Friday, November 9, 2012

Kem Remaja SOleh 2012, Masjid Salahuddin al-Ayyubi



Kem Remaja Soleh 2012
Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.
Apa yang akan diperolehi oleh peserta-peserta kem ini?
- Memperbaiki kualiti solat
- Mengenali sunnah-sunnah harian Rasulullah s.a.w yang sering dilupakan
- Memahami asas-asas akidah Islam
- Memperbaiki mutu bacaan al-Quran
- Memahami tanggungjawab sebagai seorang anak
- Mengenali sirah kehidupan sahabat nabi radiallahu `anhum ajma'in.


Siapakah yang boleh menyertai program ini?
Golongan remaja berusia sebelas hingga sembilan belas tahun, lelaki dan perempuan.

Siapakah yang terlibat dalam program ini?
Barisan fasilitator yang terdiri daripada guru-guru agama, mahasiswa dan mahasiswi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan International Islamic College (IIC), serta lulusan Darul Quran JAKIM.
Penampilan istimewa Imam Muda Asyraf yang akan mengisis slot "We Love You Rasulullah"

Bilakah program ini berlangsung?
16 November 2012 (Jumaat) sehingga 18 November 2012 (Ahad).
Sesi pendaftaran peserta pada hari pertama (Jumaat 17 November 2012) akan bermula pada jam 3.30 petang sehingga jam 4.00 petang, dan program akan tamat pada hari Ahad 19 November 2012. Pada hari terakhir, akan diadakan majlis penutup dan perjumpaan dengan ibu bapa peserta bermula pada jam 3.00 petang.

Di mana?
Masjid Salahuddin al-Ayyubi, Taman Melati, Setapak, 53100 Kuala Lumpur

Anjuran siapa?
Kerjasama Al Kahfi Services dan Masjid Salahuddin al-Ayyubi

Bagaimanakah mahu mendaftar?
Sila sms kan maklumat-maklumat berikut:
- Nama Peserta
- Umur Peserta
- No. telefon untuk dihubungi
- dan E-mel
kepada
Mohd Masri - 013-2506391 atau
Aina - 013-2907191

 Berapakah jumlah yuran?
Pembayaran yang dilakukan sebelum 13/11 ialah sebanyak RM 130 sahaja.
Pembayaran yang dilakukan selepas tarikh tersebut ialah RM 150.
Penyertaan secara 'walk-in' diterima dan yurannya ialah RM 150.

Bagaimanakah pembayaran dibuat?
Pembayaran boleh dibuat kepada akaun berikut
Al Kahfi Services
CIMB Islamic
1219-0001680-103
E-melkan bukti pembayaran kepada alkahfi@...

Siapakah yang boleh dihubungi?
Untuk sebarang pertanyaan, boleh menghubungi:
Saudara Masri – 013-2506391
Aina - 013-2907191
 
 Apakah kelengkapan yang perlu dibawa oleh peserta?
Pakaian yang sesuai untuk bersukan, beribadah, dan belajar.
Alat tulis seperti pen dan pensel.
Alat-alat keperluan seperti sabun, berus gigi, tuala, selimut.
Tidak digalakkan membawa barang-barang berharga seperti barang kemas, wang tunai, telefon bimbit untuk mengelakkan kecurian.
739

 Tentatif Program
16November 2012 (Jumaat)
03.30 pm         : Kehadiran dan Pendaftaran peserta
04.00 pm         : Taklimat program kepada peserta
04.30 pm         : Solat Asar berjemaah
05.00 pm         : Sesi perkenalan dalam kumpulan
06.00 pm         : Khidmat diri (Mandi etc)
06.40 pm         : Makan malam
07.10 pm         : Solat Maghrib berjemaah
07.45 pm         : LDK 1 – Tauhid : Kunci ke syurga
08.45 pm         : Solat Isyak berjemaah
09.15 pm         : LDK 2 – Fiqh bersuci – Wudhu dan Tayamum
10.30 pm         : Minum malam
11.00 pm         : Zikir tidur dan tidur

17 November 2012 (Sabtu)
04.45 am         : Khidmat diri
05.00 am         : Qiamullail
06.00 am         : Solat Subuh
06.20 am         : Halaqah al-Quran – Hafazan ayat lazim/Perbaiki bacaan al-Fatihah
07.00 am         : Riadah
07.30 am         : Khidmat diri
08.00 am         : Sarapan pagi
08.30 am         : LDK 3 – Fiqh bersuci – Mandi wajib dan rukhsah-rukhsah dalam bersuci
09.30 am         : Rehat
09.45 am         : LDK 4 – Fiqh Solat
10.45 am         : Rehat
11.00 am         : LDK 4 – Fiqh Solat dan rukhsah-rukhsahnya
12.00 pm         : Rehat
12.30 pm         : Makan tengahari
01.00 pm         : Solat Zuhur
01.30 pm         : LDK 5 – Sunnah-Sunnah Harian
02.00 pm         : Rehat
02.15 pm         : LDK 6 – Persediaan untuk pembentangan sunnah-sunnah harian
03.15 pm         : Rehat
03.30 pm         : Pembentangan Sunnah-Sunnah Harian
04.15 pm         : Minum petang dan solat Asar
04.45 pm         : Riadah
06.00 pm         : Khidmat diri
06.30 pm         : Makan malam
07.00 pm         : Solat Maghrib
07.30 pm         : Kuliah 2 – Si Tenggang
08.30 pm         : Solat Isyak
09.00 pm         : LDK 7 – 10 Sahabat dijamin syurga
10.00 pm         : Rehat
10.30 pm         : Ulangkaji
11.00 pm         : Tidur

18November 2012 (Ahad)
04.45 am         : Khidmat diri
05.00 am         : Qiamullail
06.00 am         : Solat Subuh
06.20 am         : Halaqah al-Quran – Hafazan ayat lazim/Perbaiki bacaan al-Fatihah
07.00 am         : Riadah
08.00 am         : Khidmat diri
08.30 am         : Sarapan pagi
09.00 am         : Imam Muda Asyraf – We Love You Rasulullah s.a.w
10.30 am         : Rehat
10.45 am         : Ujian Penilaian
12.15 pm         : Rehat
12.30 pm         : Makan tengahari
01.00 pm         : Solat Zuhur
01.30 pm         : Kemas kawasan sekitar
02.30 pm         : Majlis penutup
03.00 pm         : Perjumpaan ibu bapa dan fasilitator
04.00 pm         : Minum petang dan bersurai

No comments:

Post a Comment