Saturday, January 26, 2013

Nasihat Nabi s.a.w ketika nazak

( Apakah pembinaan kubah hijau di atas makam nabi s.a.w ini selari dengan sunnah Rasulullah s.a.w? )

Cintanya nabi s.a.w kepada umatnya. Tatkala dalam keadaan sakit yang hampir kepada kewafatannya, baginda s.a.w masih mengingatkan umatnya tentang syirik. Baginda s.a.w mewasiatkan agar jangan dijadikan kuburnya sebagai masjid......

Apakah umat ini masih berpegang dengan nasihat Rasulullah s.a.w ketika baginda nazak?

Atau umat ini semakin lupa... Benarkah kita cinta kepada Rasulullah s.a.w? Jika cinta, kenapa dilanggar nasihatnya?

Allah Allah. Cintanya Nabi s.a.w kepada umat, apakah umat membalas cinta itu dengan cinta jua.....



عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا , قَالَتْ : " لَمَّا اشْتَكَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَكَرَتْ بَعْضُ نِسَائِهِ كَنِيسَةً رَأَيْنَهَا بِأَرْضِ الْحَبَشَةِ , يُقَالُ لَهَا : مَارِيَةُ ، وَكَانَتْ أُمُّ سَلَمَةَ وَأُمُّ حَبِيبَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا , أَتَتَا أَرْضَ الْحَبَشَةِ فَذَكَرَتَا مِنْ حُسْنِهَا وَتَصَاوِيرَ فِيهَا ، فَرَفَعَ رَأْسَهُ , فَقَالَ : أُولَئِكِ إِذَا مَاتَ مِنْهُمُ الرَّجُلُ الصَّالِحُ ، بَنَوْا عَلَى قَبْرِهِ مَسْجِدًا , ثُمَّ صَوَّرُوا فِيهِ تِلْكَ الصُّورَةَ ، أُولَئِكِ شِرَارُ الْخَلْقِ عِنْدَ اللَّهِ " .


‘Aisyah r.a menceritakan: Ketika Nabi s.a.w merintih kesakitan, sebahagian isteri-isteri baginda s.a.w menceritakan kisah gereja yang mereka lihat di Habshah. Gereja itu dipanggil Maria. Ummu Salamah dan Ummu Habibah r.a pernah pergi ke Habshah. Mereka berdua menceritakan tentang keindahan gereja yang ada di sana serta gambar-gambar yang ada di dalamnya. Lalu baginda s.a.w pun mengangkat kepalanya lalu bersabda: “Mereka (orang Kristian) itu, apabila matinya lelaki yang soleh daripada kalangan mereka, mereka telah membina masjid di atas kuburnya. Kemudian mereka melukiskan gambarnya pada kubur tersebut. Mereka inilah seburuk-buruk makhluk di sisi Allah.
[Sahih al-Bukhari : 1262]

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا , قَالَتْ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي مَرَضِهِ الَّذِي لَمْ يَقُمْ مِنْهُ : " لَعَنَ اللَّهُ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى اتَّخَذُوا قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِدَ ، لَوْلَا ذَلِكَ أُبْرِزَ قَبْرُهُ غَيْرَ أَنَّهُ خَشِيَ أَوْ خُشِيَ أَنَّ يُتَّخَذَ مَسْجِدًا "

‘Aisyah r.a berkata: Rasulullah s.a.w ketika dalam sakit yang menyebabkan baginda s.a.w tidak mampu untuk bangun telah bersabda: Allah melaknat Yahudi dan Kristian kerana menjadikan kubur nabi-nabi mereka sebagai masjid. Jika tidak kerana ditakuti hal itu (iaitu kubur nabi s.a.w dijadikan masjid) nescaya kubur itu akan dinampakkan.
[Sahih al-Bukhari : 1308]

Dalam sebuah riwayat mursal.

 عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " اللَّهُمَّ لا تَجْعَلْ قَبْرِي وَثَنًا يُعْبَدُ ، اشْتَدَّ غَضَبُ اللَّهِ عَلَى قَوْمٍ اتَّخَذُوا قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِدَ "

Diriwayatkan Rasulullah s.a.w pernah berdoa: Ya Allah, janganlah engkau jadikan kuburku berhala yang disembah. Sungguh besar Kemurkaan Allah kepada mereka yang menjadikan kubur nabi-nabi mereka sebagai masjid.
[Muwatta Imam Malik : 385]

No comments:

Post a Comment