.

2) Yang saya nampak ialah Ibnu Taimiyyah bukan sokong maulid, tetapi sedang mendidik 'pendokong sunnah' bagaimana nak hadapi bid'ah seperti maulid.

3) Ibnu Taimiyyah sedang mengajar umat fiqh amar ma'ruf nahi mungkar, yang mana dalam nak mencegah maulid, perlu ditimbang tara antara manfaat dan mudharat yang muncul dek dakwah kita.

4) Ibnu Taimiyyah sedang mengajar 'pendokong sunnah' agar berbaik sangka dengan pendokong maulid, boleh jadi sebab kejahilan mereka, tetapi sebab mereka sayang nabi, maka mereka dapat pahala.

5) Ibnu Taimiyyah mengajar kita untuk tidak mudah menghukum manusia sebagai ahli neraka walaupun orang itu buat maksiat ataupun bid'ah.

6) Apa yang Ibnu Taimiyyah sebut bukan pelik, Shaikh al-Uthaimin pun pernah sebut hal yang serupa tentang orang yang buat bid'ah.

No comments:

Post a Comment