Wednesday, December 26, 2012

Gambar Ulama?

<Gambar, Potret, Patung Ulama.. Untuk Ingat Allah?>

{وَقَالُواْ لاَ تَذَرُنّ آلِهَتَكُمْ وَلاَ تَذَرُنّ وَدّاً وَلاَ سُوَاعاً وَلاَ يَغُوثَ وَيَعُوقَ وَنَسْراً * وَقَدْ أَضَلّواْ كَثِيراً وَلاَ تَزِدِ الظّالِمِينَ إِلاّ ضَلاَلاً }

Ertinya : Dan mereka berkata: ”jangan sekali-kali kalian meninggalkan sesembahan kalian! Dan jangan pula sekali- kali kalian meniggalkan Wadd, dan jangan pula Suwa’,Yaghust, Ya’uuq dan Nasr, dan sesungguhnya mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia).” (QS. Nuh : 23-24).


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا ، صَارَتِ الْأَوْثَانُ الَّتِي كَانَتْ فِي قَوْمِ نُوحٍ فِي الْعَرَبِ بَعْدُ أَمَّا وَدٌّ كَانَتْ لِكَلْبٍ بِدَوْمَةِ الْجَنْدَلِ ،

Ibn Abbas r.a menyatakan bahawa berhala-berhala yang disembah oleh kaum Nabi Nuh akhirnya diwarisi sehingga kepada kaum arab selepas itu. Berhala Wad merupakan berhala kaum Kalb yang tinggal di Daumah al-Jandal.

وَأَمَّا سُوَاعٌ كَانَتْ لِهُذَيْلٍ ، وَأَمَّا يَغُوثُ فَكَانَتْ لِمُرَادٍ ، ثُمَّ لِبَنِي غُطَيْفٍ بِالْجَوْفِ عِنْدَ سَبَإٍ ،

Suwa' pula merupakan berhala kaum Huzail. Yaghus pula berhala kaum Murad yang kemudiannya menjadi sesembahan kaum Uthaif yang tinggal di kawasan Jauf di Saba'.

وَأَمَّا يَعُوقُ فَكَانَتْ لِهَمْدَانَ ، وَأَمَّا نَسْرٌ فَكَانَتْ لِحِمْيَرَ لِآلِ ذِي الْكَلَاعِ ، أَسْمَاءُ رِجَالٍ صَالِحِينَ مِنْ قَوْمِ نُوحٍ

Ya'uq pula merupakan berhala kaum Mahdan, Nasr pula berhala kaum Himyar dari keluarga Dzul Kala'. Kesemua nama-nama ini adalah nama-nama orang soleh dalam kalangan kaum Nuh.

فَلَمَّا هَلَكُوا أَوْحَى الشَّيْطَانُ إِلَى قَوْمِهِمْ أَنِ انْصِبُوا إِلَى مَجَالِسِهِمُ الَّتِي كَانُوا يَجْلِسُونَ أَنْصَابًا وَسَمُّوهَا بِأَسْمَائِهِمْ ، فَفَعَلُوا فَلَمْ تُعْبَدْ حَتَّى إِذَا هَلَكَ أُولَئِكَ ، وَتَنَسَّخَ الْعِلْمُ عُبِدَتْ " .

Apabila mereka semua telah meninggal dunia, syaitan membisikkan kepada kaum mereka untuk membina tanda pada tempat-tempat yang pernah diduduki oleh orang-orang soleh tadi, dan dinamakan tempat tersebut dengan nama-nama orang soleh itu. Mereka tidak menyembah binaan-binaan tersebut sehinggalah apabila mereka meninggal dunia, ilmu mulai hilang, maka berhala-berhala itu disembah (oleh generasi terkemudian).

[Sahih al-Bukhari : 4566]

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


No comments:

Post a Comment