Wednesday, May 23, 2012

Wanita Pembatal Solat



Petikan novel Gadis Berniqab m/s 34:


Alice mencapai satu risalah yang dia nampak di rak tersebut. Tajuknya "Perkara-Perkara Yang Membatalkan Solat". Tiba-tiba matanya tertumpu kepada satu tajuk. "Batalnya Solat Dengan Lintasan Wanita, Keldai dan Anjing Hitam".  
Dia terpaku. Masakan sampai begini. Solat terbatal kerana wanita melintas di hadapan. Hatinya masih dapat menerima. Akan tetapi dia seakan tidak mempercayai apabila ia diletakkan sebaris dengan anjing hitam dan keldai.  
Sungguh hina! Alice terus membaca. Dia melihat satu potongan ayat yang berbunyi:
"Solat itu terputus dengan (lintasan) keldai, wanita (yang sudah baligh/dewasa) dan anjing hitam." 

Huraian nota kaki:


Daripada Abu Dzar al-Ghifari Radiallahu 'Anhu, Rasulullah sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda: Apabila salah seorang kamu mendirikan solat, dan sesuatu seperti tinggi pelana unta menjadi sutrah di hadapannya, apabila tiada (sutrah) setinggi seperti pelana unta di hadapannya, maka sesungguhnya (lintasan) keldai, perempuan, dan anjing hitam akan memutuskan solatnya. Sahih Muslim: 510.

Di dalam riwayat lain ‘Wanita haidh’ Sunan Abi Daud: 703. .

Al-Imam as-Son’ani di dalam Subulussalam menyatakan: ….Zahir (hadis) terputus menunjukkan batal…..

Jumhur (ulama’) berpendapat ia tidak memutus/membatalkan apa-apa, mereka mentakwilkan hadis tersebut yang dimaksudkan dengan terputus ialah berkurangnya pahala, bukanya batal.

Mereka berkata: (ini) kerana ia menyebabkan hati sibuk (tidak khusyuk) dengan hal tersebut. Subulussalam Bab Sutrah al-Musolli, hadis no: 245

http://lobaitampin.blogspot.com/p/novel-gadis-berniqab.html

Boleh baca hal ini dalam Subulussalam di sini:
http://feqh.al-islam.com/Page.aspx?pageid=278&BookID=521&TOCID=158

No comments:

Post a Comment