Saturday, September 15, 2012

Cerita Aku.

Assalamualaikum w.b.t

Lama aku tidak kemas kini blog ini dengan tulisan-tulisan kisah peribadi aku. Okey, kali ini aku mahu ringkaskan cerita-cerita yang aku rasa mahu dikongsikan.

Raya

Raya aku tahun ini seperti biasa, yang luar biasanya ialah ini tahun ke dua aku sudah bekerja (baru setahun sebenarnya). Ini bermakna poket-poket aku akan kosong selepas raya kerana aku perlu menghulurkan duit raya kepada orang yang beraya di rumah aku.


(Aku, emak, abah, dan adik beradik aku. Aku seorang sahaja anak lelaki)
Lalu aku dengan kedekutnya memutuskan bahawa aku hanya akan berikan duit raya kepada anak-anak buah aku. RM 50 seorang. Maka kopaklah aku di hari raya pertama. Anak buah aku ramai, anak along ada tiga orang, anak angah dua orang, anak alang dua orang. Campur semua tujuh orang. Maksudnya RM 350 hanya untuk tujuh orang budak kecoh di kampung aku.

Aku kata kepada akak aku: Aku azam tahun ini aku hanya beri duit raya kepada anak buah aku sahaja !!!

(Anak-anak buah aku! Ganti duit Ucu!)

Setiap kali raya, isu ini timbul. Isu apa? Isu salam dengan tetamu bukan mahram. Selepas bertahun-tahun aku rasa sangat berat, selalu ter'salam' (betulkah tersalam?) akhirnya tahun ini aku berjaya tidak salam seorang pun bukan mahram ketika hari raya.

Dan, aku memang sudah bulat tekad, apa jadi pun jadilah, azam tahun ini aku tidak mahu salam bukan mahram. Ketika rumah terbuka Pak Ngah aku, seorang sepupu perempuan aku datang dan bawa kawan perempuan dia dari UiTM Lendu. Sepupu aku tidak salam aku, sekali kawan perempuan dia hulur tangan kepada aku. Ketika itu aku sedang duduk di atas sofa. Aku, angkat tangan dan beri isyarat 'tidak salam' dan memberi isyarat kepada dia agar salam insan di sebelah aku iaitu emak aku sendiri. Lega, Allah selamatkan aku.

Dalam ketika sibuk berhari raya, aduh, aku kepanasan melihat 'debat' agama di FB. Isunya ialah isu duit raya. Seorang ustaz yang pernah didik aku kata ia tidak salah, ia bukan menyalahi syara' dan bukan aktiviti keagamaan, jadi ia satu adat dan tiada masalah. Sebelum itu seorang ustaz menghuraikan bab duit raya dan hukum tasyabbuh dengan kuffar. Aku tidak pasti beliau hukum apa tentang duit raya, tetapi menurut info anak-anak murid beliau, beliau tidak kata pun haram beri duit raya. Isunya kecik, tetapi aku rasa isu ini menjadi besar apabila guru-guru yang berbeza pendapat mengeluarkan idea dan membantah pendapat dengan cara yang berbaur sarkastik, sindiran, sedangkan ia boleh disampaikan dengan cara lebih baik.

Anak-anak murid pula melebarkan sayap perdebatan dengan tiada akhlak ini di FB-FB. Aku sedih, adakah ini yang aku dapat selepas bertahun-tahun aku dikenalkan kepada sunnah dan manhaj salaf? Ini juga yang kawan-kawan aku rasai melihat semua ini. Inikah natijah dakwah yang kita kehendaki?

Kahwin

Ini musim kawan-kawan aku kahwin. Dua geng sekelas aku, Izyati dan Zaid kahwin. Maka aku menjadi insan yang sangat 'excited' pula. Dan seorang geng INTIS menikah. Aku hadir dia nikah di JB. Alhamdulillah, tidak lah panjang mana sebagaimana aku pernah hadir satu majlis penikahan kawan aku yang dikatakan guna modul keluarga sakinah dari Johor. Naik mengantuk aku.

(Aku lupa Zaid ada isteri, aku pi berdiri di tempat yang sepatutnya isteri Zaid berdiri, aku hanya sedar selepas Munirah adik Zaid beritahu sambil tunjuk ke arah Zanariah, isteri Zaid)


Tetapi, emak aku sudah mula tanya bila aku mahu nikah? Masakan tidak, Izyati yang mak aku kenal, Zaid yang sangat rapat dengan keluarga aku sudah bernikah. Sedangkan aku tiada tanda-tanda mahu menikah. Aku 'excited' melihat kawan-kawan bernikah, tetapi aku belum ada niat lagi. 

Emak aku kata 'Bunga bukan sekuntum....' ke situ pula emak aku. Aku rileks sahaja, tengok ex-Girlfriend aku kahwin, tidak rasa apa-apa pun, aku dengan dia dulu cinta monyet zaman sekolah sahaja, masuk UIA masih ada rasa cinta, tetapi lama-lama aku tahu dia bukan untuk aku. Terima je lah. Bila dia mahu kahwin, raya hari itu aku pergi rumah dia, beraya sambil hantar kad jemputan Zaid dan hantar hadiah yang aku kongsi dengan Zaid, Aiman dan Razuan. Aku balik cerita kepada mak aku bahawa aku ziarah rumah ex-girlfriend aku, sambil aku bawa kad jemputan ex-girlfriend aku itu. Emak aku?????? Tanya ulang kali betul kah aku pergi rumah si gadis itu. Mungkin emak ingat aku kecewa. Aku tidak kecewa, tidak sama sekali. Aku gembira kawan-kawan aku bernikah termasuklah ex-girlfriend aku. Bila hari ex-girlfriend aku kahwin, aku masuk, dan salam dengan suami dia, bahkan peluk suami dia, sambil baca doa 'Barakallahu laka wa baraka 'alaika wa jama'a bainakuma fi khair'. Emak aku boleh terkejut aku masuk. Aku yakin akhirnya emak aku akan faham aku okey dan tiada apa-apa masalah pun selepas ex-girlfriend aku nikah. Bak kata Ustazah Ili Dalila, aqidah itu bukan teori, tetapi ia praktikal bila kita diuji (aku pula ayat penuh, aku baca di FB dia sahaja).

Bila lepak UIA dengan Yasir, dia cerita benda sama. Yasir kata, dia jawab kepada emaknya, dia mahu tamatkan hafazan al-Quran 30 juzuk dahulu baru mahu nikah. Menarik jua ideanya :)

Hari ini hadiri majlis di rumah Zaid. Aku bawa emak dan abah, sambil emak aku salam emak Zaid, aku berlawak "Munirah (adik Zaid) ini bila lagi mahu menikah makcik? Itulah makcik, saya nak pinang makcik tak bagi.." Hahaha aku gelak, ibu bapa Zaid gelak, emak dan abah aku pun gelak. Adoi sekali balik rumah emak aku sakat aku dengan adik Zaid. Huhu.

Lepas hantar emak aku dan abah ke rumah, aku kembali ke rumah Zaid. Sebelum itu singgah di Giant, beli hadiah. Hahaha hadiah kami paling 'hot'. Razuan balut hadiahnya dengan pembalut Angry Bird, aku pula dengan pembalut Spongebob.
Hadiah paling HOT.
Bila majlis perkahwinan, isu sering timbul isu tabarruj, perempuan bersanding, bergambar di pelamin, upload gambar pengantin, cium dahi isteri depan tetamu, suap-suap dan sebagainya.

Dulu-dulu, aku bersifat 'judgemental' aku harap aku boleh buang sifat aku ini. Dulu-dulu, aku pernah tegur dengan cara kasar melalui orang ketiga kepada seorang Muslimah yang pada kaca mata aku dia bertabarruj kerana dia pakai tudung fesyen-entah-apa-namanya.

Aku bawa hal ini kepada seorang ustazah berniqab, aku tunjukkan gambar fesyen tudung itu. Ustazah berniqab itu menjawab "Itu bukan tabarruj Masri..." Aku masih tidak puas hati. Aku makin tidak puas hati apabila membaca tulisan Ustazah Fatimah Syarha yang bagi aku sangat ringan isu tabarruj seolah-olah maksud tabarruj itu ialah buka aurat. Kata Ustazah Fatimah itu pandangan Shaikh Yusuf al-Qaradawi hafizahullah.

Hinggalah akhirnya aku persoalkan diri aku sendiri, jika benar aku yakin benda itu haram nescaya aku akan ada hujah-hujah yang konkrit. Jika aku sendiri gagal menjawab soalan diri aku, maka aku tidak layak melarang manusia yang meyakini ia tidak haram. Lalu aku soal diri aku, benarkah aku faham isu tabarruj? Hingga aku menemui kesimpulan aku belum faham sebenarnya. Maka aku tahu aku wajar diam dalam isu ini. Sudah pasti bersolek sehingga wajah lepas solek sungguh berbeza dengan wajah asal itu tabarruj yang terlarang. Yang ini sungguh aku yakini. Tetapi sekadar berbedak, pakai baju warna warni, berfesyen tudung, aku perlu diam untuk hal ini kerana aku sendiri masih 50-50.

Begitu jualah isu pelamin, yang bukan untuk bersanding yang ada upacara renjis-renjis, sebaliknya hanya untuk tetamu bersalaman, begitu jua aksi suap menyuap, cium dahi isteri, pakaikan cincin, akhirnya aku tahu, aku belum faham dan aku tiada hak melarang. Tiada siapa berhak melarang sesuatu yang dia sendiri tidak tahu betul atau salah. Itulah pegangan aku sekarang.

Apa yang aku tidak suka bukan bermaksud ia haram.

Dan aku jua yakin, jika ia salah, boleh jadi rakan-rakan kita melakukannya dalam keterpaksaan. Nasihatlah dengan elok, bukan menyerang. Bukan mudah menghadapi keluarga, makcik pakcik dan ibu bapa.

Kata Ustaz Ibrahim Nuh: Kalau nampak kawan kita buat kesilapan, carilah 1001 alasan untuknya........

Aku kena belajar hal ini.


No comments:

Post a Comment