Sunday, May 27, 2012

Abang Angkat Dan Adik Angkat



Assalamualaikum..
Seorang perempuan yang saya kenal ini meminta dengan seorang lelaki ini untuk menjadi abang angkatnya,, mereka saling berjumpa dan berkasih sayang seperti kekasih,, dan kasih sayang ini boleh menyebabkam mereka rasa ingin berpeluk.. Apakah hukum adik angkat perempuan dan abang angkat lelaki??

Jawapan:


 إِنَّ اللهَ كَتَبَ عَلَى ابْنِ آدَمَ نَصِيْبَهُ مِنَ الزَّنَى مُدْرِكٌ ذَلِكَ لاَ مَحَالَةَ فَالْعَيْنَانِ زَنَاهُمَا النَّظَرُ وَالْأُذَنَانِ زِنَاهُمَا الْإِسْتِمَاعُ وَاللِّسَانُ زِنَاهُ الْكَلاَمُ وَالْيَدُ زِنَاهَا الْبَطْشُ وَالرِّجْلُ زِنَاهَا الْخُطَا وَالْقَلْبُ يَهْوَى وَيَتَمَنَّى وَيُصَدِّقُ ذَلِكَ الْفَرْجُ وَيُكَذِّبُهُ

Daripada Abu Hurairah Radiallahu ‘Anhu, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda: Sesungguhnya Allah telah menetapkan bagi setiap anak Adam bahagiannya daripada zina, dia mengalami hal tersebut secara pasti. Mata zinanya adalah memandang, kedua telinga zinanya adalah mendengar, lidah zinanya adalah berbicara, tangan zinanya adalah memegang, dan kaki zinanya adalah berjalan, dan hati berhasrat dan berangan-angan, dan kemaluan akan membenarkan atau mendustakannya (berzina atau tidak).
[Sahih Muslim: 2657]

Kata al-Imam an-Nawawi:

معنى الحديث أن ابن آدم   [ ص: 157 ] قدر عليه نصيب من الزنا ، فمنهم من يكون زناه حقيقيا بإدخال الفرج في الفرج الحرام ، ومنهم من يكون زناه مجازا بالنظر الحرام أو الاستماع إلى الزنا وما يتعلق بتحصيله ، أو بالمس باليد بأن يمس أجنبية بيده ، أو يقبلها ، أو بالمشي بالرجل إلى الزنا ، أو النظر ، أو اللمس ، أو الحديث الحرام مع أجنبية ، ونحو ذلك ، أو بالفكر بالقلب . فكل هذه أنواع من الزنا المجازي ، والفرج يصدق ذلك كله أو يكذبه . معناه أنه قد يحقق الزنا بالفرج ، وقد لا يحققه بألا يولج الفرج في الفرج ، وإن قارب ذلك . والله أعلم .

Hadis ini bermaksud bahawa setiap anak Adam telah ditakdirkan untuk melakukan zina. Di antara mereka ada yang melakukan zina dengan maksud yang sebenarnya dengan memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan wanita secara haram.

Di antara mereka ada yang zinanya secara majaz (kiasan), iaitu dengan melihat perkara-perkara yang haram, atau dengan mendengar sesuatu yang mengajak kepada perzinaan dan apa=apa sahaja yang berkaitan yang membawa kepada zina, atau dengan sentuhan tangan iaitu menyentuh wanita ajnabiyah (yang bukan mahram) dengan tangannya, atau menciumnya. Atau bergerak dengan kaki menuju ke tempat zina, melihat, menyentuh, atau berkata-kata dengan cara yang haram bersama dengan wanita ajnabiyah (yang bukan mahram), atau berangan-angan, atau berfikir tentangnya di dalam hati. Setiap hal tersebut merupakan daripada zina majazi/kiasan.

Dan kemaluan yang akan merealisasikan atau mendustakannya, ia bermaksud zina yang sebenarnya dengan kemaluan boleh jadi berlaku, dan boleh jadi tidak berlaku walaupun dia telah menghampirinya. Wallahua'lam.
(an-Nawawi, al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, http://www.islamweb.net/newlibrary/display_book.php?idfrom=7780&idto=7782&bk_no=53&ID=1242 )

Abang angkat mahupun akak angkat adalah jerat Syaitan. Tiada beza 'coupling', bercinta dengan mempunyai abang atau akak angkat. Mereka semua adalah bukan mahram.

1 comment:

  1. kalau pompuan ada kakak angkat tidak apa kan???macam kakak kandung kan??

    ReplyDelete