Sunday, January 27, 2013

Nasihat Perkahwinan: Shaikh Assem

Assalamualaikum w.b.t

Mahu kongsi beberapa video menarik. Mula-mula tengok satu, tertarik, terus klik beberapa video. Kawan FB tanya: Nampak gaya masa untuk menikah semakin dekat? Aku jawab: Lambat lagi. Takkan lah esok mahu nikah, malam ini baru mahu belajar.

<NIKAH: Sensitif isu>
Suami jenis apakah yang patut kita semua jadi....


01. Beragama (bukan semua yang berjanggut, berseluar singkat itu beragama, boleh jadi dia penipu, dia malas solat jemaah di masjid [bukan saya cakap, Shaikh Asseem yang cakap])
02. Berani
03. Tidak kedekut :(
04. Toleransi
05. Tidak mudah naik angin (gagal bezakan diri dengan M-16, shaikh yang cakap)
06. Tidak cerewet
07. Kuat dan Amanah
08. Menyimpan rahsia (tidak menyebarkan rahsia keluarga, apatah lagi rahsia hubungan intim suami isteri. Ini bukan lelaki bermaruah- Shaikh yang cakap)
09. Adil
10. Takut kepada Allah (jika dia sayang isterinya, dia akan memuliakannya, jika dia tidak suka isterinya, dia tidak akan menzaliminya)
11. Kemas dan baunya elok (tidak berbau busuk)
12. Menghormati keluarga isteri
13. Cemburu :) [bila lelaki ada cemburu, dan wanita penuh sifat kewanitaan, ia satu kebahagiaan (shaikh yang cakap)]



<NIKAH: Sensitif isu>
Siapakah perempuan yang patut kita pilih sebagai isteri kita nanti?

01. Beragama
02. Bermaruah
03. Qanaah (cukup dengan rezeki yang Allah kurniakan)
04. Penuh kasih sayang dan mengambil berat
05. Penyabar
06. Subur (mampu melahirkan anak)
07. Taat
08. Penyejuk mata
09. Menghormati keluarga kita
10. Sayang anak-anak
11. Rajin buat kerja rumah
12. Tidak kuat cemburu



<Siapa kata isteri wajib jaga mentua????>

Shaikh Assem kata: Tiada siapa berhak mewajibkan sesuatu yang Islam tidak wajibkan. Ia sesuatu yang baik tetapi tidak wajib.

Memaksanya, apatah lagi mengugut untuk menceraikannya kerana hal itu adalah salah.

Seorang isteri berhak untuk tidak tinggal bersama mentua, dan suami wajib menyediakan tempat tinggal.




________________________
Mohd Masri Mohd Ramli
Operational Manager
Al Kahfi Services

T : 013-2506391

No comments:

Post a Comment